1. Disiplin
Setiap pagi selepas bangun dari tidur, benda pertama yang kita perlu buat ialah mengemas tempat tidur. Amalan mengemas katil ini tidak harus dipandang remeh. Nampak mudah tapi belum tentu dan bukan semua orang mampu buat. Orang lainlah, bukan anda yang membaca ni. Kan? Heheheh!
Kebas-kebas, tepuk-tepuk bantal, lipat selimut dan tegang-tegangkan cadar. Senaman pertama bangun pagi. Inilah yang menjadi amalanku sejak sebelum berkahwin sehinggalah sekarang. Tak pernah tinggalkan katil dalam keadaan bersepah-sepah dan tak terurus, dimana sahaja berada walau di dalam bilik hotel sekalipun. ^_^
2. Mulakan sesuatu dan tamatkannya
Contohnya dalam penyediaan sarapan pagi. Selepas selesai memasak, cuci terus semua peralatan memasak, termasuk mengelap dan menggilap dapur. Hilangkan kesan minyak. Jangan sesekali dibiarkan lama. Kemudian barulah makan. Makanan pun masih lagi suam-suam kuku, tidaklah terlalu panas.
Begitu juga untuk menu makan tengahari, minum petang dan makan malam. Jika empat kali memasak, empat kali juga membasuh pinggan dan empat kali juga lah kita akan mengelap dan mengemaskan dapur. Begitulah caranya. *_* Memang berkilat dan mengerlip lip lip dapur kita dibuatnya! Kehkehkehkeh!
Penting juga untuk pastikan singki sentiasa kosong dan bersih tanpa membiarkan pinggan mangkuk berlonggok-longgok.
Islam pun turut menekankan aspek ini. Ini aspek kebersihan. Boleh kembang tekak tengok pinggan mangkuk yang tidak dibasuh. Bukan sahaja kotor malah turut berbau. Belum lagi singki yang dibiarkan berlumut. Mudah je, setiap kali selepas basuh pinggan, sental sekali singki agar bersih dan bebas minyak.
3. Kebersihan
Sentiasa mengelap meja sebelum dan selepas makan. Kenapa sebelum makan pun perlu mengelap meja? Sekali lagi, aspek kebersihan. Kita tinggalkan meja kita untuk semalaman, jadi apa salahnya jika kita lap dulu tiap pagi dan setiap kali kita nak makan kan? Makan pun akan lebih berselera bila semuanya bersih dan teratur.

4. Mengurus pakaian
Membasuh, menyidai dan melipat pakaian. Pakaian perlu diasingkan mengikut jenis dan dibasuh mengikut hari.
Jangan sesekali mencampurkan baju yang mudah rosak dengan baju harian. Sediakan bakul isian baju kotor yang berasingan. Tidak perlu membasuh setiap hari. Basuh bila perlu sahaja.

Jangan tangguhkan sesi melipat pakaian. Pakaian tidak akan berkedut dan mudah untuk dilipat. Selepas dilipat terus disusun di dalam almari. Bila tiada longgokan pakaian, maka tiadalah tekanan. Hihihi.
Asingkan baju yang perlu digantung. Selalunya dimulakan dari sesi menyidai pakaian lagi. Baju yang memang tidak dilipat akan digantung sejurus selepas dibasuh. Jadi mudah, bila kering terus digantung dan disimpan di dalam almari pakaian. Tak perlu buat kerja yang sama dua tiga kali. ^_~
5. Mengurus sampah
Buang sampah sisa makanan setiap hari. Jangan simpan sampah di dalam rumah. Ia mengundang pelbagai jenis serangga yang kotor dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Buang sampah sisa makanan setiap hari. Jangan simpan sampah di dalam rumah. Ia mengundang pelbagai jenis serangga yang kotor dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Asingkan sampah yang perlu dikitar semula seperti plastik, kertas, tin aluminium dan kaca. Buangkan apabila sudah penuh dan banyak. Sampah spt ini tidak perlu dibuang setiap hari kerana ia tidak mengundang bau dan serangga. Ianya amat penting untuk kita sediakan sedikit ruang untuk barangan kitar semula didalam rumah. Sudahkan anda memulakannya? ^_^
6. Mengurus debu dan kotoran
Kita tidak perlu untuk menyapu dan mengemop lantai setiap hari. Buat bila perlu sahaja. Contohnya menyapu dan mengemop setiap kali selepas makan atau selepas anak selesai bermain. Sapu dan kemas dibahagian itu sahaja.
Jika tidak rajin mengemop, kita boleh lapkan sahaja dengan kain basah seperti yang selalu orang Jepun lakukan. Ya, menggunakan tangan tu. Mengelap lantai guna tangan sebenarnya lebih bersih. Sebab kita lebih nampak dan dekat dengan kotoran berbanding berdiri menggunakan kayu mop. Kan?
Pemilihan kayu mop juga amat penting, dimana ianya akan memastikan tahap kerajinan kita utk mengemop. Haha! Macam mana tu? Cuba beli mop yang tak perlu diperah dengan tangan tetapi hanya menggunakan tekanan dari tangan dan ia akan diperah dan dibersihkan sendiri. Cubalah, memang kita akan lebih rajin untuk mengemop lantai walau perlu mengemop satu rumah sekalipun. Tak tipu!
Kita tidak perlu untuk menyapu dan mengemop lantai setiap hari. Buat bila perlu sahaja. Contohnya menyapu dan mengemop setiap kali selepas makan atau selepas anak selesai bermain. Sapu dan kemas dibahagian itu sahaja.
Maknanya disini, kita hanya perlu maintainkan sahaja tahap kebersihan rumah kita. Tidak perlu tunggu lama-lama untuk membersihkan lantai atau apa sahaja.
Contoh: Dua hari sekali atau tiga hari sekali baru kita sapu satu rumah. Setiap hari kita cuma perlu menyapu dan mengelap atau mengemop dibahagian-bahagian tertentu sahaja. Haa macam tu. Mudah saja kan? ^___^
*Keadaan ini bergantung juga kepada tahap kekotoran sesebuah rumah. Hehehhe.

Memiliki rumah yang besar dan cantik itu bonus. Tetapi rumah yang kecil dan comel juga boleh jadi cantik dan menarik jika ianya sentiasa bersih, teratur dan kemas.
Nak cantik lagi? Cantikkan akhlak kita, dan setiap ahli isi rumah secantik rumahnya juga. InsyaAllah menjadi rumahku syurgaku, bahagia dunia dan akhirat. Ameennn. ^___^
Thanks for this share ^^
ReplyDeleteNonton film free
Harap dpt membantu ya
ReplyDeleteHarap dpt membantu ya
ReplyDelete