Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Tuesday, February 2, 2016

Masjid Beijing, Rantau Panjang Kelantan


Siapa pernah baca novel Warkah Cinta Berbau syurga? Atau pun pernah tengok filem ini ditayangkan di Astro Tv Al-Hijrah pada tahun 2012? 


Novel ni dah lama sebenarnya, jadi peminat novel macam saya ni tak melepaskan peluang utk memiliki novel cinta islamik ini. Tiba-tiba pada tahun 2012, novel ini telah diadaptasikan menjadi sebuah drama di tv. Haaa apalagi, memang jd tontonan dari awal hingga ke akhir episod la jawabnya kan. Hihi. Kalau tengok filem Ayat-ayat cinta sampai la ni pun masih boleh teriak, cerita ni pun sama. Berayaq mata oiii. Huuuu.


Salah satu babak dalam drama tu, ada menayangkan keindahan Masjid Beijing ni. Jadi terlanjur ke Rantau Panjang di Kelantan bersama suami, anak dan ibu mertua, kami pun singgahlah menziarahi masjid ni. 


Masjid Beijing, Kelantan













Paling Belakang,
Warkah Cinta Berbau Syurga
&
Masjid Beijing, Kelantan.
Salam cinta!





Zoo Taiping and Night Safari

Jalan-jalan ke rumah sahabat di Gunung Semanggol membawa kami ke sini, Zoo Taiping and Night Safari, Perak. 


Pengalaman menaiki keretapi sambil melihat pelbagai jenis binatang di seluruh Zoo Taiping. 


Sahabat baik kami




















Paling Belakang,
Zoo Taiping.

^_^





Pangkor Island


Bercuti ke Pangkor bersama keluarga mertua pada cuti sekolah bulan tiga tahun 2015 yang lalu, memang menyeronokkan. Kami konvoi berkereta dari kedah, berhenti di RnR utk makan tengahari, membawa bekalan makanan dan periuk nasi, kemudiannya naik feri di Jeti Lumut, snorkeling, island hopping, dan mandi-manda di pantai bersama-sama. Memang seronok sangat!



Bermain pasir dan mandi-manda di pantai Teluk Nipah, tak jauh dari bilik hotel kami menginap. Waktu petang ni memang ramai sangat orang yang bersantai tepi pantai, berenang, makan-makan dan bermain pasir spt yang kami buat ni ha. Melayan anak-anak. Hihihi. 

Hari pertama disana, kami masih makan malam di bilik beramai-ramai menghabiskan bekalan makanan yang dimasak kakak ipar dan anak-anak menakan. Teringatkan waktu itu saja, sudah cukup menggembirakan dan menggamit memori!

Keesokan harinya, selepas bersarapan nasi lemak bungkus dan minum air teh panas dgn hanya berlantaikan pepasir putih dan ombak laut, kami bermain pasir pantai sambil menunggung ahli keluarga yang lain utk aktiviti island hopping dan snorkeling. 


Pulau-pulau yang kelihatan semasa aktiviti island hopping dan snorkeling. Pulau buaya, pulau penyu, pulau ikan paus dan juga pulau giam.


Kami berhenti di pulau ikan paus untuk aktiviti snorkeling, berenang-renang dan berjemuran di tepian pantai. Kami disini dari pagi hingga ke petang. Tak terasa kerana terlalu seronok bermain air laut. Terapung-apung dgn mata terpejam, berkuak-lentang, tangkap anak ikan kecil, makan-makan dan berenang lagi. Waaa, rindunya. 


Kemudiannya sambung island hopping dan snorkeling di pulau giam pula sebelum pulang semula ke Pantai Teluk Nipah. 

Malam itu, Muhammad tidur awal kerana begitu kepenatan. Tertidur sejak di dalam boat lagi kemudiannya terus tidur semula selepas mandi, hinggalah ke pagi. Jadi hanya umi yang temankan Muhammad di bilik malam itu, kerana ahli keluarga yang lain keluar bersantai mengambil angin malam dan ke kedai-kedai berhampiran pantai utk membeli sedikit makanan dan jg souvenir. 

Abi balik bawa char kuey teow dan orange juice malam itu. Yeay! Terima kasih abi. Oh tak lupa, abi turut belikan fridge magnet comel sebagai kenang-kenangan. Tau-tau je wife dia ni pengumpul tegar FM. Hihihi. Suka!




Pangkor Island dan 2015, selamat tinggal! Kami pulang membawa seribu kenangan bersama. Syukur Alhamdulillah. 


Paling Belakang,
Pangkor Island, with LOVE!










Monday, February 1, 2016

Lafaz Ijab dan Qabul


Pada tanggal 1 Jun 2012, termeterailah sebuah ikatan yang suci diantara dua insan. Janji diikat kemas, bukan dengan berjuta kata manis dan omongan cinta yang ditabur bersama janji kosong tetapi sebuah janji pasti yang dipatri bersama lafaz ijab dan qabul.

  

Sebuah cerita cinta yang tidak pernah dimulakan dengan perasaan cinta apatah lagi bibit rindu, kasih dan sayang. Begitu dengan jarak yang memisahkan serta perbezaan yang ketara diantara keduanya mematikan hasrat keduanya utk memasang impian bersama.


        
Namun, saat si dia meninggalkan bumi padang pasir dan sungai nil, berlaku satu pertemuan pendek di lapangan terbang yang tidak dirancang teliti, lalu dipanjangkan ke pertemuan kali kedua bersama keluarga di bulan mulia Aidil Adha. Tidak lama, pertemuan yang ketiga berlaku dimana kami berdua ditunangkan, lansung tiga bulan selepas itu kami dinikahkan.

                            

Disaat dia melafazkan "Aku terima nikahnya," maka disaat itu gugurlah semua tanggungjawab ayah dan ibu. Jika dahulunya, aku masih seorang anak gadis tetapi kini aku memikul satu gelaran yang dipanggil isteri. Gelaran yang disandang beserta beribu tanggungjawab.


Sungguh, saat bergelar isteri merupakan bibit paling bahagia tetapi ia juga merupakan penentu akhir hidupku. Samaada ke syurga atau pun neraka. Mampukah aku ke syurga atau sanggupkah aku ke neraka Allah?

Jika suamiku redha keatas ku maka syurgalah buatku, tetapi jika suamiku murka keatas ku maka api nerakalah yang akan menemaniku. Nauzubillah.


Begitupun ku rasakan bebanan tanggungjawab ku, ternyata lelaki yang bergelar suami ku pasti lebih berat dan besar tanggungjawabnya. Maka hanya pada Allah ku panjatkan segala doa agar hubungan ini sentiasa diredhai dan di dalam lindunganNya.


Moga aku kan menjadi isteri yang solehah buatnya. Menjadi bidadari terindah buatnya di dunia, juga di syurga sana. 


Semoga bahtera perkahwinan yang dibina ini berkekalan selamanya sehingga hujung nyawa dan juga bertemu semula di JannahNya, insyaAllah ameennn.








Salam cinta. 
Paling belakang. 
Faiez wa Ila.