Aku dilahirkan dan dibesarkan di bandar metropolitan Kuala Lumpur.(Ayat nak best je kan, haha!) Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur, dan tinggal di kotaraya Brickfield. Tak ingat berapa lama, tapi lepas tu kami sekeluarga kemudiannya berpindah dan menetap pula di Cochrane, Kl.
HBKL
Brickfield
Cochrane
Cakap Kay Ell? Memangla aku cakap Kl. Macam kau cakap bm juga lah, sama je. Orang Kl ni cakap dia biasa-biasa je. Orang Kl tak ada "loghat", tak macam bahasa-bahasa lain di Malaysia. Cuma, bahasa Kl ni banyak yang ditukar bunyi dan ejaan "bakunya" menjadi bunyi "e". Itu sahaja.
Senang cakap, kau akan faham bulat-bulat apa yang orang Kl cakap tanpa perlu kau tanya apa maksud dia. Tak ubah makna dan tak ubah nama asal. Mudah je kan? So senyumlah. ^____^ Senyum kan sedekah?
Sehinggalah aku berusia 10 tahun (darjah empat), aku berhasrat untuk tinggal bersama aunty aku yang berada di JB. Masa tu aku ingat nak seronok saja. Sebab aunty aku ada anak perempuan yang sebaya aku. Nur Balqis Nur Ramlan, namanya. Kazen aku la. Jadi aku pun pindah dan bersekolah di Bandar Baru Uda, JB.
Tak lama, setahun sahaja. Aku nak pindah sekolah lagi. Kali ini aku tinggal dengan arwah nenek kesayanganku, Syarifah Aishah bt Syed Abdullah Al Idrus, di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru. Ya, arwah nenek aku orang Arab, kampung halamannya di Hadramawt, Yemen.
Orang Jb ni memang best. (Dah mak aku pun asal Jb kan, so kena cakap best la kan, hahahah). Eh betul, orang Johor memang best sebab kebanyakkan orang Johor ni semuanya ramah, banyak bercakap, huha-huha dan sedikit kecoh. Hihihi. Memang "happening" la. Yang paling best dorang tak memilih kawan. Semua on, semua ok.
Johor memang banyak loghatnya. Almari tukar jadi gobok @ gerobok. Selimut jadi gebor. Lain-lain:
Meh - mari
Bak sini- meminta
Kerempeng-kurus
Mende-kenapa
Godak-kacau
Gostan-kebelakang
Dan macam-macam lagi la. Banyak sangat.
Lagi satu ayat penyedap orang Johor ni adalah "ekkk" dan tambahan "no".
1. Macam ni ek? Kenapa ek? Sekolah ko memang jauh ek?
2. Beso no rumah ko ek?
Haaaa macam tu. Best kan? Hahaha. Best apa bila kau cuba belajar mencintai sesuatu perbezaan dan persamaan. Hidup tak lama. Apa salahnya. Senyum dan gembira. Berlapang dada. Eh, kau merapu apa lg ni wahai ummi????
Kiranya, tiga tahun aku tinggal di Jb, berjauhan dari keluarga, sehinggalah tamat pengajian sekolah rendah tahun enam. Kemudian aku berpindah ke Cochrane semula. Tak lama selepas aku berpindah, arwah nenek yang ku panggil "baba" pergi meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Al-Fatihah. Moga baba sentiasa tenang disana. Ameennn.
Dua tahun pertama (Ting. 1 dan 2) aku bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Puteri Jaya, Kl. Sekolah perempuan memang ohsem! ^_^v
Kemudiannya aku pindah lagi. Bezanya kali ini, "kami sekeluarga" berpindah ke Putrajaya. Aku berjaya menghabiskan tiga tahun pengajianku, hingga tamat SPM di Sekolah Menengah Putrajaya 1, Putrajaya, tanpa pindah dan pindah lagi. Hehehe. Yeay!!! Seronok kau kan ummi. *_*
SMK Putrajaya ku~
Tamat belajar di sekolah, keluarga aku berpindah lagi ke Sri Kembangan, Selangor. Tak jauh pun, 20 minit je dari Putrajaya. Bezanya Putrajaya tu Wilayah Persekutuan dan Sri Kembangan tu Selangor. Hihihi. Perlu ke terangkan?
Orang Kl, Putrajaya dan Selangor cakap tak banyak beza. Sama ja. Semua orang pun tahuuuuuu.
Selepas tamat zaman persekolahan, aku berpeluang menyambung pelajaran di Kota Samarahan, Sarawak. Sambung Diploma in Sciences selama tiga tahun. Punya lama nak dapat sijil diploma. Hahaha.
Oh, betapa aku rindukan Sarawak! Teringat lagi saat kali pertama sampai di UiTM Sarawak, aku menangis kerana tak faham apa yang orang Sarawak bualkan.
Tapi lama-kelamaan aku mula faham dan seronok. Punya ramai kawan yang berlainan kaum, bangsa dan agama. Pernah juga aku sebilik dgn Kakak senior yang bukan Islam malah sangat memahami dan menghormati Islam.
Kau tahu, orang Sarawak ni semuanya baik-baik. Lemah-lembut dan baik budi bahasa. Budi pekerti jangan cerita, memang sangat penyayang dan mengambil berat. Mungkin rezeki aku sebilik dgn mereka, lagi pula aku yang paling muda dan adik-adik. Gitu! Jadi semuanya berkasih sayang dan indah-indah belaka. Rindunya aku pada Kak Nani, Kak Loretta dan Kak Aarna.
Di Sarawak juga, budak-budak Semenanjung jadi rapat. Biasalah bila dah jauh dari rumah dan kampung halaman kan. Kelantan, Terengganu, Kl, hatta setiap pelusuk negeri sekalipun, semuanya akan menjadi satu. ^___^ Rindu lagi...~
Aku tak pernah cakap bahasa Sarawak sepenuhnya, sebab bila aku cakap bunyinya kedengaran agak pelik. Jadi aku cakap sikit-sikit je. Hehe. Tapi aku suka belajar bahasa Sarawak dan semestinya aku suka juga orang Sarawak. Hihihi.
Antara yang aku masih ingat:
ayam - manok
Jangan - iboh
Kesian - tedah
Lihat - nangga
Beritahu - padah
Tahu tak? - tauk sik?
Budak tu gatal - Kenja nar nemiak
Pergi mana? - g sine?
Buat apa-polah apa
Buat apa sekarang-polah apa kinek tok?
Amacam, best kan? Memang best! Makin banyak kita merantau, makin banyak yang kita tahu. Bila banyak yang kita tahu, makin banyak yang kita faham dan tahu apa itu erti hormat-menghormati. Jadi kenapa masih ada yang memperlekehkan bahasa atau pun perbezaan? Bukankah meraikan itu lebih indah? Jawapannya satu. Ilmu. Ya ilmu!
Hmm. Hmmmm.
Penat lelah dan lungkus lumus aku di UiTM Sarawak, akhirnya membuahkan hasil bila aku dapat sambung Ijazah pula di USM, kampus induk Penang. Alhamdulillah syukur aku dpt juga segulung ijazah dalam bidang Sains Kimia.
Pusat Pengajian Sains Kimia
Tapi aku tak juga jadi ahli kimia. Akhirnya aku menjadi suri rumah sepenuh masa setelah setahun bekerja di Kuala Lumpur. Hahaha. ^___^ Happy me alhamdulillah. Lepaih tu kahwin dengan orang Kedah. La ni dok cakap Kedah pulak la.
Penang dan Kedah rasanya tak banyak beza. Loghat utara juga kekdahnya. Masa dok menetap di Penang selama tiga tahun, aku tak pernah juga cakap Penang sepenuhnya cuma suka suka cakap sikit-sikit. Macam tu.
Tapi seperti biasa la, aku akan belajar juga memahami dan akhirnya aku tersuka. Haih mudah betul hang jatuh cinta naaaa. Hahaha. Jangan kecam saya! Buuekkkk. *_^
Dan setelah berkahwin dengan orang Kedah la, aku mula bercakap Kedah secara rasminya dan kadang-kadang ja tersasul bahasa ibunda. Keh keh keh. Jadi jangan heran kenapa anak aku yang soleh bernama Muhammad itu bercakap loghat kedah. Sebab itu bahasa aku di rumah. Dan selit-selit sikit bahasa asal usul aku.
Jadi kepada sesiapa yang bangga sangat kenapa anak aku pandai bercakap loghat Kedah tu, sebut ayaq, ayaq tu.. sebab ummi dia ni yang ajarin. Aku sebut hari-hari sampai lidah dia pekat beno loghat Kedahannya.
Tak kisah ke? Nak kisah apa? Kemon... satu Malaysia lah! Peace. ^___^v
Aku nak cerita apa sebenarnya ni? Hahaha. Tepuk dahi!! Pokoknya di mana pun aku berada, di Kl, Jb atau Putrajaya, Selangor (rumah mak ayah kini), Penang dan Kedah (terkini) sekalipun, aku tetap cuba untuk menyesuaikan diri dan aku berjaya alhamdulillah.
Bak kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau, kau mati kena baham. Hahahah!!
Apa yang aku nak tekankan kat sini sebenarnya adalah...
Kau tak payah la nak bangga sangat dengan negeri kau samaada kau orang Kl ka, Melaka ka, Johor, Kedah atau apa-apa negeri sekalipun sampai kau memperleceh dan memperkecilkan bahasa atau negeri orang lain. Itu tak bagus. Itu tak ada adab. Opppss maaf terkasar. Betul bah... pasti ada yang berkecil hati. Akulah tu. Huuu. (T.T)
Pelajari. Cintai. Jangan kotori.
Itu saja dari diriku yang serba hina ini. Maaf andai aku terkasar. Aku hanya ingin meluahkan apa yang sudah lama terbuku dihati. Aku sayang kau. Haha. Salam sayang. Jumpa lagi.
Salam cinta!
Ismirusila.