Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Monday, January 11, 2016

Whiteman Park & Fremantle, Perth - Part 3

Whiteman Park dan Fremantle.
Sabtu, 5 Disember 2015.


Selepas keluar daripada Caversham Wildlife Park, kami menuju ke Whiteman Park dgn menaiki kereta. Tak jauh mana pun klu berkereta, sbb sebenaqnya Caversham ni terletak di dalam Whiteman Park. Hihihi. 

Kiranya Whiteman Park ni mmg besaq la. Mcm-mcm ada dlm ni. Ada motor museum, tractors museum, pool playground etc. Bayaran masuk agak mahal jgla. Kami naik yg ni ja sbb yg ni murah. Haha.

                                 
 Muhammad panggil Thomas.
                                                                         

Dia tak sabar nak naik dah masa ni.




   

Bayaran dewasa 10Aud, kanak-kanak 5Aud. Tapi Muhammad percuma lagi.


Train ni dibina pd 1920an klu tak silap. Memang bunyi dia sangat bising dan gedak-geduk. Bergerak perlahan tp bila laju bergegar-gegar. Hihi. Satu pengalaman yang memang menyeronokkan dan tak akan dilupakan!

                                      

Train ni akhirnya berhenti di sini, Whiteman Village dan kemudiannya berpatah balik. 

Masa ni hujan mula renyai dan semakin lebat. Sejuk yang amat sehingga kami mengigil kesejukan. Depa pun pakai sweater, kami bertiga sj yang berpeluk tubuh sbb kami  tak bawa sebarang baju sejuk kerana menjangkakan ianya musim panas. Ya, bukankah ianya memang dan sepatutnya musim panas. Pengajaran diterima.  ;)


Dan kami pun pulang ke Malibu utk berehat sebelum ptgnya ke Fremantle.


Inilah dia. Mole Light House, Fremantle. Dari Malibu dlm setengah jam sahaja.


Rumah api dan cahaya mentari.


Kedatangan kami ptg itu disambut bayu laut yang kuat menderu-deru. Ombaknya agak ganas. Kelihatan ramai yang memancing disini. SubhanaAllah cukup indah panoramanya. Anginnya sejuk menyapa tubuh. 

Bagi yg perempuan perlulah berhati-hati. Boleh terbang tudung kita dibuatnya. Pakailah beg galas belakang ataupun pin tudung serta pakailah seluar panjang jika memakai jubah. Istiqomah di mana sahaja. :)


Bawah tu ada org memancing




Ini dhadapan rumah api. :)

Seterusnya kami ke Round House.
 5 min ja perjalanan dgn kereta.


Old Round House


Pemandangan Round House 


Dan pantainya


Melihat matahari terbenam


Kesegaran bayu laut


Fremantle dan kenangan.

 

Bather Beach.


Bangunan ini berhadapan dgn landasan keretapi yg mengelilingi bandar Fremantle. Berhadapan jg dgn Old Round House. Utk ke Round house perlu menaiki sedikit anak tangga kerana kedudukannya yang berada di atas bukit menghadap laut.  


Ibu dan anak.


Seterusnya kami ke Kailis Fish Market


Dan ke Cicerello's. Tempat ni famous dgn makanan Fish and Chipsnya. 
Kami sekadar berjalan-jalan sahaja kemudiannya beransur pulang. Bukan pulang ke Malibu. Belum habis lagi. 


Malam di Kailis


Sebelum pulang kami ke Mirabooka Avenue utk makan malam di Ummah Cafe. Entah macam mana lah boleh sampai ke sana. Dekat 45min jg perjalanannya. Nasib baik kedai makan tu buka lg. Semuanya gara-gara abi yg tukar plan last minit, nk mencuba kesana katanya. Layankan sahaja.

Semuanya bermula gara-gara kerana ptg itu di Fremantle, kami terserempak dgn sekeluarga org melayu Malaysia yg katanya disana mudah utk dptkan brg makanan halal. Ok bgs utk kami yg belum beli apa-apa barang mentah utk dimasak selain ikan bilis, serunding, beras dan udang kering yg kami bawa. Hahaha. Bocor rahsia. Haruslah ikat perut sikit kan. 

Tanpa pk panjang kami pun pergi kesana. Sudahbya semua kedai sudah ditutup kecuali Ummah Cafe yang hampir-hampir tutup kedai. Lupa pula disana kedai tutup awal. Di Perth malamnya seumpama mati. 

Tapi nasib masih menyebelahi kami. Malam itu kami makan ayam panggang dan kentang goreng bercicahkan sos. Dpt beli susu sebotol besar dan oren sekotak. Oh ya, kami juga beli sekotak manisan. Ala-ala Turkish Delight. Alhamdulillah syukur. Hihihi. Layanan terbaik dari owner yang bagi kami makanan banyak serta diskaun kerana sudah lewat, nak tutup kedai. 

Ok dah kenyang, jum balik Malibu.

Bersambung ke ...











4 comments:

  1. Bagus ye sis istiqamah pakai jubah/tdg labuh walaupun di negara luar... kagum sat:)

    ReplyDelete
  2. Bagus tu tidakla sis. Dr sg pakaian masih byk lg yg sy perlu perbaiki tu. Doakan saya terus istiqomah dan bermujahadah ya.

    ReplyDelete
  3. Bagus tu tidakla sis. Dr sg pakaian masih byk lg yg sy perlu perbaiki tu. Doakan saya terus istiqomah dan bermujahadah ya.

    ReplyDelete
  4. Salam, sis.
    Sis makan tak fish & chips samada di Kailis atau Cicerello..?
    Ada serve bacon ke.?

    ReplyDelete