1- Kurma
Kadang-kadang culas juga mkn kurma ni. Tak rajin mcm anak sulong dulu. Aduhai, jangan tiru macam saya.
Bagusnya mengunyah kurma dengan tertib dan istiqomah ni adalah ia membantu bukaan semasa berperang di labor room.
Selain khasiat2 lainnya yang terlalu banyak spt zink, kalium, zat besi, B kompleks dll serta memberi tenaga cepat kpd tubuh badan.
Bagusnya mengunyah kurma dengan tertib dan istiqomah ni adalah ia membantu bukaan semasa berperang di labor room.
Selain khasiat2 lainnya yang terlalu banyak spt zink, kalium, zat besi, B kompleks dll serta memberi tenaga cepat kpd tubuh badan.
2- Susu Kambing
Awal mengandung saya minum Organic Salic Goat dan bila kandungan 6 bulan ke atas saya ambil susu kambing asli pula. Paling sikit sebotol sehari, max 2 botol sehari waktu pagi dan malam.
Susu kambing ni mudah dihadam perut berbanding susu lembu. Juga tiada alahan protein susu seperti susu lembu.
Banyakkan minum susu untuk sumber kalsium ibu dan bayi selain turut mengambil sumber kalsium dari makanan semulajadi lainnya spt sayur2an dll.
3- Madu
Saya ambil bersama susu kambing. Madu, merupakan ejen kekebalan (imun) bagi tubuh badan, juga pengimbang diantara panas dan sejuk.
Bagi yang selalu mengamalkannya amat sukar diserang penyakit seperti demam, selsema dan batuk.
Alhamdulillah saya merupakan pengamal tegar madu. Tak boleh hidup tanpa madu. Bolehlah panggil saya Ratu Lebah. Keh keh keh!
Tapi awas, carilah yang benar asli. Antaranya Madu Sidr Yaman.
Bagi yang selalu mengamalkannya amat sukar diserang penyakit seperti demam, selsema dan batuk.
Alhamdulillah saya merupakan pengamal tegar madu. Tak boleh hidup tanpa madu. Bolehlah panggil saya Ratu Lebah. Keh keh keh!
Tapi awas, carilah yang benar asli. Antaranya Madu Sidr Yaman.
4- Pati Delima
Culas juga ni. Bila ingat saya makan. Buah delima asli lagi bagus tau. Cuba la amalkan yang semulajadi. Dlm botol ni biasalah gulanya tinggi, dll.
Delima merupakan buah yang tinggi antioksida. Ia Agen mencegah radang, atau anti-inflamasi. Baik utk otak, gigi dan tulang bayi. Dll.
Delima merupakan buah yang tinggi antioksida. Ia Agen mencegah radang, atau anti-inflamasi. Baik utk otak, gigi dan tulang bayi. Dll.
5- Chia Seeds
Ikut dan juga, selalu saya letak dlm air minuman.
Kebaikannya? Ia mengandungi sumber omega 3, kalsium, potassium, protein, zat besi, antioksida dll. Perlu diingatkan, pengamal chia seeds perlu minum air yang banyak dan cukup. Kalau tak nanti sembelit. Hehehe.
Kebaikannya? Ia mengandungi sumber omega 3, kalsium, potassium, protein, zat besi, antioksida dll. Perlu diingatkan, pengamal chia seeds perlu minum air yang banyak dan cukup. Kalau tak nanti sembelit. Hehehe.
6- Luban / Libanah / Kemenyan Arab / Frankincense
Sebelum ni saya cuma buat minum. Rendam semalaman, esoknya minum. Kalau rajin tapis dulu sebelum minum. Serdak dia tu dibuang.
Tapi sejak hadir khursus berpantang 6P, saya dpt ilmu baru alhamdulillah. Luban boleh dikunyah seperti chewing gum utk kesan yg lbh optimum. Pahit jangan cakap la, memang sifat luban tu sendiri. Tahan saja, lama2 alhamdulillah boleh terima. Istiqomah tau!
Kesannya saya dah rasa slps beberapa hari istiqomah mengamalkannya, saya tak mengah @ mudah semput lagi2 bila perut dan kandungan makin besar. Nafas tak cungap2. Dan ia sgt membantu semasa proses bersalin nnt, InsyaAllah.
Boleh diamal sepanjang tempoh kehamilan.
7- Al-manna / Gam Arab
Saya campurkan serbuk Manna ni dalam minuman. Selalunya bersama susu.
Al-manna adalah prebiotik semulajadi iaitu merupakan makanan kepada bakteria baik, probiotik. Kebaikannya terlalu banyak, boleh diamal sepanjang kehamilan juga semasa tempoh berpantang.
8- Pevoo / Minyak Zaitun
Minyak Zaitun palestin ni saya amalkan di hujung kehamilan. Kandungan cecah 6 bulan saya dah ambil sesudu waktu pagi. Boleh tambah dos bila makin hampir due. Kalau amal dari awal hamil lagi bagus, ikut kerajinan masing2. Hehehe.
9- VCO
Organic extra virgin coconut oil pun saya ambil sesudu sehari tiap pagi dihujung kehamilan. Start dari 6 bulan macam tu. Baik utk ibu dan juga bayi.
10- Saffron / Zafaran
Saya ambil bersama susu. Secawan susu dalam 3-7 urat saffron.
Saffron meransang pertumbuhan sel-sel otak, menguatkan ingatan dan sgt baik diambil bersama madu. Caranya amat mudah, buat susu kambing kemudian tambahkan madu dan juga saffron.
Saffron meransang pertumbuhan sel-sel otak, menguatkan ingatan dan sgt baik diambil bersama madu. Caranya amat mudah, buat susu kambing kemudian tambahkan madu dan juga saffron.
Saffron sangat baik dari segi penyembuhan utk merawat pelbagai jenis penyakit. Jadi, cegahlah sebelum terlambat. Cegah sebelum kena.
Mencegah itu lebih baik dari merawat, InsyaAllah.
11- Buah-buahan dan Sayuran
Makan bila rajin. Hahaha! Sumber semulajadi ni amat penting. Byk mkn sayur, buah, kekacang dan bijian.
Tapi biasalah, kadang-kadang saya x makan juga. Uhuk uhuk uhuk!
Tapi biasalah, kadang-kadang saya x makan juga. Uhuk uhuk uhuk!
12. Raspberry Leaf Herbal Tea
Digalakkan utk minum teh herba ni di hujung kehamilan. Boleh start dari 7-9 bulan mengandung. Sekali sehari atau 2-3 gelas apabila menghampiri hari-hari bersalin. Ada juga yg ambil dari awal mengandung kerana nutrisinya.
Minuman herba ni membantu masalah sukar utk tidur ibu mengandung di akhir kehamilan. Selain membantu mengendurkan otot-otot sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika "contraction" yg membantu proses kelahiran bayi dan juga pengeluaran uri (plasenta).
Boleh diteruskan semasa berpantang kerana teh ni membantu dlm pengecutan rahim, juga sebagai ejen antibakteria yg melawan jangkitan (imun), penggalak susu ibu dll.
13. Magnesium Oil
Mg ni antara mineral penting yg diperlukan tubuh. Makanan spt sayur-sayuran berklorofil dan hijau, kekacang, serta bijian jg mengandungi Mg. Air pun mengandungi Mg.
Mg utk tenaga, otot, saraf, hormon dll. Mg juga amat penting dlm penyerapan Kalsium dlm tubuh bdn. Ia membantu.
Mg Oil ni boleh ditambahkan ke dlm minuman atau makanan. Tapi saya tambah dlm air shj. Apa-apa minuman pun boleh.
Selain tu, saya dilute juga magnesium oil ni dlm air utk dijadikan natural deodorant spray. Nak apply terus Mg oil ni pun boleh, tak ada masalah.
Apply sahaja pada seluruh badan. Sapu dan urut. Tapi tak sesuai utk org malas mcm saya. Haha!
Cuma jangan disapukan pada luka. Uiii pedih!
Banyak lg kegunaan & kebaikan Mg Oil ni, boleh try google. Heheheh.
14. Organic Rolled Oat & Choc Powder
Oats seperti kita semua tahu ia sumber karbo kompleks. Amat penting ibu yang hamil menjaga pemakanan apalagi ibu hamil memang kerap berasa lapar.
Jadi pengambilan oats sgt2 membantu dlm mengawal berat bdn. Berat bdn yg melampau (obes) ketika hamil boleh mengganggu proses semasa melahirkan juga aktiviti lainnya.
Utk anak yang kedua ni, alhamdulillah berat badan saya amat terkawal. Hehehe suka-suka!
Ia juga sumber serat, serap kolesterol, kaya kalsium, magnesium, besi dll utk ibu juga bayi. InsyaAllah.
Saya suka minum susu kambing bersama oat dan juga serbuk koko asli. Tambahkan madu, juga saffron. Rasanya? MasyaAllah sangat sedap, kalah Milo tau! Hihi.
Coklat juga kaya dgn Magnesium, yang sgt diperlukan utk otak bayi dan rahim. Ia juga sumber antioksidan yg membantu kesihatan jantung dan daya tahan melawan kanser.
Carilah koko asli, dikatakan kandungan susu dlm coklat menghalang fungsi ejen antioksidan tadi. Selain kandungan gula yg tinggi. (Gula proses itu racun apalagi utk ibu yg sedang hamil).
Emosi ibu dan bayi juga lebih tenang dan terkawal dengan pengambilan coklat (pilihlah dark choc). Perlu diingat kan sekali lagi, kandungan susu dan gula tinggi dlm "coklat yg diproses" perlulah dikawal. Nak selamat, pilihlah yang asli. Tambah sendiri pemanis spt madu. Keh keh keh!
Rasanya itu sahaja dan cukuplah itu sahaja. Hihihi. Moga bermanfaat untuk kita semua, insyaAllah. Mohon pada Allah agar dipermudahkan segalanya utk kita semua. Ameennn ameennn.
Doakan saya ya!
Salam..sehari brp byk kunyah luban ya?
ReplyDeletesalam...safron puan amalkan msa kndungn brapa bln
ReplyDelete