Tahun 2017 merupakan tahun baru bagi Muhammad ke sekolah. Tahun ini umurnya akan menginjak naik ke empat tahun. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang meminjamkan kami amanah yang terindah ini.
Hari pertama ke Pasti, alhamdulillah Muhammad sangat teruja. Tak menangis dan seronok untuk ke sekolah. Bermula dari pagi itu, dia akan bagun seawal 5:30 pagi untuk bersiap-siap dan akan keluar dari rumah seawal jam 6:00 pagi, bersama abi.
Hari pertama Muhammad ke sekolah, masih belum dapat uniform hijau Pasti.
Bekalan nasi lemak untuk Muhammad dan abi pagi itu. Lauk ayam goreng, telur dadar, sayur bayam dan sedikit buah epal, kurma serta limau.
Sebelum ke Pasti, Muhammad akan ikut abinya ke Smkak dahulu, untuk tasmi' anak-anak murid dan solat subuh di surau sekolah.
Subuh kedua di Smkak, sebelum ke Pasti. Uniform sekolah tak dpt lagi. Hihi.
Akhirnya, dapat juga Muhammad rasmikan uniform baru sekolah. Waktu ni cuba-cuba saja dulu, sebab baju tu masih belum basuh dan gosok lagi.
Kapal terbang kertas
Di sekolah bersama rakan-rakan sebaya dengan dia. Kelas kat sini diasingkan mengikut umur dari empat hingga enam tahun.
Sepasang kasut putih untuk aktiviti riadah / sukan di sekolah. Ikutkan umi nak belikan kasut bewarna hitam, kononnya tak nak la nampak kotor sangat nanti, tapi tak jumpa.
Penat pusing sekitar Pekan Rabu, akhirnya pasrah dan beli saja warna putih bersama sepasang stokin warna hitam. Kenapa sepasang saja? Sebab seminggu sekali saja aktiviti sukannya. Hehehe!
Baju sukan pun tak dapat lagi. Minggu pertama sekolah, biasa la kan. Jadinya pakai la dulu t-shirt lengan pendek ni ya.
Hari-hari bawa bekal ke sekolah. Satu utk abi, satu lagi untuk Muhammad.
Umi rela bangun pukul 4 pagi setiap hari, untuk memastikan anak dan suami masih makan air tangan umi sebagai ibu dan isteri. Moga Allah sentiasa bagi umi kekuatan. InsyaAllah, Ameennn.
Antara karya indah yang Muhammad bawa balik ke rumah. Semangat tiap kali nak tunjuk pada umi.
Cantik sangat sayang, umi bangga sangat tengok perkembangan abang Muhammad dari hari ke hari. 😊😊😊
Moga Allah selalu menjaga dan memelihara mu duhai anakku.
Salam sayang,
Umi.