Alhamdulillah wa syukrulillah, dikurniakan Allah serikandi yang comel, putih dan gebu untuk kelahiran kali yang ke tiga.
Nama yang cukup indah diberi buat serikandi tercinta, Maryam. Moga kuat imannya sekuat pemilik namanya, moga tabah dan sabar serta kental semangat juangnya dalam menjalani liku- liku hidup yang telah ditetapkan Ilahi untuknya, amennn Ya Allah.
Maryam lahir di kala usia kandungan umy mencecah 38 minggu 2 hari, dan jatuh pada tarikh yang sama dengan abang keduanya, Ibrahim Zuhdi pada 15 Jun 2021, bersamaan dgn 4 Zulkaedah 1442 H, jam 11:31 pagi di Mahsuri Hospital, Jitra.
Alhamdulillah sungguh mudah perjalanan melahirkan Maryam, tidak seperti saat mengandungkannya yang cukup mencabar. Nikmat merasai sakit yang sekejap sama spt melahirkan abangnya Ibrahim Zuhdi (15 Jun 2017, bersamaan 20 Ramadhan 1438 H).
Kronologi yang sama seperti melahirkan Ibrahim, sakit melahirkan Maryam mula dirasai ketika menjelang subuh, dan saat kelahirannya di pagi hari, berbeza sedikit sahaja dari abangnya yang lahir jam 1 tengahari.
Maryam lahir normal dengan berat 3.4 kg, paling besar antara ketiga- tiga anak umy yang lain. Dahulu abang Muhammad 3.14 kg manakala abang Ibrahim Zuhdi 3.0 kg. Walaupun Maryam antara yang paling besar, Allah bagi nikmat yang amat mudah untuk melahirkannya, dalam masa 15min bertarung nyawa, Maryam lahir sujud ke bumi.
Siti Khadijah Suite, Mahsuri
Paling besar nikmat yang Allah beri pada umy ialah dapat merasa nikmat melahirkan zuriat yang ke tiga kali ini tanpa sebarang jahitan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa umy utk dipermudahkan urusan melahirkan serikandi Maryam.
Berbeza kisahnya saat mengandungkan Maryam, prosesnya terasa amat panjang, lama dan amat mencabar. Mungkin faktor usia dan kelahiran yang ke tiga, badan dah tak kuat, dan muscle mula longgar. Juga kerana kedudukan uri kali ini yang berada di bawah yakni mengandung dengan placenta previa type 1.
Alhamdulillah Allah izinkan jg umy bersalin normal, setelah kedudukan uri yg akhirnya bergerak sedikit menjauhi laluan seiring dgn perkembangan bayi yang membesar, berkat doa dan usaha dari keluarga, mak dan ayah serta suami. Alhamdulillah.
Di awal kandungan, badan sangat lemah, mudah rasa nak pitam. Tapi alahan mual dan muntah tak pernah menjengah sama spt kehamilan sebelum ni, alhamdulillah.
Masuk pertengahan kandungan, barulah umy rasa kuat sedikit tapi tak lama, makin besar perut, makin sakit- sakit badan umy. Rasa tak daya menanggung. Nak angkat kaki sendiri pun tak mampu, sakit, mengiring ke kiri dan ke kanan pun sakit. Bayangkan uri yang besar dan berat serta bayi, kedua-duanya duduk disebelah kanan perut dari awal kehamilan sehingga ke hujung kehamilan.
Hamil anak ketiga ni, umy jarang rasa sakit di bahagian pinggang tetapi sakitnya banyak tertumpu di bahagian perut sehinggalah ke tapak kaki. Sakitnya banyak tertumpu pd bahagian bawah tubuh. Rasa badan sangat-sangat berat macam bawa batu pemberat yang diikatkan dari betis ke peha ke tapak kaki. ðŸ˜
Sebab itulah doa ibu mengandung dimakbulkan Allah, MasyaAllah besarnya pengorbanan dan penderitaan seorang insan bergelar ibu. Belum lagi saat melahirkan yang Allah kurniakan syahid bagi ibu yang meninggal saat melahirkan, kerna menanggung sakit yang teramat sangat, demi cintanya untuk melahirkan umat Nabi Muhammad SAW ke dunia.
Sebenarnya umy mulai rasa sakit perut mengeras dengan kerap sejak kandungan memasuki fasa yang ke tiga. Dan tanda darah mulai turun 2 hari awal dari tarikh kelahiran (38 minggu), cuma tak banyak. Jadi umy biar je dulu, selagi tak ada sebarang rasa sakit contraction.
Usai melahirkan, satu lagi kisah yang jarang2 berlaku iaitu proses mengeluarkan uri. Selalunya uri ni mudah je nk keluar, tapi kali ni hampir setengah jam proses mengeluarkan uri. Sakitnya MasyaAllah, rasa macam nak kluarkan seorang lagi baby. Sekali dia keluar, padanlan dgn usaha semua, memang urinya sihat membesar dengan jayanya. 🤣
Allah... bila terkenang boleh mengalir air mata. Saat mengandung, melahirkan... setimpallah dengan dosa-dosa ku yang banyak, Allah nak bersihkan dosa, bukan sesuatu yang mudah. Yaa Rabb, terima kasih untuk anugerah yang terindah ini. Moga aku kuat bersamaMu untuk membesarkan amanahMu ini.
Untuk Mariam, umy sayanggg Mariam, sama sayangnya spt sayanggg abang- abang Muhammad dan Ibrahim Zuhdi. Moga anak- anak umy terus membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah, diredhai Allah dan disayangi Nabi. Amennnn Ya Allah. 💓
Sehari sebelum melahirkan Maryam, jiran yang baik hati, Cik Munirah jamu umy minum petang bubur barli, koktel buah & brownies, semua sedap-sedap belaka. Siap bagi kad. Comel! 😘 Macam tau- tau esok paginya umy nak pergi berperang. Terima kasih Cik Mun, tlg jagakan Muhammd & Ibrahim sepanjang umy & aby di hospital. Hanya Allah mampu membalas segala jasa baik Cik Mun sekeluarga.