Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Tuesday, January 12, 2016

Lancelin Sand Dunes, Perth Australia - Part 4.

6 Disember 2015, Ahad, Hari ke 3, Lancelin Dunes, Cervantes.

Pagi itu selepas isi minyak dan beli bekalan telur di Woolworths di Pekan Perth, kami ke Belmont Avenue utk beli bekalan daging dan ayam Belmont Grocery. Sebelum itu kami sempat bersarapan pagi di Belmont Kebab. Makanannya banyak dan sedap.


Deretan kedai.


Sarapan pagi kami. Caney aloo nya ala-ala roti canai tapi lebih sedap la. Hee. Dihidang bsm manisan India. Rasanya sama spt manisan India yg pernah ayah buat satu ketika dulu. Nasi beriyani nya pun banyak, sdp pula tu. Kongsi 3 org masih tak habis. Kami minta bungkus. Minumannya set teh herba. Mcm teh tarik tapi berherba. Memang power rasa herbanya. Sedap!


Ini di Belmont Grocery.


Beli ayam dan daging segar.


Manisan yang bertingkat-tingkat.


Lotion organics ni pun beli kat sini. Best, sangat berguna utk kulit yang kering disebabkan angin dan cuaca sejuk disini.

Setelah selesai membeli, kami pulang ke Malibu utk menyimpan barang basah dan kemudiannya meneruskan perjalanan kami ke Lancelin Dunes, Cervantes. Perjalanannya mengambil masa lebih kurang 2 jam. 

Memang perjalanannya sedikit meletihkan dan mengantuk tetapi  amat seronok menikmati pemandangan yang cantik dan jarang-jarang sekali dpt dilihat. 


Ada ladang gandum tp kebanyakannya sudah habis dituai. Tanahnya penuh dgn warna kuning keemasan. Cantik.


Tanah gurun.


Hutan yg dipelihara.



Kincir angin dikejauhan.


Memukau pandangan.


Hampir tiba di Lancelin. Tanahnya dipenuhi pokok-pokok gurun dan pasir putih yang berbukit-bukit banyaknya.


Perumahan setempat.


Bersih.


Ini Lucky 7. Tempat kami sewa sandboard kami. Disini kami berjumpa dgn satu keluarga yang berasal dari Terengganu. Ada yg dlm proses berhijrah kesana. Mereka suka tinggal disana. Memang ramai orang Malaysia yg kami jumpa, semuanya mahu berhijrah dan menetap terus di Perth Australia. 

Gaji pekerja yg dibayar disini adalah yg paling tinggi jika dibandingkan dgn byk negara lain. Disamping waktu kerjanya yang singkat, diantara 4-5 jam sahaja sehari. Selain cuacanya yg jg nyaman, sejuk dll faktor. Byk pula yg nk dierita kan nanti. :)


Kami.


Abi dan sandboardnya.


Abi dah kepenatan turun dan naik bukit pasir tu. Angin kuat masa ni, klu tak pakai spek memang habis pasir masuk dlm mata. Dlm beg, kasut semuanya penuh berpasir. 

Hati-hati bagi yang bawa kamera dan hp, dikuatiri pasir akan masuk dicelah-celahnya. Jenuh nak keluarkan nanti. 


Bebukit pasir putih.


Keluarga ganu tadi.


Ummi & Muhammad.



SubhanaAllah!


Selepas sapu lilin di belakang sandboard sebelum memulakan aksi-aksi sandboarding! Panas? Sikitlah tapi keadaan berangin. Kuat menderu-deru.


Muhammad nak cuba jg.


Tak menyesal datang wlu jauh.


Edit sikit ",


Sebelum pulang, kami picnic disini. Solat dan kemudiannya terus pulang ke Malibu. 

Rancangan ke Pinnacles terpaksa ditangguh dan disambung esok, kerana hari sudah lewat ptg. Itinerary berubah lg. Hmmmm.

Bersambung ke...










No comments:

Post a Comment