Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Monday, April 17, 2017

Keperluan Ibu Bersalin @ Berpantang


Assalamualaikum semua. 😊

Ini merupakan kelahiran yang kedua saya, insyaAllah. Yang pertama dulu, tak dan pun saya nak buat mcm ni @ tulis dlm blog cecomei mcm ni, sebab masih kurang pengalaman. La ni bolehlah, karang sikit-sikit melalui pengalaman anak pertama. Hihi!

Baiklah, ini antara persediaan utk ibu:

1. Pam Susu


Masa anak pertama dulu, saya beli yang manual. Susah sangat nak guna. Penat tangan. Akhirnya tak guna pun. 

Dalam pantang pun saya tak pam susu, jadi mudah sangat jadi bengkak susu. Azabnya rasa masa tu. Biasalah first mother banyak sgt benda yang tak tahu kan. 

Jadi utk anak yang kedua ni, saya nekad nak beli yang terbaik. Saya beli Eve Love Diva Premium Collection. Tapi kenapa Diva Breastpump?


1. Bp ni direka khas oleh Pakar Laktasi, Puan Shahira Hassan. Siapa kenai angkat tangan? Hihi. 

2. Masa ni ada promo, satu set ni harga asalnya dalam Rm 799. Tapi masa saya beli ni dapat dalam Rm550 plus breastmilk storage bottle (6 pcs) - yang ni saya add on. Dan harga tu termasuk kos penghantaran. 

3. Dalam set Diva Bp ni ada:

- Diva Breastpump
- Ice Bricks
- Storage Bag
- Cooler Bag
- Pumping Bustier 


4. Ringan, saiz kecil dan design yang sangat comel. Kan??? 😍😍😍

5. Banyak lg kelebihan lain, tapi malas nak tulis, dah rasa mcm promoter Evelove pula. Haha! 


Siapa yang berminat bolehla tengok di Instagram Eveloveofficial @ Eve Love Sdn Bhd. Kat Fb pun boleh. Saya beli on9 sahaja. (Rasa dah ckp kat atas, hihi).

2. Rak Simpanan Barang Penyusuan


Yang ini untuk simpan segala botol susu, puting susu, penutup botol dll bila dah kering selepas siap dibasuh bersih. Tak la berterabur @ bersepah sana-sini. Kalau hilang nanti boleh nangis dibuatnya. Disamping terjamin sikit kebersihannya dari debu dll. Saya beli di Mr D.I.Y je.  

3. Rak Pengering Botol Susu


Lepas basuh bersih, masa dia basah-basah tu kan, keringkan botol dan barang2 lain tu kat sini. Beli yang murah ja, Rm 19.90 kalau tak silap. Saya beli di Baby Expo. Tak cukup ruang kita tambah tapis pink tu. Hahaha! 


Kalau nak yang lebih baik dan mudah tetapi sedikit mahal, boleh beli bottle warmer / bottle sterilizer. Gitu! 
4. Nursing Bras

La ni banyak jual dan senang sangat nak cari. Boleh la p cari dimana-mana kedai yang bersesuaian atau beli sahaja online. Senang untuk menyusu dan memang sangat selesa berbanding bra biasa. 

5.  Pampers Dewasa / Maternity Pads

Ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing untuk pilih yang mana satu. Bergantung juga samaada bersalin normal atau tidak. 

Sebelum ni saya pakai pad biasa sahaja, bukan maternity pad pun. Tapi untuk kali ini rasa macam nak try pampers dewasa. Haha! Ada juga la sebab dah terpengaruh dengan Hanis Zalikha. Katanya lebih mudah. Tak pa lah kita cuba. Hehehe. 


6. Nursing Pillow

Anak pertama dulu tak beli pun, tapi bila dah selalu sakit-sakit belakang, sakit sana, sakit sini, kita beli juga lah kan. Hehehe. 

Bukan apa, untuk keselesaan kita dan anak juga kan. Bukan sekejap tau menyusu badan ni. Selama 2 tahun tu. Muhammad pula dulu bukan 2 tahun, hampir 3 tahun lamanya. Hohohoho!

Bukan mudah tau menyusu ni. Hanya yang benar2 bf anak shj yang faham. Jadi sokonglah kami. Yeah! Go go Bf! Eh tetiba! 😅

Jadi tak salah kita nak beli sekeping bantal empuk ni untuk buat kita lebih selesa semasa menyusu dan rasa dihargai. Gitu. Hihihi! Kedai baby ada juai. Yang ni Tollyjoy Nursing Pillow. Rm 60+ harganya. Boleh buka dan basuh sarungnya. 


7. Seluar Bersalin Mamapride 

Perlu ke seluar bersalin ni? Bagi saya, ya amat perlu. Tak kan lah kita tak rasa malu waktu nk bersalin nanti kan? Semua wanita pun malu, walau pun dengan doktor perempuan. Apalagi doktor lelaki? Betul tak?


Selagi boleh, carilah doktor perempuan. Kita masih belum lagi darurat. Usaha sikit, insyaAllah Allah bagi jalan. Eh, terkeluar topik pula.  


Jadi, seluar ni banyak membantu kita dalam melindungi aurat kita. Yang terdedah cuma bahagian yang perlu didedahkan. Bahagian lain masih tertutup. Aib kita, kita jagalah. Siapa lagi nak jaga kalau bukan kita sendiri yang berusaha ke arah tu kan? 

La ni, banyak dah hospital kerajaan dan swasta yang terima pemakaian seluar ni, jadi tak ada sebarang masalah. Alhamdulillah syukur. Tinggai pilih warna mana yang kita suka ja. Haa pilih, jangan tak pilih. 

8. Natural Nipple Oil / Butter / Cream

Ok, kalau kita tengok la ni banyak yang jual krim-krim ni kan. Boleh dapat kat farmasi atau kedai organik. Tujuannya cuma satu, untuk mengelakkan nipple kita dari kering, terluka atau sakit sewaktu menyusu badan. Kerap bf pun boleh jadi juga. Sakit ooo. Jadi cegah sebelum kena. 

Kita boleh pilih, nak yang mana satu. Organik @ tak. Cumanya kalau yang organik @ natural ni tak payah dah susah2 kita nak basuh sebelum menyusu anak. Kot2 terlupa ka apa kan. Naya! Kira selamat la jika baby terus menyusu. 


Contoh macam  nipple butter ni. Kecil molek je, tapi harganya tu boleh tahan juga. Hihi. Sesuaila dgn namanya. 

Tapi, kalau nak lagi asli dan lagi yakin, sapulah dengan Palestine Extra Virgin Olive Oil atau nama glamournya Pevoo. Ini yang saya gunakan. 


Botol ni saya dapat free dari kawan baik saya Izzati, lepas saya beli organic product dari dia. Jadi saya isikan Pevoo dalam ni. 

Senang ja nak guna. Titiskan dalam tiga titik minyak kat tapak tangan kita, lepas tu terus sapu @ urut sikit kat tempat berkenaan. InsyaAllah tak luka dan tak sakit semasa anak kita tu pulun menyusu. Hihi! 

9. Pati Habbatussauda (PHS) / Minyak Habbatussauda' / Bijian 


Ini PHS, diamalkanlah semasa berpantang. Tak pantang pun boleh amal juga. Minum atau sapu, kedua-duanya boleh. Khasiatnya? Terlalu banyak. 

Selain dari untuk mengembalikan bentuk badan kpd asal ia juga bertindak sebagai milk booster. Suka tak? Suka tak? Suka kan. Hihi. Cuma tdk disarankan minum/makan semasa mengandung. 


Ini pula dalam bentuk kapsul. Keluaran Saadi Habbatussauda'. Ada juga dlm bentuk minyak / spray. Mudah untuk dipicitkan terus ke dalam mulut atau dibuat minyak urut @ sapuan. 

Sebelum kenal dengan PHS saya amalkan yang ini (Saadi). La ni dua-dua pun saya ambil secara bergilir-gilir. Cuma kali ini saya beli sekotak besar terus untuk diamalkan semasa berpantang dan sbg supplement untuk anakanda Muhammad. 

Jadi amalkanlah, jangan takut-takut mengamalkan sunnah, kerna seungguhnya di dalam sunnah itu terdapat keberkatan. InsyaAllah. 

10.  Set Berpantang 

Hmm, cakap pasal set berpantang ni, macam-macam jenis set berlegar di kepala saya. Hihi.


Tapi sejujurnya utk kelahiran yang kedua ni saya lebih berminat dengan Set Berpantang NR dan Tropical Herbs.
NR ni rasanya semua org tahu dan kenal dengan Kak Ice yang glamour tu kan. Hihi. 


Dan saya kenal set Tropical Herbs ni pula melalui Kak Long Eja Confinement Helper. Saya ada mengikuti kelas Mudahnya Berpantang yang dianjurkan beliau tak lama dulu. Masa mengandung anak kedua ni juga la. Heheh. 

Kenai Kak Long dari mana? Dari Ig Amirah El Azman tu. Hehehe. Terus saja saya join kelas Kak long dan group whatsapp beliau. Sangat banyak membantu kami ibu-ibu muda ni. Cewah perasan muda! Terima kasih Kak Long. Jasamu sentiasa dikenang, InsyaAllah. 


Cumanya, sejak saya menghadiri kelas 6P yang dianjurkan oleh Puan Fadillah Nur dan Ustaz Wan Asrul, saya lebih berminat untuk membuat set berpantang sendiri pula. Haha! Rasa macam rugi dah dapat ilmu tapi tak diamalkan. 


InsyaAllah akan diusahakan. Moga Allah izinkan dan permudahkan, Ameennn. 

11. Nursing Pads

Sediakan sikit NP kalau tak nak baju yang kita pakai tetiba basah. Kalau bertudung labuh kompem tak nampak, tapi kalau sebaliknya, tak pasal-pasal bertompok kat situ. Aduhai malu ler. 

Tapi kalau orang tak nampak pun, kita sendiri akan tak selesa bila baju dah basah. Jadi sila pakai nursing pad bila tau susu badan kita sangatlah meriah. 

Ada yang pakai buang dan ada yang washable. Jimat kalau pakai yang boleh basuh. Pakai buang tu bolehla kalau dah malas sangat nak basuh. Ehehehe! 


12. Termos

Untuk dibawa ke hospital. Senang letak air panas bila kita nk buat air panas atau suam nanti. Tak perlu jalan jauh nak ambil air panas or terlebih rajin p masak air kat hospital nanti. Lagi-lagi bila lepas bersalin. 

13.   Disposable Panties

Untuk hari-hari dan minggu pertama dalam pantang. Memudahkan dan tidak mengotorkan panties kesayangan kita. Basuh sikit dan buang. Kalau tak, jenuh sental nak bersihkan darah nifas tu. 

Beli saiz yang besar sedikit dari saiz yang biasa kita pakai. Nak selesa lagi beli yang lelaki punya. Tak ketat dan lebih besar, jadi ia tak menekan pad kita ke tempat luka bersalin normal. Tips ni saya dpt dari Kak Long Eja. 


14. Set Tanam Uri

Mula-mula dulu saya pun rasa nak beli dan terpengaruh. Haha! Orang perempuan ni kalau boleh semua dia nak beli. 

Tapi tak beli pun. Sebab bahan-bahan dia mudah ja nak dapat. Basuh saja bersih-bersih uri tu dengan garam kasar, asam keping dll bagi hilang bau hanyir uri tu sambil selawat dan doa. Lepas tu balut dengan kain kapas dan tanamlah uri tu dalam-dalam bagi elak bau dihidu oleh binatang lain. InsyaAllah semua baik-baik sahaja. 


15. Bengkung


Saya masih belum beli lagi. Tapi kan saya macam berminat sgt dgn bengkung OPAH ni. 

Bengkung ni boleh beli dengan confinement helper (Fb) @ Kak Long Eja. And opkos Kak Long yang cadangkan bengkung ni selain bengkung tradisional set berpantang Tropical Herbs. 

InsyaAllah (kalau jadi beli hihi), bengkung OPAH ni boleh dijadikan bengkung yang kedua saya. Senang la kalau kotor dan nak basuh ka apa kan. Yang pertama dulu dpt free ja dlm set bersalin Hiraq (masa anak pertama).


16. Sabun Habbatussauda'
      (Scrub badan)

Masa kelas 6P kami dapat free sabun ni. Siapa nak cuba sabun homemade ni boleh beli dengan Ustaz Wan Asrul @ Puan Fadillah Nur @ Puan Saerah (adik kpd Puan Fadillah Nur). 


17. Tungku Besi / Batu Sungai 


La ni banyak dah juai batu tungku beserta sarung tungku herba. Harga? Bagi saya agak mahal. Haha!


Jadi saya pilih nak beli asing saja. Beli tungku sahaja. Siapa tinggal area Kedah boleh beli dengan Kak Long Eja. 

Tak pun cari ja batu sungai, kompem tak payah bayar. Kih kih kih!

Beg Ibu utk dibawa ke Hospital :


InsyaAllah, ini sedikit persediaan yang saya akan bawa ke hospital utk bersalin nanti. 

Antaranya termasuk: 
  • Tuala 
  • Set Mandian (Pembersih muka, sabun, syampu, berus dan ubat gigi)
  • Persalinan ibu ( t-shirt lengan panjang, kain batik, stokin panjang, pakaian dalam, pampers) - Saya masukkan semua dlm 1 beg plastik ikea (ISTAD) tu. Buat la dlm 2 - 3 beg (day 1, day 2).
  • Stokin bawa extra
  • Selipar Jepun - untuk ke bilik air
  • Selipar Wad - untuk dlm wad
  • Seluar Bersalin Mamapride
  • Sweater / Cardigan
  • Hot Water Bag - untuk tuam sendi-sendi selepas bersalin, dll
  • Set Breastpump
  • Minyak panas (melegakan ibu selepas bersalin / elak masuk angin)
  • Pakaian & Tudung (keluar hospital)
  • Telekung & Sejadah
  • Al-quran speaker lamp 
  • Esssential Oils and Diffuser 
  • Beg Plastik (baju kotor dll)
  • Kapas Muka (titik minyak-episotomi)



Boleh juga buat begini. Mudah suami nak tolong carikan nanti. 

* Jangan lupa Buku Rekod Kesihatan  / Kehamilan Ibu, Kad Pengenalan dan dokumen penting yang lain. Kalau boleh letakkan setempat / mudah capai dan cari.

Beg baby:


  • Tuala
  • Baju Siang 
  • Baju Malam
  • Bedung 
  • Barut
  • Sarung Tgn dan Kaki
  • Topi
  • Pampers / Cloth Diapers
  • Selimut
  • Minyak Bayi
  • Kapas / Tisu Basah (cari yang bebas bahan kimia berbahaya, pewangi etc kalau nak guna pada baby)


Susun dan masukkan dalam beg baby. 

Makanan dan Minuman Ibu:

Bawalah sedikit makanan dan minuman ke hospital seperti biskut, kurma, oats, susu kambing, zam-zam, raspberry herbal leaf tea, madu, energy bars, thermos, dan lain-lain. 


Beg Bapa :
  • Sedikit Pakaian
  • Kain Pelekat
  • Tuala
  • Sejadah
  • Sweater
  • Barangan Mandian


Lain-lain keperluan :
  • Tilam
  • Bantal 
  • Selimut

Ok, itu sahaja yang perlu dan penting rasanya. Ada lagi tak yang saya lupa? Kalau ada bagitau saya tau. Heee. ^___^

Bagi semua ibu yang menanti untuk melahirkan Mujahid / Mujahidah macam saya, selamat Bersalin dan Berpantang ya!

Moga semuanya dipermudahkan Allah. Banyakkan berdoa dan bertahajjud. Tenang-tenang, insyaAllah semua baik-baik sahaja. 

Jumpa lagi di post yang lain insyaAllah. Salam Cinta! Assalammualaikum. 😘


3 comments:

  1. mane nak beli plastic bags yang pack barang tu yer

    ReplyDelete
  2. kat mna beli pampers dewasa tu, tu jenis yg panties ke? ke strap mcm pampers biasa tu?

    ReplyDelete