Saturday, January 9, 2016

Caversham Wildlife Park, Perth Australia - Part 2

Hari Kedua, 5 Disember 2015.
Caversham Wildlife Park,Perth.

Pagi itu kami keluar seawal jam 7 pagi. Kami berjalan kaki sahaja dari Malibu Apartments di Cleaver St, menuju Thrifty Car Rental di Perth City. Lebih kurang dalam 4km berjalan kaki. Seronok sangat!


Hay St.

Masih terasa kesegaran udaranya. Sejuk seperti di Cameron Highlands. Nyaman dan bersih. Tidak sibuk, sunyi, tenang dan damai. Lebih-lebih lagi, hari itu hari Sabtu.

Ya, ia sepatutnya musim panas tetapi perancangan Allah itu selalunya indah. Ianya seperti mengalu-alukan kedatangan kami. Suhunya 16°C di siang hari manakala malamnya sekitar 12°C-14°C.

Kami banyak menggunakan google maps untuk menentukan arah tuju. Sangat mudah.


Dari Malibu terus sahaja melalui Newcastle St kemudian belok ke kanan di Lord St dan kanan lagi di Hill St, akhirnya belok ke kiri di Adelaide Terrace. Terus ja sampai jmp Thrifty Car Rental.  :)


Ambil masa dlm 47 min mcm tu la. Tp kami tak sempat nk berpeluh pun sbb cuaca dan anginnya yang sejuk. 

Kenapa kami tdk menggunakan khidmat pemandu pelancong? Sebab ia lebih jimat, tidak terikat dan mudah bagi kami utk merancang atau mengubah itinerary disaat akhir, lebih-lebih lagi kami melancong bersama anak kecil.


Sunyi


Sejuk


Nyaman


Nampak macam panas tapi sejuk.


Akhirnya kami tiba di Thrifty Car Rental, di Adelaide Perth City. Kereta kami dah siap sedia menunggu disana.

Seterusnya kami nak ke mana? Kami terus ke Danish Petisserie, di Bassendean utk sarapan pagi. Kilang roti yang famous dikalangan penduduk disana. Hehehe.

Ambil masa dlm 20min ja. Google ja mudah. Tak pun pakai gps, boleh request masa nak sewa kereta tu. Tp kena bayer lebih sikit la. Kami beli sim card Vodafone ja. Berbaloi-baloi. Kosnya hya 25Aud, dpt 5gb dan validity selama setahun. 


Inilah kilangnya.


Yang manis dan lemak berkrim.


3 bag roti kami borong. Halal dan semestinya sedap. Alhamdulillah syukur. Perut pun dah kenyang jadi kami teruskan perjalanan menuju Caversham Wildlife Park. Dah tak jauh dah  dari Danish Petisserie tu, 20min jg.

Ok kita dah sampai Caversham.
Tiket masuk utk dewasa 27Aud seorang. Muhammad percuma sbb bwh 5tahun lagi klu tak silap. 


Edit sikit kasi pink-pink :)


Encik Zauj yang hensem. 


Waktu ni lepas hujan. Mula-mula sekali haruslah melawat kanggaroo kan.


Beratur ya anak-anak.


Muhammad paling seronok sampai tak mahu pulang. Nak bawa balik kanggaroo sama. Aduhai.



Bersama ibu kanggaroo. 



Ok jum tengok koala pula.


Koala yang asik tidur kerana kekurangan protein. Bukan malas ye. Hihi. Nk pegang boleh, tapi guna back hand shaja. Usap-usap lembut ja ye nanti terkejut dia. ;)



Comel kan?


Muka penat tp xmau blk.


Poney.


  Ok jum kita p naik thomas pula dkt Whiteman Park. Pose dulu :)


Kena naik kereta sbb kalau nak jalan kaki agak jauh. Dah naik kereta, kami pun berehat sekejap dalam kereta sambil makan roti-roti yang ditapau di Bassendean tadi. Jemput makan dulu. 

.
.
.

Bersambung ke sini... 


















  

1 comment: