Pernah tak tiba-tiba kau rasa rindu pada seseorang? Atau pada kawan-kawan kau yang dah lama kau tak jumpa?
Bohong jika aku katakan yang aku tak pernah rindu. Ya, aku rindu! Rindu saat pertama kali bertemu, berkenal-kenalan, bergelak-ketawa dan bekerja bersama. Semuanya! Semuanya yang mengingatkan aku tentang kalian. Ah, rindu itu benar-benar menggamit memori.
Dan kerana rindu itu, aku menulis lagi. Kerana rindu itu juga aku membelek satu demi satu keping gambar di dalam folder facebook kawan-kawan ku. Maaf, aku selongkar habis album kalian. ^_~
Tidak habis disitu, aku turut menekan butang save disetiap gambar yang ku rasakan wajar untuk aku kongsikan untuk post kali ini. Maaf sekali lagi. Harap dimaaf dan dihalalkan. ^___^
Program yang telah menyatukan kami semua, IMGLAD atau Iskandar Malaysia Graduate Leadership Assessment and Development. Dimana ia merupakan satu kolaberasi diantara Iskandar Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Research Centre (IMREC) dan Deloitte.
Program ni lebih kepada untuk membentuk dan membina peserta-peserta agar lebih bersedia di alam kerjaya nanti.
Lebih kurang sebulan macam tu (Januari-Februari 2010), kalau tak silap aku. Sindrom pelupa semakin menjadi-jadi sejak masuk usia 30 an ni. Hihihi. Kami semua ditempatkan di UTM di Johor dan berulang-alik dengan bas ke kelas di IMREC, Danga Bay.
Seingat aku, kami peserta perempuan ditempatkan di Kolej 9, K9 UTM. Peserta lelaki aku tak tahu. Ke tak ingat. Kehkehkeh.
Peserta Lelaki
Peserta Perempuan
Peserta Imglad 11 bersama jurulatih kumpulan A5, Datuk Prof. Ir Ishak Bin Ismail. Prof kami yang sangat baik hati, comel dan open minded. Rindu!
Teringat waktu terserempak dengan Prof di Kl Central selepas tamat program Imglad dulu. Masa tu aku tengah kalut nak ligan train balik dari kerja.
Apa yang korang jangka? Prof masih ingat aku! Bangga aku. Hahaha. Masa tu, Prof yang tegur aku dulu, sebab aku memang sungguh-sungguh tak perasan yang Prof ada kat situ.
Tak jemu dia tanya macam mana life aku masa tu. Kerja macam mana? Bla bla bla. Lepas tu Prof angguk-angguk dengar aku cakap, tanda Prof berpuas hati. ^___^ Dan seperti biasa Prof tak pernah lekang dengan senyuman.
Oh Prof! Sayu pula bila terkenang. Ada sinar kegembiraan di matanya saat itu yang tak dapat aku gambarkan dgn kata-kata. Mungkin aku ni antara peserta yang dia bimbang tak akan dapat kerja kot? Hahahahaha.
Apa khabar agaknya Prof sekarang. Moga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah, ameennn ameennn Ya Allah.
Cherry B Sdn Bhd 🍒
Ini ahli kumpulan aku, yang pada aku sangat sempoi. Hihi! Utk kelas kami, terdapat empat kumpulan kecil spt ini. Mari berkenalan dengan ahli kumpulan aku . . .
Dari kiri, Azmah, merangkap roomate aku di K9, UTM. Azmah ni memang seorang yang peramah dan sangat kelakar.
Diikuti Hidayah, juga seorang yang gemar berjenaka dan ketawa. Kira gu la depa dua ni. Hehehe.
Khairol dan Wan, dua orang jejaka yang menjadi rebutan gadis Malaya waktu itu. Haha! Dua-dua pun sama geliga dan gila-gila.
Aku, roomate kepada Wan Azmah. Hihi.
Akhir sekali, Sofia. Kami panggil Kak Sofie. Kecil-kecil orangnya tapi berapi. Seorang awet muda yang berfikiran sedikit matang dari kami semua dan mudah dibawa berbincang.
Balloon Couch Challenge
Balloon Couch
Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dlm kelas adalah seperti diatas, iaitu membina kerusi empok dari belon-belon. Kemudian diuji tahap ketahanannya dengan duduk diatasnya. Belon kumpulan mana yang tdk pecah akan menjadi juara.
Dan aku antara yang dipilih untuk duduk di atas belon tu. Awal-awal lagi dah pecah. Hahaha. Kenapalah aku yang duduk kan???
Spaghetti Bridge. Kelakar pula aku tengok jambatan kumpulan sebelah kanan tu. Kikikiki!
Brick Tower
Ini pula semasa kami mengadakan lawatan ke Hospital Permai, Skudai, JB. Disini kami bersama-sama berkhidmat dan beramah mesra bersama pesakit-pesakit yang rata-ratanya sudah lanjut usia. Seharian disini banyak mengajar kami tentang pentingnya mengawal keseimbangan emosi dan mental.
Berkelah di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok.
Gambar selepas pembentangan akhir setiap kumpulan dan peserta Imglad di Pandan City Hotel. Alhamdulillah, lega! ^_*
Sesi pembentangan dihadapan para hakim dan beribu-ribu lemon peserta Imglad. Ketaq lutot ceq oiii. Antara gambar pembentangan kumpulan dari kelas kami A5, Imglad 11.
Sesi pembentangan dihadapan para hakim dan beribu-ribu lemon peserta Imglad. Ketaq lutot ceq oiii. Antara gambar pembentangan kumpulan dari kelas kami A5, Imglad 11.
ME Creative sdn Bhd 🎨
Cherry B sdn Bhd 🍒
Bambino Center Sdn Bhd 👶
E-Green Sdn Bhd 🍀
Majlis makan malam perpisahan di Mama Chop Papa Gril, Taman Universiti. Suasana semasa sesi bertukar-tukar hadiah diantara peserta.
Dan ini pula kenangan dari kami untuk Prof Ishak yang akan sentiasa berada di dalam kotak ingatan kami. ^_^ Terima kasih diatas segala tunjuk ajar yang telah Prof berikan buat kami semua. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
.
.
.
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang artinya “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
Oleh itu, carilah ilmu itu setinggi langit dan sampaikanlah ia walau hanya dengan sepotong ayat.
Oleh itu, carilah ilmu itu setinggi langit dan sampaikanlah ia walau hanya dengan sepotong ayat.
Amal tanpa ilmu itu tidak mendapat pahala, ilmu tanpa amal pula akan kosong, dan amal tanpa ikhlas itu mendatangkan riak. Dasarilah sesuatu itu dengan niat kerana Allah SWT. Wallahu a' lam.
No comments:
Post a Comment