Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Tuesday, January 26, 2016

Colmar Tropicale French Theme Resort


Berjalan-jalan ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang merupakan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Bangunan disini dibina bertemakan Perancis yang dimiliki oleh Berjaya Hills Bhd. Suasana yang sedikit berangin disini rasanya seolah-olah spt berada di luar negara. Hehehe. 

Bayaran masuk ke sini dikenakan di pondok pengawal utama sebelum tiba ke atas. Bayaran utk dewasa sebanyak Rm 12 manakala kanak-kanak Rm 8. Bayaran masuk ini juga merangkumi ke Japanese Village dan Botanical Garden kecuali ke Animal Park yang mengenakan bayaran Rm 3 seorang.


Dihadapan pintu masuk ke Colmar Tropicale. Dibelakang tu ada jambatan yg dibawahnya ada kolam air. Angsa pun ada tau. 


Ini pula dibahagian dalam. Disinilah ditempatkan hotel, restaurant, surau, dan souvenir shop. 


Kami bawa bekal nasi lemak. Yang coklat tu telur pindang. Kata johorean kan. Haha. Beli di Pasar Larkin masa kami bertiga bercuti di Jb, beli sepapan terus utk dibawa balik.

Makan dalam kereta saja sebab masa ni hujan renyai-renyai diluar. Jadi sementara tgg hujan reda, kami makan dulu. 


Nampak tak jam di dinding tu? Cantikkan?


Muhammad dan Danish bergambar bersama patung kuda 





Selepas itu kami ke Japanese Village. Perlu mendaki sedikit utk kesini. Boleh tahan semput masa ni. Haha. Tapi Muhammad semangat nak berjalan sendiri. Dia tak penat langsung! 


Souvenir shop di Japanese Village


Patung-patung gadis jepun berkimono


Pasangan yang berkimono


Rumah Teh kat atas tu utk yang suka nak cuba pakai kimono. Semestinya dikenakan bayaran. Rm 20 selama 30 minit. Masa ni memang ramai sungguh orang. Siap beratur panjang. Nak ambil gambar pun nak kena tunggu giliran. Kira bertuah la kalau tak ada org lain dlm gambar yang kita ambil tu. Hahaha. 


Rumah kedua, depan kolam dan pancuran air ala-ala di Jepun


Ok dah penat berjalan, jomlah kita balik. Animal Park tu kami p sekejap saja. Tu pun tak semua yang turun dari kereta. 

Paking belakang, Colmar Tropicale.




Monday, January 25, 2016

Dia yang kini suamiku


Perkenalan jarak jauh, tidak pernah bersua muka. Apatah lagi bertemu berdua bermain mata. Hanya melalui media sosial. Dia di Mesir, sedang diri ini di tanah air. 

Bila sudah tersurat, walau yang jauh beribu batu dan yang tiada sedikit pun hubung kaitnya, akan tetap jua bersatu menjadi satu.

Tidak pernah berangan-angan memiliki sang putera raja, inikan pula yang punya Al-quran sentiasa di dada. Semuanya aturan Allah yg Maha Esa, yang punya rencana dan rahsia.

Besar sungguh pemberian Allah buat diri ini. Kerana sesungguhnya aku tdk punyai apa-apa melainkan dosa yang banyak ibarat bebuih dilautan yg luas. 

Lalu pada siapa lagi yang harus ku panjatkan rasa syukur jika bukan padaNya. 

Syukur Alhamdulillh. Moga kekal selamanya hingga ke JannahMu. 

Paling belakang, The Engagement,
10 Disember 2011 (10 12 11).








Sunday, January 24, 2016

Manusia itu pelukis kehidupan


Olesan demi olesan warna sehingga akhirnya menjadi sebuah lukisan. Hidup manusia itu juga sama, diibaratkan seperti sebuah lukisan. Manusia itu sendiri adalah seorang pelukis. Ya pelukis kehidupannya sendiri.  

                       

Manusia bebas utk memilih warna dan corak lukisan kehidupan masing-masing. Samaada memilih utk mewarnai setiap lukisan kehidupan dgn warna-warni iman, amal dan taqwa atau memilih satu warna sahaja sehingga menghasilkan lukisan kehidupannya yang sunyi, malap dan membosankan.


Hakikat kehidupan, kita tak akan selamanya bersama dgn orang-orang yang kita sayangi. Akan sampai satu saat dan ketika kita akan ditinggalkan atau meningglkan mereka. Tiada jaminan untuk hari esok yang kita akan tetap bersama mereka lagi.


Jadi sementara masih ada, sementara masih dipinjamkan mereka kepada kita, sementara masih ada kasih dan sayang yang terjalin, hargailah. Hargailah setiap detik dan ketika masa bersama mereka kerana ia akan berlalu dan tak akan pernah kembali lagi.


Diari kehidupan seorang insan yang bergelar ayah. Seorang ayah itu akan selamanya berbohong kpd anak-anaknya. Mengelap dan menyorokkan keringatnya dari kelihatan dihadapan anak-anaknya. 

Dialah seorang lelaki yang pertama mengazan dan mengiqomatkan setiap anak-anaknya. Dihadapan mata mereka, ayahlah hero, ayahlah segalanya. Menghabiskan masanya dgn tulang empat keratnya demi mencari sesuap nasi utk keluarganya. 

Dia akan tetap tersenyum walau perut belum terisi. Akan tetap berbohong menyatakan yg dia tdk lapar hanya kerana ingin anak-anak cukup makan pakainya. Itulah dia seorang ayah, akan selamanya berbohong hgg akhirnya.

Cuma terkadang kita selalu lupa. Lupa utk mengucapkan "terima kasih ayah." "Terima kasih kerana menjaga kami semua sedari kami kecil hingga kami besar seperti ini. "


Dan teman yang selalu ada disisi tidak kira kita susah atau senang, itulah dia kasih sayang dari seorang adik. Walau terkadang selau dimarahi kerana kenaifan dan kenakalannya, dia tetap tak akan pernah jemu mengambil hati abang-abang dan kakaknya. Tetap setia utk menemani, menerima, dan akur serta menuruti setiap arahan yg diberi. Atau mungkin kita yang selalu terlupa untuk lebihmenghargai. Untuk lebih menyayangi. Ya kita yg selalu saja lupa!


Warnailah setiap langkah kehidupan kita ini dengan warna-warni yang indah sehingga setiap yang memandangnya terpesona dan turut sama merasai bahagia. Bahagia apabila membahagiakan. 


Allah jg tidak pernah menjanjikan setiap lukisan kehidupan kita akan sentiasa diwarnai dgn keindahan dan kebahgiaan semata. Sebaliknya akan datang waktu sukar dan duka. Cabaran dan rintangan. Diselangi sedikit kepahitan dan kesakitan demi untuk membentuk sekeping hati mengenal erti tabah dan sabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan.


Hakikatnya, di kehidupan ini kitalah pelukis sejatinya. Kitalah yang memilih warna serta corak lukisan kehidupan ini. Jika baik dan cantik lukisan didunianya, maka baik jugalah hasilnya di dunia akhir sana. Begitu juga yg berlaku sebaliknya.  


Apakah warna yang kita pilih dalam kehidupan kita selama ini benar-benar sudah cukup memuaskan Sang Raja Pemerhati? 

Apakah lukisan kehidupan kita itu sudah benar-benar dapat menjanjikan kebahagiaan kita di akhir sana nanti? 

Apakah kita semua akan menjadi pelukis kehidupan yang berjaya atau sebaliknya? 

Bersediakah kita untuk menyerahkan lukisan kehidupan kita saat tiba masa dan ketika itu. Bersediakah kita?


Terima kasih kerana sudi membaca. Salam cinta! Salam.

Lukisan dan Kehidupan,
Art Sphere, Atmosphere.
Pandang belakang, 2014,
ismirusila.



Farm In The City


Selain ke zoo utk melihat haiwan, membawa anak kecil kesini juga amat seronok. Memandangkan ianya amat dekat dgn rumah ayah aka atok, jadi kami pun bercadang utk menghabiskan sisa-sisa musim cuti sekolah disini. 


Kami, danish . . .


dan atok.

Disini terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik utk anak-anak kecik. Selain dpt melihat pelbagai jenis haiwan, anak-anak juga boleh memberi haiwan ternakan ini makan sambil dipantau penjaganya. 


Rombongan budak-budak sekolah dan tadika. Meriah waktu ni. Riuh-rendah.



Ini dikandang arnab. Semuanya comel-comel. Muhammad buat muka blur pula. Atok sj yg terlebih excited. Haha!


Adik danish beri arnabnya makan


Kesini pula . . .


Beri kambing-kambing pula makan. Hati-hati jgn sampai terpijak najisnya. 


Kenal tak? Ini kambing gurun.


Walk through birds aviary


Menunggu burung-burung dgn sabar


Mai la makan lekaih . . .


Akhirnya dia mai juga.


Tu dia!



Si cantik merak yang enggan mempamirkan kecantikan semulajadinya


Mari berjalan ke hutan pula. Hehe. Tak lama disini sebab geli tengok adik-beradik cak cak cak tu. ^-^


Cinta si kura-kura


Ok jum p bagi ikan-ikan makan! 


Dia suka!


Banyaknya ikan. Mengedik-gedik dlm air tu berebut makanan. Bulatnya muhammad masa ni. Gebu! Puji anak sendiri la pula kan. 


Alololo muhammad tunjuk ikan ye . . 




Angsa pun ada sama nk kongsi rezeki


Pemandangan yg cantik!


Dah macam patung


Ish ish tidur sampai macam tu skali ye


Skunk


Nak naik kuda ponny pun boleh


Muhammad tekun tengok burung tu. Sekali burung tu bercakap, dia terkejut sampai menangis. Hahaha klakar.

Cafe pun ada disini. Tapi kami tak makan pun. Makan kat rumah aja. Sampai sini sajalah ya ceq bercerita. 

Banyak lagi yang perlu anda semua terokai. Anda perlu alaminya sendiri! Tiba-tiba je kan. Ok bai! Salam.

Salam cinta!