Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Wednesday, April 27, 2016

Bukan semuanya.


Terkadang terlalu banyak yang ingin ku tulis dan ku luahkan. Terlalu banyak rasa yang ingin aku kongsi bersama.

Namun kedewasaan ini  turut mengajarkanku sesuatu, tiada yang bisa mengerti seadanya dirimu, melainkan cuma Dia.

Jauh disudut hati ini berbisik, bukan semuanya, biarlah hanya Allah yang tahu.




Thursday, April 21, 2016

Dia amanah terindah buatku.




"Ummi ummi.. tengok ni."

"Muhammad lukis mata dengan mulut dia."

^_______^

Ya Allah.. tiba-tiba jadi sayu. T.T

Abang Muhammad, maafkan Ummi. Ummi sayang abang. Sayang sangat-sangat. Walaupun Ummi tak bekerja, masih terasa kurang perhatian yang Ummi berikan untuk abang. 

Maafkan Ummi. Ummi janji, mulai hari ini Ummi akan jadi Ummi yang lebih baik untuk Abang. Umi janji. 

Ya Allah, jadikanlah aku Ummi yang baik. Kurniakan aku sifat yang sentiasa berlemah-lembut, kasih dan sayang terhadapnya. Bantulah aku Ya Allah, agar sentiasa sabar melayan setiap kerenahnya. Sabar. Sabar. Sabar. Sabar yang tiada penghujungnya. 

Mohon doa sahabat-sahabat. Ameennkan doa ini. Ameenn Ameennn Ameennn Ya Rabbalalameenn.


Tuesday, April 19, 2016

Erti Luka.


"Luka itu apa?" Soalnya, memecahkan kesunyian.

"Luka itu kecederaan pada tubuh badan yang merosakkan dermis kulit akibat benda tajam. Boleh juga terhasil dari benda yang tumpul lalu meninggalkan kesan lebam." Jawabku ringkas. 

"Itu luka yang nampak. Bagaimana pula dengan luka yang tidak nampak? Luka yang teramat-amat dalam?" Soalnya.

"Ahhh, luka itu yang kau maksudkan dari tadi. Itu lukanya di hati, kan?" Soalku pula. 

"Ya. Luka yang rasanya amat sakit. Sakitnya tuh disini." Sambil tangannya menujah-nujah hati yang dirasakan sarat tadi. 

Aku ketawa melihat gelagatnya. Masih saja mampu melawak. 

"Bagi aku, luka itu apabila bahagia itu hilang dari hati. Bukan terhasil dari rasa yang ditinggalkan tetapi dari rasa yang enggan melepaskan." Jawabku lagi. 

Kali ini ku pandang wajahnya dalam-dalam. Ada air yang bertakung di kelopak matanya. Menunggu masa untuk membasahi bumi.

"Dia diam sahaja. Diamnya itu membuatku rasa penat. Aku rasa terbuang. Dia pergi menjauh. Kan luka juga namanya tu walaupun dia tidak menyakitkanku." Luahnya lagi berani.

"Itu luka sendiri namanya. Kenapa tidak kau balas juga dengan berdiam? Apa kau tidak penat bercinta dan patah hati berkali-kali? Kenapa tidak kau tunggu saja waktu itu dan pergi bersama dia yang kau pilih?" Jawabku.

"Bagi ku, waktu itu selalu saja datang. Tetapi tiap kali saja ku pilih, tiap kali itu juga akhirnya duka." Sambungnya.

Saat itu air matanya jatuh jua membasahi bumi. Lagi dan lagi.

"Katanya, hati itu dipilih bukannya memilih." Jawabku ringkas. 

"Tidak boleh begitu. Kalau kau membiarkan hati dipilih tanpa kau memilih, kan ianya boleh mengundang rasa kosong? Sebelah pihak saja pasti tidak menjadikan?" Jawabnya lagi.

"Hidup ini tidak sempurna. Begitu juga dengan cinta. Tidak ada cinta yang sempurna. Hidup harus terus. Melangkah dan terus melangkah kehadapan. Samaada dengan membawa hati atau meninggalkannya bersama seseorang. Hidup ini bukan tentang luka, bukan juga tentang hati. Bahagia itu bonus. Hidup bukan juga untuk mengejar bahagia. Tetapi hidup ini soal tanggungjawab dan masa depan. Masa depan kita semua disana." Luahku panjang lebar.

"Apa kau tidak mengejar bahagiamu?" Soalnya lagi.

"Jangan ditanya begitu saat ini. Manusia berubah. Manusia berpaling. Menjalani kehidupan masing-masing." Jawabku.

Dia bangun, membetulkan bajunya yang renyuk. Mengesat sisa air mata. Lantas menoleh kearahku. Tersenyum. Lama. Mengajakku untuk pergi dari situ dan mula melangkah satu demi satu meninggalkanku.

Aku bangun dan berlari kearahnya. Menggapai tangannya. Ada bayu yang berhembus saat itu dan menyapa wajahku, seakan membawa pesan dari seseorang. Sekaligus, aku merapikan hati yang tiba-tiba terserak kembali. 

Kami pergi dari situ. Dia bersama dengan makna kebersamaannya dan aku dengan hati yang hilang bertahun lalu.
.
.
.

Hati itu tersimpan kesan yang ditinggalkan oleh ingatan. Tetapi hidup ini bukan tentang luka dan hati. Tetapi tentang masa hadapan.


Saturday, April 9, 2016

La.. La Tahzan..



Sebenarnya hidup ini cukup indah, cuma terkadang kita lupa untuk melihatnya. 

Aku lihat begitu ramai yang bersedih. Menangis dan meratap apabila ditimpa sesuatu musibah. Ingin saja aku peluk tubuh yang sedang menangis itu. Ingin saja aku katakan padanya,

 "Sudahlah.. Jangan bersedih lagi, sapu air mata kau.."  

"Allah itu dekat. Cukup dekat". 

Ya, aku faham perasaan kau, kerana lama dulu aku juga pernah bersedih disaat diri terumbang-ambing dalam mengenal isi dunia. Lebih-lebih lagi apabila kau kehilangan orang yang disayangi. 

Pengharapan yang tidak kesampaian. Terkadang rasa seperti Allah tidak sayang. Terasa seperti Allah sedang menghukum. Hati bagai ditumbuk-tumbuk, remuk dan hancur. Berkali-kali tersungkur. 

Sebenarnya, bukan Allah tidak sayang. Bukan Dia tidak tahu hati kau hancur. Bukan Dia tidak tahu kau menangis semahunya. 

Tapi kerana Dia tahu dan sayang dia beri kau musibah. Dia beri kau ujian. Dia tarik segala nikmat. Dia beri kau kesakitan. Sehingga kau begitu penat, tenat dan lelah untuk berharap lagi pada dunia. 

Kau tahu? Hanya hati yang hancur sehancurnya akan mengharapkan pertolongan dan pengharapan sepenuhnya pada Allah. Sebenarnya Allah terlalu rindu pada kau. Ya, Allah tidak zalim sama sekali. Dia cuma mahu kau sedar, pengharapan kau pada dunia tidak akan mendatangkan apa-apa. Hanya sia-sia.

Dia hanya mahu hilangkan segala rasa pengharapan kau pada dunia. Kau jadi begini kerana kau terlalu taksub pada dunia, hingga kau lupa untuk meletakkan satu-satunya pengharapan kau padaNya. Allah sayang kau! Allah mahu perhatian kau tertumpu hanya padaNya.

Yang berlaku itu punya sebab. Sebab untuk kau belajar memberi dan menerima. Sebab untuk kau menjadi beratus kali lebih kuat dan tabah. Percayalah, hidup ini terlalu pendek untuk kau ratapi dan kesali. Sebaliknya, jika kau hayati dan selami setiap hikmah yang berlaku, kau pasti akan tersenyum mengenang begitu banyak kasih-sayang yang Allah hantarkan pada kau. 

Jadi, pulanglah... 
Pulanglah kepada cinta hakiki. Cinta penuh harap kepada yang Maha Esa. 





Wednesday, March 30, 2016

Tak kenal Maka Tak Cinta.




Aku dilahirkan dan dibesarkan di bandar metropolitan Kuala Lumpur.(Ayat nak best je kan, haha!) Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur, dan tinggal di kotaraya Brickfield. Tak ingat berapa lama, tapi lepas tu kami sekeluarga kemudiannya berpindah dan menetap pula di Cochrane, Kl.


HBKL


Brickfield


Cochrane

Cakap Kay Ell? Memangla aku cakap Kl. Macam kau cakap bm juga lah, sama je. Orang Kl ni cakap dia biasa-biasa je. Orang Kl tak ada "loghat", tak macam bahasa-bahasa lain di Malaysia. Cuma, bahasa Kl ni banyak yang ditukar bunyi dan ejaan "bakunya" menjadi bunyi "e". Itu sahaja. 

Senang cakap, kau akan faham bulat-bulat apa yang orang Kl cakap tanpa perlu kau tanya apa maksud dia. Tak ubah makna dan tak ubah nama asal. Mudah je kan? So senyumlah. ^____^ Senyum kan sedekah? 


Sehinggalah aku berusia 10 tahun (darjah empat), aku berhasrat untuk tinggal bersama aunty aku yang berada di JB. Masa tu aku ingat nak seronok saja. Sebab aunty aku ada anak perempuan yang sebaya aku. Nur Balqis Nur Ramlan, namanya. Kazen aku la. Jadi aku pun pindah dan bersekolah di Bandar Baru Uda, JB. 


Tak lama, setahun sahaja. Aku nak pindah sekolah lagi. Kali ini aku tinggal dengan arwah nenek kesayanganku, Syarifah Aishah bt Syed Abdullah Al Idrus, di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru. Ya, arwah nenek aku orang Arab, kampung halamannya di Hadramawt, Yemen. 

Orang Jb ni memang best. (Dah mak aku pun asal Jb kan, so kena cakap best la kan, hahahah). Eh betul, orang Johor memang best sebab kebanyakkan orang Johor ni semuanya ramah, banyak bercakap, huha-huha dan sedikit kecoh. Hihihi. Memang "happening" la. Yang paling best dorang tak memilih kawan. Semua on, semua ok. 

Johor memang banyak loghatnya. Almari tukar jadi gobok @ gerobok. Selimut jadi gebor. Lain-lain:

Meh - mari
Bak sini- meminta
Kerempeng-kurus
Mende-kenapa
Godak-kacau
Gostan-kebelakang

Dan macam-macam lagi la. Banyak sangat. 

Lagi satu ayat penyedap orang Johor ni adalah "ekkk" dan tambahan "no".

1. Macam ni ek? Kenapa ek? Sekolah ko memang jauh ek?

2. Beso no rumah ko ek? 

Haaaa macam tu. Best kan? Hahaha. Best apa bila kau cuba belajar mencintai sesuatu perbezaan dan persamaan. Hidup tak lama. Apa salahnya. Senyum dan gembira. Berlapang dada. Eh, kau merapu apa lg ni wahai ummi???? 

Kiranya, tiga tahun aku tinggal di Jb, berjauhan dari keluarga, sehinggalah tamat pengajian sekolah rendah tahun enam. Kemudian aku berpindah ke Cochrane semula. Tak lama selepas aku berpindah, arwah nenek yang ku panggil "baba" pergi meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Al-Fatihah. Moga baba sentiasa tenang disana. Ameennn. 

Dua tahun pertama (Ting. 1 dan 2) aku bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Puteri Jaya, Kl. Sekolah perempuan memang ohsem! ^_^v


Kemudiannya aku pindah lagi. Bezanya kali ini, "kami sekeluarga" berpindah ke Putrajaya. Aku berjaya menghabiskan tiga tahun pengajianku, hingga tamat SPM di Sekolah Menengah Putrajaya 1, Putrajaya, tanpa pindah dan pindah lagi. Hehehe. Yeay!!! Seronok kau kan ummi. *_* 


SMK Putrajaya ku~

Tamat belajar di sekolah, keluarga aku berpindah lagi ke Sri Kembangan, Selangor. Tak jauh pun, 20 minit je dari Putrajaya. Bezanya Putrajaya tu Wilayah Persekutuan dan Sri Kembangan tu Selangor. Hihihi. Perlu ke terangkan?

Orang Kl, Putrajaya dan Selangor cakap tak banyak beza. Sama ja. Semua orang pun tahuuuuuu. 

Selepas tamat zaman persekolahan, aku berpeluang menyambung pelajaran di Kota Samarahan, Sarawak. Sambung Diploma in Sciences selama tiga tahun. Punya lama nak dapat sijil diploma. Hahaha.  


Oh, betapa aku rindukan Sarawak! Teringat lagi saat kali pertama sampai di UiTM Sarawak, aku menangis kerana tak faham apa yang orang Sarawak bualkan. 

Tapi lama-kelamaan aku mula faham dan seronok. Punya ramai kawan yang berlainan kaum, bangsa dan agama. Pernah juga aku sebilik dgn Kakak senior yang bukan Islam malah sangat memahami dan menghormati Islam. 

Kau tahu, orang Sarawak ni semuanya baik-baik. Lemah-lembut dan baik budi bahasa. Budi pekerti jangan cerita, memang sangat penyayang dan mengambil berat. Mungkin rezeki aku sebilik dgn mereka, lagi pula aku yang paling muda dan adik-adik. Gitu! Jadi semuanya berkasih sayang dan indah-indah belaka. Rindunya aku pada Kak Nani, Kak Loretta dan Kak Aarna. 

Di Sarawak juga, budak-budak Semenanjung jadi rapat. Biasalah bila dah jauh dari rumah dan kampung halaman kan. Kelantan, Terengganu, Kl, hatta setiap pelusuk negeri sekalipun, semuanya akan menjadi satu. ^___^ Rindu lagi...~

Aku tak pernah cakap bahasa Sarawak sepenuhnya, sebab bila aku cakap bunyinya kedengaran agak pelik. Jadi aku cakap sikit-sikit je. Hehe. Tapi aku suka belajar bahasa Sarawak dan semestinya aku suka juga orang Sarawak. Hihihi. 

Antara yang aku masih ingat:

ayam - manok
Jangan - iboh
Kesian - tedah
Lihat - nangga
Beritahu - padah
Tahu tak? - tauk sik?
Budak tu gatal - Kenja nar nemiak 
Pergi mana? - g sine?
Buat apa-polah apa
Buat apa sekarang-polah apa kinek tok?

Amacam, best kan? Memang best! Makin banyak kita merantau, makin banyak yang kita tahu. Bila banyak yang kita tahu, makin banyak yang kita faham dan tahu apa itu erti hormat-menghormati. Jadi kenapa masih ada yang memperlekehkan bahasa atau pun perbezaan? Bukankah meraikan itu lebih indah? Jawapannya satu. Ilmu. Ya ilmu! 

Hmm. Hmmmm.

Penat lelah dan lungkus lumus aku di UiTM Sarawak, akhirnya membuahkan hasil bila aku dapat sambung Ijazah pula di USM, kampus induk Penang. Alhamdulillah syukur aku dpt juga segulung ijazah dalam bidang Sains Kimia. 


Pusat Pengajian Sains Kimia





Tapi aku tak juga jadi ahli kimia. Akhirnya aku menjadi suri rumah sepenuh masa setelah setahun bekerja di Kuala Lumpur. Hahaha.  ^___^ Happy me alhamdulillah. Lepaih tu kahwin dengan orang Kedah. La ni dok cakap Kedah pulak la. 

Penang dan Kedah rasanya tak banyak beza. Loghat utara juga kekdahnya. Masa dok menetap di Penang selama tiga tahun, aku tak pernah juga cakap Penang sepenuhnya cuma suka suka cakap sikit-sikit. Macam tu. 

Tapi seperti biasa la, aku akan belajar juga memahami dan akhirnya aku tersuka. Haih mudah betul hang jatuh cinta naaaa. Hahaha. Jangan kecam saya! Buuekkkk. *_^

Dan setelah berkahwin dengan orang Kedah la, aku mula bercakap Kedah secara rasminya dan kadang-kadang ja tersasul bahasa ibunda. Keh keh keh. Jadi jangan heran kenapa anak aku yang soleh bernama Muhammad itu bercakap loghat kedah. Sebab itu bahasa aku di rumah. Dan selit-selit sikit bahasa asal usul aku. 

Jadi kepada sesiapa yang bangga sangat kenapa anak aku pandai bercakap loghat Kedah tu, sebut ayaq, ayaq tu.. sebab ummi dia ni yang ajarin. Aku sebut hari-hari sampai lidah dia pekat beno loghat Kedahannya. 

Tak kisah ke? Nak kisah apa? Kemon... satu Malaysia lah! Peace. ^___^v

Aku nak cerita apa sebenarnya ni? Hahaha. Tepuk dahi!! Pokoknya di mana pun aku berada, di Kl, Jb atau Putrajaya, Selangor (rumah mak ayah kini), Penang dan Kedah (terkini) sekalipun, aku tetap cuba untuk menyesuaikan diri dan aku berjaya alhamdulillah. 

Bak kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau, kau mati kena baham. Hahahah!! 

Apa yang aku nak tekankan kat sini sebenarnya adalah...

Kau tak payah la nak bangga sangat dengan negeri kau samaada kau orang Kl ka, Melaka ka, Johor, Kedah atau apa-apa negeri sekalipun sampai kau memperleceh dan memperkecilkan bahasa atau negeri orang lain. Itu tak bagus. Itu tak ada adab. Opppss maaf terkasar. Betul bah... pasti ada yang berkecil hati. Akulah tu. Huuu. (T.T)

Pelajari. Cintai. Jangan kotori.

Itu saja dari diriku yang serba hina ini. Maaf andai aku terkasar. Aku hanya ingin meluahkan apa yang sudah lama terbuku dihati. Aku sayang kau. Haha. Salam sayang. Jumpa lagi. 

Salam cinta! 
Ismirusila. 












Thursday, March 17, 2016

Aku dan backpack itu.


Kenangan kali pertama beraktiviti lasak, anjuran KRU, USM. Kali pertama galas backpack yang besar dan berat. Kali pertama meredah hutan belantara, masuk gua, tidur dalam khemah di tengah hutan, mandi air sungai dan sebagainya. 

Pengalaman yang agak mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Keluar masuk air, meredah sungai dan air terjun. Dan yang paling tak boleh dilupakan adalah saat menuruni air terjun yang deras dgn menggunakan tali. Apa depa panggil aktiviti tu ha? Canyoning? Rappelling ka? Entah! Hahaha.


Masa dalam gua pun sama. Ikut ja orang lain. Orang depan. Berjalan dalam satu barisan yang panjang. Gelap. Panjat sana, panjat sini, daki sana, daki sini, dengan kasut yang dah tenggelam dalam air sungai, yang kadang-kadang cecah juga paras pinggang.


Di dalam Gua

Pacat jangan tanya. Memang banyak. Dalam kasut, dalam baju, dalam seluar, habis semua dia masuk. Haaaa memang tahap dah tak dapat rasa apa-apa masa tu. Tahu-tahu pacat tu dah kenyang dan jatuh. Ale-ale berdarah saja. Heran juga macam mana boleh jadi kebal waktu ni. La ni jangan cakap, geliiiiiiiii.

Kami bawa beras, bawa air, segala bahan-bahan untuk dimasak dan kami makan secara berjemaah di tapak perkhemahan, di tengah hutan. Hihihihi. Nak mandi, gosok gg, solat dan sebagainya boleh ke sungai yang mengalir, tak jauh dari tapak khemah. Tak nak mandi pun boleh, sebab sepanjang perjalanan keluar dan masuk hutan pun memang akan basah lencun. 

Sebenarnya, tak ingat dah tempat ni kat mana. Sedim ka? Hahaha macam mana boleh lupa! Biasalah, sindrom lanjut usia. Hehehehehe. Tapi kenangan-kenangan waktu ni memang tak pernah dilupakan. Masih segar dalam kotak ingatan. Walau sakit dan perit sebab luka dan lebam sana sini, lenguh kaki dan letih satu badan, menangis dan ketawa bersama, ia tetap meninggalkan satu memori yang cukup indah yang tak dpt diungkap dan dirasai hanya dengan kata-kata ataupun melalui sebuah penulisan. 

Ya, ianya dipangggil pengalaman. Sebuah pengalaman dan pengajaran yang hanya akan dilalui dan dirasai bagi mereka yang ingin melakukan dan merasainya. Jangan takut dan jangan gentar, tetapi tetap lakukan dan lakukan! InsyaAllah, ia akan menjadi suatu titik permulaan bagi sesuatu yang lebih indah dan lebih bermakna. 

#bahagiadimanamana #usm #kru #dalamkenangan 







Monday, March 7, 2016

Bohong jika aku tak rindu!


Pernah tak tiba-tiba kau rasa rindu pada seseorang? Atau pada kawan-kawan kau yang dah lama kau tak jumpa?

Bohong jika aku katakan yang aku tak pernah rindu. Ya, aku rindu! Rindu saat pertama kali bertemu, berkenal-kenalan, bergelak-ketawa dan bekerja bersama. Semuanya! Semuanya yang mengingatkan aku tentang kalian. Ah, rindu itu benar-benar menggamit memori. 

Dan kerana rindu itu, aku menulis lagi. Kerana rindu itu juga aku membelek satu demi satu keping gambar di dalam folder facebook kawan-kawan ku. Maaf, aku selongkar habis album kalian. ^_~

Tidak habis disitu, aku turut menekan butang save disetiap gambar yang ku rasakan wajar untuk aku kongsikan untuk post kali ini. Maaf sekali lagi. Harap dimaaf dan dihalalkan. ^___^ 


Program yang telah menyatukan kami semua, IMGLAD atau Iskandar Malaysia Graduate Leadership Assessment and Development. Dimana ia merupakan satu kolaberasi diantara Iskandar Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Research  Centre (IMREC) dan Deloitte. 

Program ni lebih kepada untuk membentuk dan membina peserta-peserta agar lebih bersedia di alam kerjaya nanti. 



Lebih kurang sebulan macam tu (Januari-Februari 2010), kalau tak silap aku. Sindrom pelupa semakin menjadi-jadi sejak masuk usia 30 an ni. Hihihi. Kami semua ditempatkan di UTM di Johor dan berulang-alik dengan bas ke kelas di IMREC, Danga Bay. 

Seingat aku, kami peserta perempuan ditempatkan di Kolej 9, K9 UTM. Peserta lelaki aku tak tahu. Ke tak ingat. Kehkehkeh. 


Peserta Lelaki


Peserta Perempuan


Peserta Imglad 11 bersama jurulatih kumpulan A5, Datuk Prof. Ir Ishak Bin Ismail. Prof kami yang sangat baik hati, comel dan open minded. Rindu! 

Teringat waktu terserempak dengan Prof di Kl Central selepas tamat program Imglad dulu. Masa tu aku tengah kalut nak ligan train balik dari kerja. 

Apa yang korang jangka? Prof masih ingat aku! Bangga aku. Hahaha. Masa tu, Prof yang tegur aku dulu, sebab aku memang sungguh-sungguh tak perasan yang Prof ada kat situ.

Tak jemu dia tanya macam mana life aku masa tu. Kerja macam mana? Bla bla bla. Lepas tu Prof angguk-angguk dengar aku cakap, tanda Prof berpuas hati. ^___^ Dan seperti biasa Prof tak pernah lekang dengan senyuman. 

Oh Prof! Sayu pula bila terkenang. Ada sinar kegembiraan di matanya saat itu yang tak dapat aku gambarkan dgn kata-kata. Mungkin aku ni antara peserta yang dia bimbang tak akan dapat kerja kot? Hahahahaha.

Apa khabar agaknya Prof sekarang. Moga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah, ameennn ameennn Ya Allah. 


Cherry B Sdn Bhd 🍒

Ini ahli kumpulan aku, yang pada aku sangat sempoi. Hihi! Utk kelas kami, terdapat empat kumpulan kecil spt ini. Mari berkenalan dengan ahli kumpulan aku . . . 

Dari kiri, Azmah, merangkap roomate aku di K9, UTM. Azmah ni memang seorang yang peramah dan sangat kelakar. 

Diikuti Hidayah, juga seorang yang gemar berjenaka dan ketawa. Kira gu la depa dua ni. Hehehe.  

Khairol dan Wan, dua orang jejaka yang menjadi rebutan gadis Malaya waktu itu. Haha! Dua-dua pun sama geliga dan gila-gila.

Aku, roomate kepada Wan Azmah. Hihi.

Akhir sekali, Sofia. Kami panggil Kak Sofie. Kecil-kecil orangnya tapi berapi. Seorang awet muda yang berfikiran sedikit matang dari kami semua dan mudah dibawa berbincang. 


Balloon Couch Challenge 


Balloon Couch

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dlm kelas adalah seperti diatas, iaitu membina kerusi empok dari belon-belon. Kemudian diuji tahap ketahanannya dengan duduk diatasnya. Belon kumpulan mana yang tdk pecah akan menjadi juara. 

Dan aku antara yang dipilih untuk duduk di atas belon tu. Awal-awal lagi dah pecah. Hahaha. Kenapalah aku yang duduk kan??? 


Spaghetti Bridge. Kelakar pula aku tengok jambatan kumpulan sebelah kanan tu. Kikikiki!


Brick Tower


Ini pula semasa kami mengadakan lawatan ke Hospital Permai, Skudai, JB. Disini kami bersama-sama berkhidmat dan beramah mesra bersama pesakit-pesakit yang rata-ratanya sudah lanjut usia. Seharian disini banyak mengajar kami tentang pentingnya mengawal keseimbangan emosi dan mental. 



Berkelah di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok. 



Gambar selepas pembentangan akhir setiap kumpulan dan peserta Imglad di Pandan City Hotel. Alhamdulillah, lega! ^_*

Sesi pembentangan dihadapan para hakim dan beribu-ribu lemon peserta Imglad. Ketaq lutot ceq oiii. Antara gambar pembentangan kumpulan dari kelas kami A5, Imglad 11.


ME Creative sdn Bhd 🎨


Cherry B sdn Bhd 🍒


Bambino Center Sdn Bhd 👶


E-Green Sdn Bhd 🍀


Majlis makan malam perpisahan di Mama Chop Papa Gril, Taman Universiti. Suasana semasa sesi bertukar-tukar hadiah diantara peserta. 


Dan ini pula kenangan dari kami untuk Prof Ishak yang akan sentiasa berada di dalam kotak ingatan kami. ^_^ Terima kasih diatas segala tunjuk ajar yang telah Prof berikan buat kami semua. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. 

.
.
.

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang artinya “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.

Oleh itu, carilah ilmu itu setinggi langit dan sampaikanlah ia walau hanya dengan sepotong ayat. 

Amal tanpa ilmu itu tidak mendapat pahala, ilmu tanpa amal pula akan kosong, dan amal tanpa ikhlas itu mendatangkan riak. Dasarilah sesuatu itu dengan niat kerana Allah SWT. Wallahu a' lam.