Nak cepat tapi nak bagi anak makan makanan yang berkhasiat di awal pagi? Boleh cuba resipi ini.
Minuman Tamar Koko :
Hanya perlu kisarkan kurma bersama air. Kemudian ditapis dan dicampurkan sedikit serbu koko. Saya guna serbuk koko beryls.
Tak perlu tambah pemanis sebab kurma dah cukup manis. Kena pandai agak-agak sukatan kurma dengan air dan serbuk koko tu.
Tapi jika nak tambah juga, bolehlah gunakan madu atau gula perang dan lain-lain.
Jika buat banyak, simpan di dalam peti ais bakinya. Esok-esok nak minum, tuangkan sahaja. Memang sedap! Muhammad pun suka sangat. Dan yang pasti, memang tak akan tahan lama. Sekejap saja dah habis. Berebut dengan umi dan abi. Hee.
Saya tak tambahkan susu segar, kerana yang ini pun sudah cukup sedap bagi kami. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
Mudahkan? Cubalah. 😊
Mudahkan? Cubalah. 😊
Sihat pula tu!
InsyaAllah.
InsyaAllah.
Baki serdak kurma yang ditapis tadi, boleh digunakan utk buat pancake atau lain-lain. Saya buat kek cawan ini. Memang kecil molek, sebab niatnya mahu cuba-cuba dahulu. Hihi.
Resipinya seperti dibawah ini...
Cantikkan kejadiannya? Cuma dlm resipi saya, tiada pisang dan avocado (tak ada stok). Hehehe. Kami makan dengan madu. Alhamdulillah sedap. Kredit kpd sahabat saya, Fiona Hamidon, utk resipi kek pisang gluten free yang ohsem. Hehehehehe. 😊😊😊