Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat  rasanya kelopak mataku tertutup.  Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu  terbangun disepertiga malam  terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus  -menerus berzikir dimalam  hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi  saat ini belum saatnya untuk kita  bertemu, bukannya aku tak mahu, atau  aku tak rindu. Tapi sememangnya  kerana perjalanan kita masih panjang.  Dan masih banyak kewajipan yg  harus kita penuhi. Kadang – kadang aku  berfikir, apa nanti saat  subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku  bertafakur dan bersujud  kepada-Nya?
Berat hati ini  menantikanmu, gelisah  pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi  langkahmu dengan  kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur  tiba, kau akan  meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku  disini masih bersabar menanti mu,  Hatimu tidak terluka kan?  senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan  selalu menyertai kita,  Jikalau detik ini hatimu sedang terluka,  berwuduklah.. dan mendekatlah  diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah  kita akan bertemu? Begitu  banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu.  Begitu banyak pula harapanku  untuk menantikan nasihat – nasihat mu.  Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan  membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah  kau juga rindu padaku? Bagaimana  dengan Quran mu? Sudahkah kau baca  diantara maghrib dan isyak? Apa yang  kau fahami dari surah itu?  Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar,  dan begitu juga dengan  keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari ? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan..
Jodohku..
nantilah  aku, dengan perbagai kebaikan  yang nantinya akan membawa Rahmat untuk  kita, Jagalah dirimu dari  hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku  mencintaimu secara tulus &  ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah  kau untuk mencintaiku scara  tulus dan mahu menerima segala  kekuranganku. Dan membenarkanku dikala  aku salah. Berusahalah  membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga  sikapmu dan tuturkata mu..  Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang  yang cekal membesarkan  anak – anak kelak.. Jangan pernah merasa  keseorangan.. kerana aku  disini masih setia menantimu..
Jodohku..
kalau  siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga  ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu… Semoga ALLAH selalu  menjadikan kita dijalan yang benar..
Jodohku..
Sungguh! tidak ku tahu ketentuan dan rahsia Allah..
juga tidak terbayang susuk yang akan mengkhitbah ku kelak,
kuserahkan pada Allah utk menemukan kita, 
InsyaAllah.. Aminnn... 
AkuIslam.com
-sumber telah di edit sedikit, terutama ranggkap akhir- ;p




