Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Tuesday, June 28, 2016

Siapa sebenarnya musuh Islam?


Musuh Islam sentiasa berusaha mewujudkan huru-hara dan kekacauan hampir di semua negara Islam. 

Mereka memanipulasi kita melalui pelbagai fitnah. Menyebabkan kita menentang saudara sendiri. Kita saling bermusuhan. Apakah kita tidak berfikir?

Siapa musuh kita sejak azali? 
Syaitan yang dilaknat.

Siapa yang menyesatkan, menghuru-hara, dan mengaku Tuhan sekalian alam?
Ya, Dajal. 

Siapa yang dilihat seperti Tuhan sekarang ini? 
Kuasa besar yang menguasai dunia, media massa, sektor kewangan dan bisnes utama dunia? 
Amerika Syarikat, yahudi, zionis.

Siapa pengikut, penyokong dan para penyembah syaitan?
Illuminati dan Freemason.

Siapa yang mencipta watak-watak kambing hitam yang Islam itu pengganas? (Rasanya tak perlu dinyatakan satu-satu watak-watak yang dikambinghitamkan disini).
Jawapannya, amerika yang bersekutu dengan yahudi, freemason dan illuminati. 

Mereka ini berbohong. Untuk apa? Ya, untuk menghasilkan peperangan demi peperangan. Menakluki dunia. 

Watak-watak pengganas Islam mula dibentuk, direka-reka, sehingga kita percaya kewujudan mereka ini. Dan dunia mempercayai Islam itu pengganas. Maka serangan demi serangan bermula.

Kita hanya melihat negara-negara Islam dibom, diperangai, dibunuh, dirogol, dan ditembak. Pecah kepala, badan, tiada apa yang tinggal. Kanak-kanak, wanita-wanita Islam diperlakukan sesuka hati umpama pelacur. Negara mereka hancur, lebur. Maruah mereka dipijak-pijak. 

Tetapi kita lupa, kita ini juga turut diperangi. Secara diam, secara halus. Apa kita tidak sedar?

Pemakanan, gaya hidup, muzik, kesihatan, pemikiran, pembelajaran, dll, segala-galanya dikuasai mereka. Rasanya tak perlu disenaraikan semuanya disini. Kita semua mampu utk berfikir, membaca, mencari dan mempercayai. Jangan kata ianya fitnah. Usaha gali dan hadam. InsyaAllah tahu yang benar dan tidak. 

Kemudian kita hanya mampu berkata,
 "Allah.. kesian mereka, sedihnya Ya Allah.."
Tak salah berdoa untuk mereka, alhamdulillah masih ada yang mahu berdoa, peka dengan dunia, tapi mana usaha kita untuk membantu mereka? Mana???

Mana semangat boikot kita? Mana? Terkubur dan bermusim? Mana tuan-tuan dan puan-puan? Mana sumbangan kita untuk mereka? Mana??????? Jika ada, alhamdulillah. Tetapi bagi yang masih belum ada, bila lagi?? 

Adakah kita terlalu asyik dengan kehidupan dan dunia kita sendiri? Membiarkan keluarga kita juga terus hanyut. Pulanglah, bawa suami anak isteri kita ke jalan Allah. Kita orang Islam, hiduplah dengan cara Islam. 

Berbaik sangka, berbuat baik, memanjangkan ukhuwah, berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Islam bukan pengganas. Bukan bermusuhan. 

Kita pompang sana-sini, marah musuh-musuh Islam memerangi umat Islam,negara Islam, tapi kita tak sedar kita ini mengikut telunjuk mereka. 

Tengok saja pakaian kita. Adakah islam hanya pada nama? 
Tengok saja makanan kita. Makanan proses dan sebagainya. Status halal sentiasa diragui dan timbul pelbagai isu. 
Siapa pengeluar makanan-makanan ini? 
Siapa yang pegang makanan2 ini?
Kita ambil sambil lewa, kita akur. Kita kata lepas sudah tanggungjawab kita, ada yang lebih arif, yang ahli. Ya benar, tapi tidakkah kita sedikit terusik, sedikit ragu-ragu dengan pemilik syarikat-syarikat gergasi ini? 
Kita tahu siapa mereka, musuh islam, memerangi Islam. Jadi??? Apakah sudah hilang segala deria rasa kita. 

Allah Allah... bukalah mata kita, mata hati kita seluas-luasnya.. siapa lagi kalau bukan kita yang sedar, yang berjuang???

Bagaimana kita tidak ragu-ragu, was-was? Bagaimana? Mereka bunuh saudara -saudara kita. Bagaimana kita sedap-sedap makan tanpa ragu-ragu kandungannya. Allah Allah... bersihkanlah hati kami. Lunakkanlah Ya Allah.......agar kami lebih sensitif..

Tak akan mati, kalau tak makan tuan, puan. Tak mati kalau boikot. Buktinya saya masih lagi hidup hgg kini, dengan izin Allah, Alhamdulillah syukur. 

Bukan makanan sahaja, banyak lagi. Tak termampu rasanya nak senaraikan satu-satu. 

Belum lagi isu vaksin, ubat2an moden dan lain-lain. Fikirlah sendiri. Mana asalnya,mana pengilang dan pengeluarnya, fikirlah tuan-tuan dan puan-puan. Mari kita sama-sama fikirkan. 

Ada yang kata, yahudi sendiri ambil vaksin, sedang mereka yang cipta vaksin, penyakit, penawar etc. Ya, mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri, demi kuasa. Mengurangkan populasi penduduk mereka sendiri, apalagi kita demi nafsu menakluki dunia dan kuasa baru. 

Masih ada yang menafikan. Macam-macam mereka kata. Ayat-ayat memerli dan memporak-peranda. 

"Depa ni sikit-sikit freemason, sikit-sikit illuminati, nasi lemak pun diilluminatikan."

"Vaksin pun depa kaitkan dengan teori konspirasi, itu dan ini." 

Terpulanglah...
Kadang-kadang pelik, apalah yang nak dibela sangat amerika syarikat tu. Tapi bila umat islam kena bom, tahu pula kita marah. Hmm hmm hmm. 

Masih mahu menegakkan benang basah dan terus-terusan memejam mata? Lena diulit mimpi indah seolah-olah dunia aman dan damai? Terpulanglah. Dunia ini milik kita sementara dipinjamkan. Terpulang pada kita bagaimana kita mencorak kehidupan kita. Saya hanya menyampaikan. Percaya atau tidak, itu terpulang kepada masing-masing. 

Jangan percaya bulat-bulat sebaliknya galilah ilmu, bukalah mata hati. Terimalah seadanya. Yang paling utama, solat jangan tinggal. Jalankan kewajipan kita sebagai umat Islam. Istiqomah memohon ampun,taubat nasuha pada Allah. Tak tahu bila kita semua ini akan dipanggil Allah. 

Moga bila hati-hati kita semua dekat dan lunak dengan Allah, Allah tunjukkan jalan-jalan yang lebih terang dan tenang buat kita. Semua milik Allah, tiada yang milik kita. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa. Saya tidak marah sesiapa apalagi berniat menghina, mengecam dan lain-lain. Hanya ingin mengeratkan ukhuwah kita, hingga syurga. Ameennnn ameenn Ya Allah. 

Yang baik itu semuanya dari Allah, sedang yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. 

Wallahua'lam.

Sunday, June 12, 2016

Kari Kepala Ikan Power


Awal puasa hari itu kami berpuasa di rumah mak di Seri Kembangan, Selangor dan kemudiannya kami pulang ke rumah mak mertua di Sungai Tiang, Kedah. 

Selepas itu barulah pulang ke kediaman kami di Alor Setar. Jadinya ini kira menu yang pertama yang dimasak didapur sendiri untuk Ramadhan kali ini. Teruja pula hehehe. 

Sebenarnya, ini merupakan kali pertama saya masak gulai/ kari kepala ikan. Sebelum ini masak kari ayam dan kari telur sahaja. Keh keh keh. 

Alhamdulillah suami bagi 5 bintang. Syukur. Hihihi. 

Resepinya seperti dibawah. Kuantiti diagak-agak sahaja. Campak-campak sahaja. Huhuhu.

Dimayang:
-Bawang Besar 
-Bawang Putih
-Cili Padi
-Biji Sawi
-Halba Campuran
-Daun Kari

Bahan yang dikisar:
-Bawang Besar
-Bawang Putih
-Pes cili Kering
-Serbuk Lada Hitam 
-Serbuk Kari Ikan Faizah

Sayuran:
Terung Bulat
Tomato
Bendi

Ikan Jenahak
Air Asam Jawa
Santan

Cara-caranya:

Tumis bahan mayang hingga naik bau wangi kemudian masukkan bahan yang dikisar pula. 

Masukkan sedikit air jika agak kering. Perahkan air asam jawa. Biarkan ia masak sebentar.

Kemudian masukkan sedikit santan (tak nak guna pun tak apa) dan air secukupnya.  

Biarkan mendidih dan masukkan ikan serta sayur-sayuran. Tak perlu lama-lama, sekejap sahaja. 

Tambahkan garam. Alhamdulillah siap.


- 6 Ramadhan 1437H.


Monday, June 6, 2016

Ulangtahun Perkahwinan Ke Empat.


Destinasi percutian bersama yang tersayang kali ini adalah ke Penang sahaja. 

Memandangkan tarikh ulangtahun perkahwinan kami pada 1 Jun jatuh pada waktu cuti sekolah, ia jadi bonus untuk kami pergi bercuti dan merehatkan minda sekaligus merancang untuk pulang ke kampung. 

Tetapi...

Walaupun begitu, percutian yang dirancang selalu dibuat di saat-saat akhir kerana perlu mengetahui jadual tugas encik suami terlebih dahulu. 

Jadi pening jugalah untuk kami memilih hotel pada waktu cuti sekolah dan di saat-saat akhir ni. Pasti banyak yang dah penuh.  

Dari bercadang untuk ke Krabi bersama rakan sekerja suami yang teringin untuk ke sana, bertukar pula ke Pulau Perhentian di Terengganu. Kemudian tukar lagi. Dan akhirnya, keputusan akhir kami adalah ke Penang sahaja. Hanya kami bertiga. Hihi, nak sangat cari vitamin sea katanya kan.  

Seperti kebiasaan, selepas riki-riki di Tripadvisor, saya akhirnya memilih Bayview Beach Resort, Batu Feringghi, Penang. Kebetulan pula, ada seorang rakan suami yang bekerja di hotel ini, maka mudahlah untuk minta tolong apa-apa tentang bilik dll.  ðŸ˜Š



Tips yang pertamanya ialah jangan sesekali abaikan reviews of hotel. Banyak membantu. Hee. Syukur alhamdulillah, kpd Allah yang telah mempermudahkan segalanya.










Keduanya, hotel ini berhadapan dengan laut. Walaupun lautnya tak berapa nak crystal clear, masih mudah untuk kami ke pantai, menikmati pemandangan pantai, menunggang kuda, bermain pasir pantai dll. 


 Deluxe room sea view









Ketiganya, kemudahan swimming pool yang besar, banyak dan mesra pengguna. Pool dibahagi-bahagikan mengikut kesesuaian kanak-kanak hingga dewasa. Terdapat juga kawasan seperti di "taman tema air" untuk kanak-kanak bermain. 


Kolam dan taman permainan untuk kanak-kanak 




Lagi satu kolam untuk kanak-kanak (belakang kiri), meditation pool (belakang kanan) dan kolam renang untuk orang dewasa. 




Peringatan, setiap pengguna pool dan "taman tema air" perlu mengenakan pakaian renang yang bersesuaian. Agak strict disitu, bertujuan menjaga keselamatan. 

Jadi bagi muslimah saya cadangkan bersantai-santai sahajalah ditepi kolam atau ke laut sahaja. Keh keh keh. Bimbang ada yang merakam gambar atau video dan kita pula tidak menutup aurat dengan sempurna.  

Bagi je anak-anak main dengan suami. Nak gedebush debush pun tak ada masalah. Bila anak-anak gembira, mak automatik  akan gembira. Kan? 


Panorama pagi


Redup dan nyaman


Panorama petang, belum senja lagi


Panas menunggu matahari terbenam. Pakailah Rayban. Eheheheh. 



Pujaan hatiku la sangat kan 😩


Bersidai lepas mandi kolam.
Jadi sotong kering sat. Hihi.


Senja di tepian batu konkrit bukan ditepian pantai 😆


Kami 


View hotel dari payung ceklat


Di gym 👫


Di Kids Club







Waktu ni Muhammad tak mandi lagi tapi dah sarapan pagi. Sarapan pagi depan kolam renang. Nak terus gedebush pun boleh. Heee. 🙈

Secara jujurnya kami sangat- sangat berpuas hati. Menghabiskan 3 hari 2 malam di hotel tanpa berjalan ke mana-mana melainkan ke Balik Pulau sebentar untuk intai-intai durian. Hehe. Itu saja untuk kali ini. Salam. 🙌





Salam cinta,
Ismirusila. 😊