Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Monday, June 6, 2016

Ulangtahun Perkahwinan Ke Empat.


Destinasi percutian bersama yang tersayang kali ini adalah ke Penang sahaja. 

Memandangkan tarikh ulangtahun perkahwinan kami pada 1 Jun jatuh pada waktu cuti sekolah, ia jadi bonus untuk kami pergi bercuti dan merehatkan minda sekaligus merancang untuk pulang ke kampung. 

Tetapi...

Walaupun begitu, percutian yang dirancang selalu dibuat di saat-saat akhir kerana perlu mengetahui jadual tugas encik suami terlebih dahulu. 

Jadi pening jugalah untuk kami memilih hotel pada waktu cuti sekolah dan di saat-saat akhir ni. Pasti banyak yang dah penuh.  

Dari bercadang untuk ke Krabi bersama rakan sekerja suami yang teringin untuk ke sana, bertukar pula ke Pulau Perhentian di Terengganu. Kemudian tukar lagi. Dan akhirnya, keputusan akhir kami adalah ke Penang sahaja. Hanya kami bertiga. Hihi, nak sangat cari vitamin sea katanya kan.  

Seperti kebiasaan, selepas riki-riki di Tripadvisor, saya akhirnya memilih Bayview Beach Resort, Batu Feringghi, Penang. Kebetulan pula, ada seorang rakan suami yang bekerja di hotel ini, maka mudahlah untuk minta tolong apa-apa tentang bilik dll.  ðŸ˜Š



Tips yang pertamanya ialah jangan sesekali abaikan reviews of hotel. Banyak membantu. Hee. Syukur alhamdulillah, kpd Allah yang telah mempermudahkan segalanya.










Keduanya, hotel ini berhadapan dengan laut. Walaupun lautnya tak berapa nak crystal clear, masih mudah untuk kami ke pantai, menikmati pemandangan pantai, menunggang kuda, bermain pasir pantai dll. 


 Deluxe room sea view









Ketiganya, kemudahan swimming pool yang besar, banyak dan mesra pengguna. Pool dibahagi-bahagikan mengikut kesesuaian kanak-kanak hingga dewasa. Terdapat juga kawasan seperti di "taman tema air" untuk kanak-kanak bermain. 


Kolam dan taman permainan untuk kanak-kanak 




Lagi satu kolam untuk kanak-kanak (belakang kiri), meditation pool (belakang kanan) dan kolam renang untuk orang dewasa. 




Peringatan, setiap pengguna pool dan "taman tema air" perlu mengenakan pakaian renang yang bersesuaian. Agak strict disitu, bertujuan menjaga keselamatan. 

Jadi bagi muslimah saya cadangkan bersantai-santai sahajalah ditepi kolam atau ke laut sahaja. Keh keh keh. Bimbang ada yang merakam gambar atau video dan kita pula tidak menutup aurat dengan sempurna.  

Bagi je anak-anak main dengan suami. Nak gedebush debush pun tak ada masalah. Bila anak-anak gembira, mak automatik  akan gembira. Kan? 


Panorama pagi


Redup dan nyaman


Panorama petang, belum senja lagi


Panas menunggu matahari terbenam. Pakailah Rayban. Eheheheh. 



Pujaan hatiku la sangat kan 😩


Bersidai lepas mandi kolam.
Jadi sotong kering sat. Hihi.


Senja di tepian batu konkrit bukan ditepian pantai 😆


Kami 


View hotel dari payung ceklat


Di gym 👫


Di Kids Club







Waktu ni Muhammad tak mandi lagi tapi dah sarapan pagi. Sarapan pagi depan kolam renang. Nak terus gedebush pun boleh. Heee. 🙈

Secara jujurnya kami sangat- sangat berpuas hati. Menghabiskan 3 hari 2 malam di hotel tanpa berjalan ke mana-mana melainkan ke Balik Pulau sebentar untuk intai-intai durian. Hehe. Itu saja untuk kali ini. Salam. 🙌





Salam cinta,
Ismirusila. 😊
















Sunday, June 5, 2016


1 Jun 2016, genaplah empat tahun usia perkahwinan kami. 

Bermacam yang telah dilalui dan dirasai bersama. Segala pahit dan manis ditempuh bersama, yang baik dan buruk disenangi dan diterima seadanya. Semuanya atas izin Allah. Kerana kasih sayang Allah.

Bukanlah tidak pernah goyah, tidak pernah dilanda tsunami, ribut serta taufan. Bukan juga sentiasa ditaburi bunga mewangi dan bermadah manis pujangga. 

Lumrah kehidupan. Lumrah sebuah kehidupan rumah-tangga, ada pasang dan ada surutnya. Terkadang ada waktunya ia jatuh, retak, dan patah. 

Syukur kepada Allah yang masih lagi memanjangkan ikatan suci ini, meminjamkan nyawa dan denyut nadi kepada hambanya yang hina ini. 

Jika dihutung segala dosa-dosa yang dilakukan, tidak layak lagi rasanya untuk terus berpijak dibumiNya ini.

Tidak mampu menandingi segala nikmat-nikmat dan kasih sayangnya yang terlalu banyak dan yang selalu mendahului  kemurkaanNya. 

Masih lagi terkadang bersungut dan mengeluh. Masih lagi merasa tidak cukup. 

Betapa sukarnya diri untuk melahirkan rasa syukur, syukur dan syukur. Betapa sukarnya berperang untuk istiqomah dan betapa payah dan beratnya untuk terus menyirami jiwa dengan iman dan amal. 

Allah.. 

Sesungguhnya hambamu ini tidak mampu melakukan apa-apa tanpa bantuan dariMu. Sesungguhnya hambamu ini cukup lemah dan tidak punya apa-apa. Hambamu ini hina dina.

Engkaulah yang memiliki segala-galanya Wahai Allah. Engkaulah yang menutup rapi dan menyimpan segala aib. Betapa hambamu ini jarang mensyukuri. Selalu alpa dan leka. Selalu saja jauh dariMu. 

Masih saja tidak malu meminta-minta itu dan ini dalam setiap doa. Allah.. Allah.. Allah... 

1 Ramadhan 1437,
Ramadhan Kareem.