Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Wednesday, January 13, 2016

Rottnest Island, Perth Australia - Part 6

Selasa, 8 Disember 2015, hari ke 5.

Pagi itu seawal jam 8 pagi kami sudah siap berada di B-shed, Victoria Quay Terminal, Fremantle.

Oh ya, kalau nak ke Rotto digalakkan utk pergi hari Selasa, sebab harganya yang lebih murah berbanding hari lain.


Sarapan roti dan kopi disana.



Kaunter tiket. Kami beli online ja jadi prosesnya cepat sedikit. Hanya tunjukkn tiket yg telah siap di print. 

Kos tiket pergi dan balik termasuk sebuah basikal hanya 90Aud. Ini harga selepas promo hari Selasa. Tapi akhirnya tambah lagi 30 Aud sbb last minit  tambah lagi satu basikal. Hihihi. 


Beratur nak naik feri Rottnest Express. Dibelakang tu la E-Shed Market tempat shopping souvenir yang memang murah!!! Tapi hanya buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja ya. :D


Dalam feri.


Bersama kanak-kanak ribena yang tak boleh nak duduk diam. Boleh geng dgn kakak dan abang di belakang tu. Punya riuh rendah depa berborak. 


Sampai dah pun.


Beratur nk ambil basikal pula.



Simpan stroller dulu.





Ok jum berbasikal pusing pulau!
Muhammad naik dgn abi ya.
 Bagus dia behave ja. 





Berkelah dibawah pokok. Bawa bekal nasi lemak. Sedap jugalah walau banyak yang kurang. Alhamdulillah syukur.


Seronok! Muhammad makan 2 biji telur rebus. Dia kopek semuanya sendiri. 



Lengkap tempat parking basikal dan tong sampah kitar semula.


Sangkut kat sini sebentar.


Pantai ni berhadapan dgn tempat picnic kami tadi.


Jalan menuju pantai. 


Porpoise Bay namanya.


Kemudahan ke pantai.


Biru biru laut.


Meneruskan kayuhan ke sini. Selain berbasikal, hanya bus pelancong shj yang dibenarkan di pulau ini. Ini demi menjaga kehijauan dan keamanan pulau ini. 


Nak sunbathing, swimming dan snorkeling? Ayuh! 


Sambung cycling dan snap snap lg.


Memukau bukan? Indahnya ciptaan Allah, ini belum lagi di syurga sana. 

Sambung lagi hingga sampai disini pula. Parker Point sanctuary zone.






Pasirnya yang putih seputihnya, bertemankan laut biru dgn tona warnanya yang tersendiri. Diselangi bunyi deruan ombak dan angin yang menderu-deru. Speechless! 




Pulau ini juga rumah bagi haiwan kecil ini. Namanya quokka. Quokka ni seperti kanggaroo juga, mempunyai poket dan menggendong anaknya didalam poketnya. Cumanya saiznya yang kecil berbanding kanggaroo. Sangat jinak dan comel! 


Muhammad yang cukup teruja.


Dia kejar quokka.


Pahtu quokka kejar dia balik. 


Jeannies lookout.




View dari Jeannies ke rumah api.



Salmon Bay


Kincir angin.


Sebelum pulang jumpa lg dgn quokka.


Happy.


Singgah playground dulu


:)


Nak balik dah. Feri dah sampai dah tu. Kami naik feri yg terakhir pd hari itu iaitu pd jam 430 ptg. 

Mmg puas hati dan berbaloi menghabiskan masa seharian disini. Walaupun hitam dan berbelang, masih tdk terselit sedikit kesalan berkunjung ke sini. Pengalaman itu yg penting. Simpan kenangan dlm kotak ingatan.

Rottnest, selamat tinggal! 

Bersambung ke...


































4 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Selain berbasikal, ada transport lain ke utk pusing pulau ni ya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Selain berbasikal, ada transport lain ke utk pusing pulau ni ya

    ReplyDelete
  3. Ada. Bus pelancong. Selain itu tiada.

    ReplyDelete
  4. Salam. Boleh tahu book ticket feri dan basikal untuk ke rottnest island di website mana ye? Boleh share. Thank you.

    ReplyDelete