Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Monday, July 17, 2017

Penjagaan Berpantang


Berpantang kali ini saya memilih untuk berpantang sendiri di rumah kami suami isteri.

Jadi, orang kuat yang menjadi tulang belakang sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua kami ni adalah encik suami sendiri. Lepas ni bolehlah buat tajuk novel "suami ku pembantu berpantangku." Hehe!


Sepanjang berpantang, inilah antara aktiviti yang saya lakukan.

1. Sarapan Ringkas:

Minum susu kambing yang dicampur madu dan saffron. Susu segar lebih baik, saya ambil susu tepung organik Salic Goat.

Makan buah kurma. 

Makan 1 biji Maajun Dhuha (saiz besar) atau 2 biji kapsul habbatussauda saadi atau 2 biji phytonatal Nona Roguy.

Gilir-gilirkan pengambilan tiap satunya. Jika makan maajun waktu pagi, malamnya baru makan phytonatal. Pengambilan phytonatal lebih berkesan dengan amalan meminum air rebusan Akar Herbanika NR.

*Pembuatan Maajun Dhuha pernah saya kongsikan di post sebelum ini. Ambil maajun bersama susu.


2. Berlulur:

Sebaiknya dilakukan pada waktu dhuha. Lulur dibuat daripada serbuk habbatussauda yang disangai dan dikisar halus. Bila nak guna, campurkan bersama air suam atau minyak zaitun (evoo) atau madu. Lulurkan satu badan.

Saya lakukan setiap kali sebelum mandian herba di dalam bilik air. Duduk atas kerusi, sebab aktiviti ni agak memakan masa. Lainlah kalau ada confinement helper, depa tolong lulurkan kita sambil kita sedap tidur.


3. Mandi Herba:

Kemudian diteruskan dengan mandian herba. Mandian yang disediakan mestilah panas suam untuk dibuat mandian seluruh badan.

Basuhan utk kepala perlulah air paip bersuhu bilik, bukan air mandian herba untuk mengelakkan panas dibahagian kepala (sakit kepala) yg akan menyebabkan kedutan di muka dan juga masalah keguguran rambut.

Setiap bunjut mandian herba boleh dipakai berulang-kali hinggalah warna dan wangiannya hilang.


Ramuan untuk bunjut mandian herba:

1. Daun Mengkudu



2. Serai
3. Daun Limau Purut
4. Daun Sireh
5. Daun Kunyit


6. Daun Meringan


7. Daun Chapa


8. Daun Belimbing Buluh


9.   Daun Inai
10. Daun Pandan
11. Daun Pisang Kelat
12. Daun Serai Wangi
13. Daun Hujan Lebat
14. Daun Lengkuas


15. Buah Pelaga
16. Bunga Lawang
17. Cengkih


Kesemua tujuh belas jenis ramuan tadi dibersih dan dikeringkan, kemudian dicampurkan bersama di dalam kain untuk dijadikan bunjut. 

Proses pengeringan lebih mudah dan cepat berlaku apabila daun-daun tadi digunting kecil-kecil dan dijemurkan di bawah sinaran matahari sebaiknya pada waktu dhuha. 


4. Cucian Vagina:

Air rebusan daun sireh boleh digunakan untuk cucian vagina.

Isi air rebusan sireh ke dalam bekas khas yang diletak siap di bilik air. Setiap kali ke tandas, air rebusan ini boleh digunakan untuk membasuh atau membilas bahagian intim. 

5. Menghangatkan Badan:

Mengering dan memanaskan badan selepas mandian herba dengan menggunakan hair dryer.

Fokus dilebihkan pada luka jahitan agar luka lebih cpt kering, tidak lembab dan segera sembuh. Juga untuk memanaskan tubuh badan seperti aktiviti bersauna.

Jaga jarak selesa antara hair dryer dengan bahagian luka. Kawal suhu bersesuaian dengan tuan empunya badan.


6. Ubat Jahitan (jika perlu)

Titikkan Minyak Herbanika NR di kawasan luka episiotomi utk penyembuhan luka yang baik dan segera.


Atau boleh juga gunakan minyak habbatussauda' yang dicampurkan bersama lavender yl essential oil. Lavender sangat baik utk penyembuhan luka dan lain-lain.


7. Param:

Memakai minyak herbanika NR atau minyak habbatussauda pada tapak kaki, sendi dan seluruh badan. Boleh disertakan dengan urut selesa dan memakai stokin.



Jika ingin menyapu minyak pada bahagian kepala dan rambut bolehlah gunakan Minyak Berubat Herba NR atau minyak habbatussauda.


8. Tapel:

Memakai tapel dibahaguan perut, belakang badan dan pinggang.

Ramuan untuk Tapel :

Phs (Pati Habbatussauda') + habbatussauda' oil + ginger yl essential oil.

Halia baik utk mengempiskan perut, membuang angin, darah kotor dll. Jika tiada ginger eo, boleh  guna halia tua yang ditumbuk kemudian dicampur bersama minyak habbatussauda.


9. Bengkung:

Amalan memakai bengkung penting utk tujuan menyokong tulang belakang dan mengempiskan perut @ kembali kpd asal disamping menjaga bentuk payudara.

Selepas selesai pemakaian tapel, bolehlah diteruskan dengan pemakaian bengkung.

Antara bengkung pilihan saya ialah Bengkung Express Mak Kuntum dan Bengkung Opah.

Pemakaian bengkung juga boleh dibuat setelah selesai sesi mengurut dan juga bertungku.



10. Pilis:

Pemakaian pilis dibahagian dahi untuk mengelak kemasukan angin.

Penting juga untuk mengikat rambut dengan tinggi, ketat, dan kemas untuk mengelakkan pening kepala dek kerana kemasukan angin tadi.

Ramuan utk pilis:

Campuran herba dari bijian habbatussauda', kulit kayu manis ceylon dan juga cengkih. Ketiga-tiga bahan ini haruslah dikisar halus kemudian diadun bersama.


Bila nak guna, campurkan ramuan bersama minyak zaitun (pevoo) dan juga essential oil pilihan hati (saya guna lavender, peppermint dan juga stress away yl essential oils).


Atau boleh juga dibancuh siap dan disimpan di dlm botol kaca kedap udara. Mudah dan cepat utk dipakai, hanya tinggal oleskan sahaja di dahi.

11. Bertungku:

Letakkan tungku herba dibahagian belakang pinggang utk 2 minggu pertama tanpa mengusik bahagian peranakan @ rahim.

Panaskan tungku besi @ batu sungai di atas dapur kemudian dibiarkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam sarung herba.


12. Tuam:

Bertuam satu badan untuk mengelakkan urat-urat badan menjadi tegang dan keras. Boleh jg menggunakan batu sungai yang kecil berbentuk bulat atau boleh juga gunakan hotbag. Bertuam ni selalu culas. Huhuhuhu.


15. Berurut

Menggunakan Minyak Meroyan atau minyak dari mak bidan yang datang mengurut, hehe. Minyak ini juga boleh dijadikan param.

Tujuh Ramuan Minyak Meroyan:

1. Beras Pulut Hitam
2. Bunga Lawang
3. Lada Hitam
4. Halba
5. Cengkih
6. Ketumbar
7. Kulit Kayu Manis Ceylon (KKMC)

Cara-caranya:

1. Menghasilkan minyak kelapa tanak:

Biarkan santan semalaman kemudian ambil lapisan atas minyak dan buang lapisan air yang dibawah.

Masak bahagian yg diambil tadi sehingga terhasil minyak kelapa yang jernih.

Aktiviti ini mengambil masa yang lama dan perlu dikacau selalu untuk mengelakkan ia hangus dan berkerak.

Biarkan minyak sejuk dan ketepikan.

2. Tumbuk kasar kesemua tujuh rempah ratus tadi.

3. Masukkan rempah yang ditumbuk kasar ke dlm minyak kelapa yang telah disejukkan tadi. Kemudian diperam selama 3 hari dan 3 malam.

*Pilihan: Boleh tambahkan essential oils pilihan hati kedalam minyak urut tadi. Contoh essential oil yang baik untuk baik pulih urat, saraf dan sendi adalah wintergreen, lemongrass dan cedarwood eo dari young living essential oils. Boleh juga tambahkan minyak habbatussauda atau pati habbatussauda dari Phs Tiaf. 


16. Sauna dan Tangas Kering

Bersauna sangat baik untuk membuang toksin di dalam badan melalui pengeluaran peluh. Badan akan terasa ringin dan lebih bertenaga selepas aktiviti bersauna. 

Selalunya aktiviti bersauna ada disediakan di dalam pakej penjagaan berpantang bersama mak bidan @ confinement helper. Begitu juga dengan tangas kering. Boleh pilih pakej mana yang sesuai dengan kita, insyaAllah. 


17. Mandi Bunga

Amalan mandi bunga biasa dilakukan sebagai penutup berpantang. Ianya bagi menghilangkan bau herba @ rempah pada badan ibu berpantang. Ianya bukanlah suatu kewajipan tetapi tidaklah menjadi satu kesalahan untuk melakukannya. 

Nak mandi bunga? Nanti tunggu habis berpantang ye. Ok sila bersabar. Hihi!

Baiklah, ini diantara set berpantang yang telah saya hasilkan di rumah bersama suami:

1. Lulur
2. Bunjut Mandian Herba
3. Tapel
4. Minyak Urut Minyak Meroyan
5. Pilis
6. Maajun Dhuha
7. Minyak Luka Episiotomi @ Minyak Bayi        


Antara set berpantang yang ditambah adalah set dari Nona Roguy:

1. Phytonatal
2. Minuman Air Akar Herbanika
3. Minyak Herbanika
4. Phyto Cleanse Plus
5. Minyak Berubat Herba



Itu saja untuk kali ini, sebelum tutup cerita, pada sesiapa yang berminat untuk mencuba young living essential oils boleh pm tepi ya!  😘😘😘

Salam Cinta! 

Sunday, July 16, 2017

Lahirnya Mujahidil Islam, Ibrahim Zuhdi.


20 Ramadhan 1438H, pagi itu umi bangun seawal jam 4:00 pagi. Rutinnya seperti biasa saja, siap mandi, solat, dan sediakan bekalan makanan utk Muhammad bawa ke Pasti.


Sempat mengadu pada abi, malam tadi perut terlalu kerap mengeras, tapi masih lagi boleh tidur. Mungkin penangan secawan raspberry leaf tea sebelum tidur, atas izin Allah. Hari-hari sebelumnya, dalam 2 minggu sebelumnya, perut memang dah kerap mengeras, cuma tidak seperti malam tadi. Lain benar rasanya. 

Umi masakkan asi lemak utk Muhammad. Simpan juga sedikit utk dia makan tengahari nanti. Siap-siap masukkan dlm peti ais. Umi seakan dpt rasa itulah juadah terakhir yg umi dpt masakkan utk Muhammad sebelum umi bercuti panjang.

Selesai bersahur bersama abi, umi siapkan Muhammad pula. Kejutkan dia dari tidur, mandi dan lumurkan minyak satu badan dan siapkan dia segak-segak dengan baju sukan dia tu. Hehe! Pagi tu jg, umi sempat snap gambar dia sebelum ke sekolah. 


Umi solat subuh lambat-lambat. Terlalu sukar rasanya nak bangun dari sujud utk berdiri tegak. Tapi masih tetap gagahi solat seperti biasa. Masih juga berdiri. Ya, abi pun perasan. (Ceritanya selepas umi selamat melahirkan Ibrahim Zuhdi). 😍😍😍

Usai solat, remind pada abi, mungkin hari ini kita akan ke hospital. Get ready, hp jangan silent. Hikhikhik! Rasa dah dekat sangat masanya. Abi kata ok, beres. Lalu, pergilah abi dengan Muhammad ke sekolah seawal jam 6 pagi. Tinggallah umi sensorang dengan baby dlm perut. ☺☺☺

Umi terus siap-siapkan barang utk ke hospital. Topup mana yang belum diisikan ke dlm beg. Sambil kemas-kemas bilik dan rumah sikit, kasi kilat-kilat lagi. Hihi! Basuh dan sidai baju juga. 

Setel semua kerja hari pun dah cerah, umi rehat sekejap, baring-baring atas sofa merah di ruang tamu. Terlelap sekejap-sekejap dan terjaga. Layan mengantuk dan perut yang makin kerap mengeras. Makin lama makin konsisten rasa gesaan dan semakin kuat. Bila tak dpt tahan rasa sakit tu baru umi bangun. Tak leh tidur dah. 😅😅😅

Jam menunjukkan jam 9 pagi. Umi mula kira kekerapan rasa sensasi (kontraksi) yang datang dan pergi. Oh, rupanya sensasi dah 5 minit sekali. Rasa sakit makin kuat dan kuat. 


Mesej abi suruh balik, jom lah kita ke hospital. Tapi abi kata tunggu sat, nak setel kerja lagi sikit. Relax sungguh abi. Haha!Umi pun amek gym ball. Gelek-gelek, squat dll. Masih boleh atasi rasa sensasi tu. Tarik nafas dalam-dalam, lepas. Sapu labor blend (essential oils) pada tumit, jari, perut dan belakang badan. Sambil tu hidu-hidu juga. 

Curi-curi layan rasa sensasi sambil bersiap ke hospital. Siap berjubah. Lps tu duduk semula atas gym ball, bouncing. Merangkak. Layan sensasi datang dan pergi setiap 5 minit. 

Dlm pukul 10 lebih, abi sampai rumah. Terus dia angkut beg-beg yang banyak mcm nk pindah rumah tu masuk dlm kereta. Umi sarung tudung dan niqob. Dah cek rumah semua clear, baru masuk dlm kereta dan terus ke hospital. 

Masih belum ada show @ keluar tanda. Darah tak ada. Pecah air ketuban pun tak ada apalagi leaking. Dalam kereta minta abi ambilkan kurma kat belakang. Yes, dah buka puasa masa kat rumah lagi pagi tu. Makan kurma ja pun. Dan sambung kunyah-kunyah  kurma lagi masa dlm kereta. Org xnampak, sbb tersorok dlm niqob. 😛 Sambil kunyah kurma dan hidu eo tu, sambil tutup mata bayang bukaan cpt. Hehe!

11 lebih kami tiba di hospital. Nurse tanya, nak buat check up? Dengan tenang jawab, eh tak, saya dah nk bersalin dah ni. Serah buku dan nurse sambung lagi, due 18 hb kan? (lagi 3 hari). Dah rasa sakit? Umi pun jawab, ya saya dah rasa sakit. 

Ok, nurse suruh duduk dlu, tunggu sat. Lalu duduklah pesakit ni sebentar sambil layan sensasi di lobi hospital. Tak lama, mai pula nurse bahagian bersalin, tanya pesakit yang mana satu yg nak bersalin tadi? Umi pun angkat la tangan mcm budak sekolah. Ya saya kat sini. Saya kat sini. Hehe!

Umi tenang sangat kot sampai nurse pun tak perasan yg pesakit ni nak bersalin dah. Hihi!

Dibawa masuk ke labor room, buat ctg. Yes, memang dah setiap 5 min sekali. Bacaan menunjukkan sensasi (kontraksi) yang sgt kuat dan degupan jantung baby yang sgt baik. Setengah jam berbaring utk cek bacaan ctg. Bukaan baru 3cm pada jam 11 lebih mcm tu. Dah dpt keputusan, umi minta check in wad dlu. Kami pun masuk wad. Bawa semua beg dan gym ball. 


Naik wad, sambung exercise. Salin baju hospital. Warna merun. Pakai siap seluar mamapride. Pun merun juga. Kebetulan pula sama warna. Hihi matchy matchy! Snap pic sekali dua. Pastu layan lagi rasa sensasi. Sat merangkak. Sat peluk bola. Makin tak tertanggung rasa. Huhuhu! Makin tak boleh nk hilang rasa sensasi tu, buat la apa pun dgn gym ball, tetap rasa dan makin kuat. Hilang rentak pernafasan. Masa ni kat mulut hanya mampu keluar Allah.. Allah.. Allah saja.


Nurse masuk, dan tanya "Dah sakit sgt ka? Tengok keadaan macam dah dekat ja tuh. Meh nak cek." Cek-cek dah 4cm, dlm 12:20 tghari gitu. P toilet sat, habis setel semua, dan terus ditolak masuk labor room. Nak jalan sendiri, tapi depa nak tolak juga. Redho jela.  😅😅😅


Xlama, Doktor Rohana pun masuk lb. Sangat ceria. Gelak-gelak, senyum dan santai saja. Doktor tanya, hmm mcm mana? Sihat? Ok? Lawak Doktor, layankan saja. Tengok-tgok dah 7cm. "Cepatnya.." " Baguihnya.." kata Doktor. Waktu ni jam dah menunjukkan pukul 12 lebih. 

Sensansi dtg dan pergi lagi. Sat ja dah 9cm, lps tu 10 cm. Depa xsempat setup betui-betui peralatan dah rasa nk push. Baby nk keluar dah!  Pintu rahim sgt lembut dan bukaan sgt cpt. Pulun punya pulun, tiga empat kali hu ha hu ha, tarik nafas lepas semua, sambil minum zam-zam guna straw, selang-seli nama Allah yang disebut-sebut, keluar juga nama "abiiiiiii...." dan "sakitttt".... Haha!

Sekilas nampak air mata abi yang cuba ditahan tapi berjujuran juga. ☺☺☺

Dalam setengah jam bertarung nyawa, dengan bantuan Dr Rohana dan dua orang lagi nurse berpengalaman, akhirnya keluarlah baby Mujahid, Ibrahim Zuhdi pada jam 1:24 tengahari (lewat sedikit dari abangnya Muhammad, yang dulu lahir pada jam 1:14 tengahari). 

Ibrahim lahir secara normal juga spt abangnya, dengan berat 3.0 kg, (abangnya Muhammad 3.14kg) ☺ dgn first degree tear yg sangat sedikit. (Abangnya dulu kena gunting). 😭

Alhamdulillah wa syukrulillah. 


Doakan umi dan baby sihat ya. Terima kasih banyak-banyak kpd semua yang mendoakan atas kelahiran yang cukup indah di bulan penuh berkah.


Ok umi nak on mode berehat yang panjang. Berpantang yang indah! 😙