Hari tu ada tengok video buat biskut chocolate chips di Fb.
Teringin la al kisahnya ni.
Tapi, tukar sikit resipinya. Hahaha. Derhaka sikit.
Resipi sendiri guna gluten free flour dan jaggery (gula melaka).
Try bakar sikit dulu, dan hasilnya memang sedap, cuma lembut sedikit sbb biskutnya besar sangat. (Guna scoop ice-cream).
Jadi bakinya tu, dikecilkan sedikit saiznya dan disimpan di dlm peti ais sejuk beku. Simpan selama sebulan. Kemudian boleh dibakar selama 25 min, pd suhu 160°C (ikut jenis oven).
Okay, resipi yang telah diolah adalah seperti di bawah:
- 2 cawan gula melaka
- 1 1/2 buku unsalted butter
- 4 biji telur
- 5 cawan tepung bebas gluten (ovennini)
- 2 sudu kecil baking powder
- 2 cawan chocolate chips
Campurkan semua bahan, kacau dengan spatula saja, kemudian bolehlah dibakar terus atau disimpan beku.
Tersusun rapat- rapat 😅
Guna scoop ais-cream saja 😊
Hasilnya yg gedabak 😁
Simpan dalam balang 😀
Tangan si kecil, sedia untuk di ngap!
Baki adunan yang dibuat sedikit kecil. tu kemudian ditabur nyoq (suka-suka) dan disimpan dlm freezer.
Bila-bila rasa nak makan, ambil dan bakar sahaja. Boleh dimpan selama sebulan atau lebih.
Alhamdulillah perfecto!
No comments:
Post a Comment