Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Thursday, January 7, 2016

Percutian ke Perth Australia - Part 1

Percutian kami ke Perth Australia pada awal bulan Disember 2015, selama 9 hari 8 malam sangat menyeronokkan!

Alhamdulillah terima kasih Allah. Kami tidak pernah merancang kesana, tetapi itulah yang dikatakan rezeki.

Borak-borak kosong bersama suami, kemudian tengok tiket flight MAS, tiba-tiba ada promo. Harga tiket utk kami bertiga lebih kurang dalam 3 ribu shj. Tapi jgn lupa Visa tau. Apply Visa pun kami buat dgn MAS juga. Kosnya Rm38 seorang. Mudah tak yah pk byk sgt.

Kami pun belilah tiket  flight pada awal bulan Mei dan kami terbang ke Perth pada awal bulan Disember. Lama juga menghitung hari menunggu masa utk terbang ke Oz, hehehe. Tapi ok juga, sambil-sambil tunggu bolehlah buat segala persiapan termasuk itinerary, etc.

Ok jum kita p bercuti!!!


Ini pemandangan dari bumi Kedah yang penuh dgn kehijauan bendang. Waktu ni, baru berlepas naik ke awan, menuju ke KLIA Sepang. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.


Terasa begitu kerdil saat berada di atas dan melihat ke bawah. Segalanya begitu indah. SubhanaAllah. 


Kami bertiga.

Hari yang sama, 3hb Disember 2015, adalah hari yang sama kami sekeluarga mengiringi dan titipkan doa buat mak dan mama yang akan pergi mengerjakan umrah di tanah suci Mekkah.

 

Keluarga besar kami.

Berjumpa keluarga, makan dan minum bersama, berjalan-jalan ke Mitsui dan kemudiannya berpisah semula. Mak dan mama terbang ke Mekkah. Ayah dan adik-adik pulang ke rumah. Dan malam itu, kami bertiga bermalam saja di Concorde Inn Sepang, kerana tidak mahu lewat utk ke Perth pagi esok! 



Itinerary sepanjang hari.


Di Mitsui Sepang.

.
.
.

Junaat, 4 Disember 2015, Hari pertama, Malibu Apartments, Perth.

Perjalanan selama lebih kurang lima jam, bukanlah mudah utk Muhammad. Macam-macam dia buat atas awan tu. Aduhai anak. Nasibla umi bawa juga mainan, buku, dan set mewarna. Isi semua dlm beg beruang biru Muhammad tu. Mudah. Takla dia bosan sangat nanti. 


Abi isi borang kuning, declare segala-galanya. Nk masuk Oz bukan mudah. Byk protocol. Tapi Alhamdulillah semua dipermudahkan. 

Makanan yg kami bawa semua lepas. Siap tunjuk list senarai makanan, yang kami print cantik-cantik tu. Tq Allah. 


Pack cantik-cantik dan kemas ye. Hehe.


Periuk nasi kecik, rempah-ratus,minyak masak, garam,gula, beras,bihun,ketupat nasi, sup bunjut,santan dll. Letak semua makanan setempat, jgn campur dgn luggage. Masuk kotak khas, jadi mudah kalau apa-apa nanti. Tak la habis dia punggah barang-barang kita nanti. Ambil langkah selamat ja. Mestilah cik puan isteri yang buat semua ni kan. Hahaha. ;D


Selamat tiba di Perth International Airport pada jam 430 petang.


Sebaik saja melepasi bahagian imigrasi, kami cari tempat utk menyewa kereta. Masih dlm bangunan lapangan terbang, sebelah kiri, kaunter yang paling hujung berhampiran pintu keluar. 

Kami pilih Thrifty, sewa selama 3 hari sahaja dan hari-hari berikutnya bercadang utk menaiki public transport. Sewa selama 3 hari dlm 270Aud, termasuk insurans dan baby car seat. Makin lama kita sewa kereta harga akan jadi makin murah. 

Tp kalau bercadang nak p jalan jauh-jauh la. Kalau setakat di Perth City ada baiknya naik public transport shj sbb lebih mudah. Di bandar susah sikit nak cari tmpat parking dan harga parking pun berbeza-beza mengikut tempat. Jadi buatlah pilihan yg tepat.  

Memandangkan hari pun dah ptg, dan kami pun tak mahu rugi, jadinya esok baru kami ambil kereta di Adelaide Perth city, tak jauh dari tempat penginapan kami. Yeay!

Dan akhirnya kami pun tiba di Malibu Apartments. Naik teksi saja sbb nak mudah bawa barang yang banyak. :)

Dari Perth Int Airport ke Malibu kosnya dlm 54Aud shj. Perjalanan dlm 30-45min. Mahal jg la kan. Pejam mata jg la sbb abi kata dia dah penat nk angkat barang sorang-sorang. Umi kena jaga Muhammad kan. Bertabahlah :P

Inilah Malibu Apartments. Muhammad kata "yeay da sampai rumah kita." Hihihi. 









Oklah, cukup besar, bersih dan selesa utk kami tiga beranak. Serba serbi lengkap dari memasak, membasuh dan menyidai pakaian. Sangat dekat dgn bus stop dan masih dlm kawasan zon percuma jika naik bus ke Perth city. 

Harga Malibu Apartments ni utk 9 hari 8 malam adalah 962Aud. Alhamdulillah juga kami dpt tingkat paling bawah dan paling hadapan. Dekat sangat dgn pintu masuk dan tak perlu jalan jauh. Booking awal mudahlah nk request apa-apa kan. Kami booking di booking.com. 

Perlu utk semua tahu, apartments ini tiada perkhidmatan wifi percuma dan tiada lobi @ kaunter pertanyaan. Semuanya layan diri. Ambil kunci siap sedia dihadapan bilik dgn password yang telah diemailkan staf dan masa nak check out pun hanya drop kan shj kunci di dalam box yg disediakan. Mudah kan? 

Bersambung ke Part 2...




Thursday, May 22, 2014

Percutian Keluarga : Krabi Thailand 2014

Percutian bersama keluarga kali ini ditanggung bersih oleh mak. Kami semua hanya bawa duit utk shopping sahaja. Percutian pendek selama 3 hari 2 malam di Krabi mmg menyeronokkan tetapi sedikit kepenatan. Mungkin ada rezeki lain kali kita p lama sikit naa. InsyaAllah Ameen.


Long tail boats


Hari pertama disana, kami memilih utk sertai aktiviti lompat pulau sambil snorkeling. Island hopping sepanjang hari dari pagi hgg ke ptg. Pulau-pulau yang kami lawati adalah Tup Island, Poda Island, Phra Nang Cave Island dan Chicken Island. 



Ini Poda Island. Airnya jernih sehingga kelihatan pasir putihnya didasar laut. Sgt mempesonakan mata yang memandang. SubhanaAllah! 



Kami snorkeling di Chicken Island. Banyak betul ikan disini. Puas hati betul. Nasib baik ada pisang, makin banyak ikan-ikan ni mai, dpt mkn banana free kan. 


Ini di Ao Nang Street. Banyak gerai-gerai makanan, massage shop, hotel etc.

Ini di Phra Nang Cave Beach. 


Phra Nang Cave Island.


Aktiviti rock climbing di Phra Nang Cave Island. Pulau ni banyak terbentukknya batu kapur spt dlm gambar. Hehehe.


Railway Resort and Spa,


Di Phra Nang Beach.


Muhammad main air di Poda Island.


Makan tembikai. Makanan tengahari disediakan. Lengkap nasi goreng, mineral water dan buah-buahan. Terbaik!


:)


Banyak kan ikan. Ini masih di Chicken Island cuma sebelah lain. Pulaunya kan besar. Pusing-pusing la kan. Jernih air lautnya. MasyaAllah cantik sungguh.


:D


Chicken Island yang bentuknya memang spt ayam.



Peace!



Turun-turun ja ikan dah kerumun.



Ini di Tup Island. Pulau ni bila air laut surut, akan terbentuknya bening spt ini. Tanah yang membahagikan dua laut. 


Ao Nang Beach. Laut di tengah pekan Krabi. Berhadapan dgn Night Market.


Banglo Adam.

 


Ao Nang Beach


Ikan dlm air. Hihi


Adik Danish.



Ini cafe di Satun Thailand. Bermalam di Lake Terrace satu malam sebelum pulang ke Malaysia. 







Natural Remedies

Sejak berkenalan dgn group yg mengamalkan natural remedies utk pelbagai jenis penyakit spt demam, selsema dan batuk ni, ummu muhammad pun semakin bersemangat meneruskan usaha utk memastikan muhammad bebas ubat doktor sebelum cukup dewasa.

Baru baru ni muhammad selsema. Penangan tidur dlm bilik air cond dari mlm hingga pagi masa bercuti di Krabi. Kesian.

Spt biasa ummi pakaian dia GARLIC SOCKS dan sapukan GARLIC OIL berselang seli dgn HABATUSSAUDA OIL di dada hadapan dan belakang bdn, betis dan kaki. Ummi letakkan jg CHOPPED GARLIC & ONION dlm bilik utk muhammad hidu & utk pengudaraan yg baik dlm bilik. Garlic sbg antiseptik manakala onion berfungsi menyerap toksin.

Dlm seminggu lebih muhammad pulih dari selsema tanpa sebarang ubat @ drugs. Hanya natural remedies. Alhamdulillah. Utk makanan muhammad sepanjg tempoh kurang sihat ummi masakkan SUP TULANG AYAM @ bubur ayam. Banyakkan minum AIR. Suapkan jg MADU,  HABATUSSAUDA SEEDS, ZAM ZAM. Dlm masakan guna EXTRA VIRGIN OLIVE OIL @ VCO. Muhammad suka vco. Makan mcm tu je bila ummi sudukan. Alhamdulillah. Oh ya amalkan jg kurma. Xperlu tgg sakit, tiap2 pagi memang ummi biasakan muhammad dgn kurma. InsyaAllah jg makanan sunnah yg lain.

Slps baik selsema, muhammad demam pula (2 hari 2 mlm) kemudian sembuh. Sambung pula batuk (sedikit). Masa demam kerapkan mandi. Jerlum dgn air asam kat kepala dan tekap kain basah kat dahi dan bawah lengan sepanjang mlm. Monitor suhu tiap 30min. Kerapkan jg bf. Jadi dia kerap kencing (buang haba panas badan).

Doa dan berharap hanya pada Allah. Dia yg memberi sakit, Dia jg yg menyembuhkan.





#muhammadsetahunsebulan




Tuesday, July 30, 2013

Anak ummi da besar

Alhamdulillah, anak ummi membesar dgn sihat. hari ni genaplah 4 bulan anak ummi..makin pandai bermain, berinteraksi dan bergelak ketawa. 

Muhammad jg blaja mempamerkan emosi. sgt manja, nak berkepit sentiasa dgn ummi dia, n agak susah nak terima orang yang jarang bersama dgnnya. mungkin sbb muhammad dibesarkan sepenuhnya umminya tanpa dihantar ke nursery jadi dia tidak mahu dgn org lain. mengambil sedikit masa utk mengenal saudara2nya, iAllah. 

cepat besar ye sayang.. ummi n abi love u so much baby!  





Sunday, April 14, 2013

kehadiran buah cinta

Alhamdulillah.. Muhammad selamat dilahirkan pada hari Isnin, 1 april 2013, jam 1:14 tengahari di hospital putrajaya.
Muhammad lahir secara normal dgn berat 3.14kg..

Syukur alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahiran Muhammad. Sehari sebelum, waktu petang ada show tapi tak rasa sakit. Malamnya terasa sakit contraction yg mulanya sikit2 kemudian kian kerap. sepanjang malam tak dpt tidur..

Keesokan paginya, seawal jam 6pg bersiap utk ke klinik dan hospital. Sampai klinik, nurse sarankan ke hospital terus sbb tgok gaya ummu Muhammad yg da xsenang duduk. uii sakitnya hanya Allah yg tahu.. Sampai hospital kne tahan wad, alhamdulillah "jalan" pun Allah permudahkan..(5)

Sepanjang dlm wad Ummu Muhammad diberikan topeng gas (pelali) utk tahan sakit. Berkesan tapi efeknya buat kita jadi mengantuk nak tertidur. Akhirnya Muhammad selamat dilahirkan jua. Tq Allah.. :)