Alhamdulillah wa syukrulillah.
Hari ini usia adik baby dah cecah 46 hari. Nak p buat rawatan penutup berpantang dan berbekam, tapi slot penuh pula.
Kena tangguh dululah jawabnya. Jadi kita teruskan misi berpantang la ek. Hehehehe!
Hari ni umi nak kongsi cerita sikit tentang pengalaman khatankan Ibrahim Zuhdi dalam tempoh berpantang yang lepas.
45 hari selepas berpantang
.
.
.
Minggu ke 3, hari ke 24 dilahirkan.
Ikutkan umi tak berani nak tengok, tapi hati seorang ibu tak sanggup biarkan anaknya sendiri. Masuk jugalah dalam bilik doktor, ambil tempat dibahagian kepala adik baby. Abi yang memegang tangan dan badan Ibrahim kemas. Muhammad duduk di kerusi berhampiran, juga di dalam bilik doktor.
Mula-mula buka pampers, adik baby bagi air pancuran padu pada doktor, abi dan Muhammad. Hihihi! Doktor kata, itu biasa. Heheheh.
Waktu doktor bius dibeberapa tempat disekeliling penis, adik baby menangis dan meronta-ronta. Aksi menendang-nendang gitu. Ada sedikit darah. Abi masih memegang kemas. Umi tak toleh lansung, masih dibahagian atas kepala baby, dekatkan muka dengan muka baby.
"Ibrahim kuat, ibrahim kuat...", umi usap-usap lembut kepalanya, sambil beri kata-kata semangat, yang sebenarnya lebih diperlukan umi sendiri. Mengalir juga air mata umi. Nasib ada tisu yang doktor dah sediakan awal-awal lagi masa nak lap kencing adik baby tadi. Huhuhuhu. Kejap-kejap bagi susu dalam botol. Dia minum sungguh sampailah ubat bius tu berkesan.
Masa operasi laser, Ibrahim tak rasa apa dah. Ubat kebas dah berfungsi. Jadi dia senyap dan hampir-hampir tertidur. Mata kuyu nak tidur. Memang masa tidur dia sama, hihihi.
Selesai semua, baru dia sambung menangis. Meraung kuat dan meronta. Dalam perjalanan pulang ke rumah, bagi susu pun tak mau dah, nangis kejap-kejap sampai terlena. Terjaga, nangis lagi sampai lena. Macam tu la dia beberapa jam selepas selesai dikhatankan.
Malam pun ada masa sekejap-sekejap dia berjaga dia akan menangis. Pampers dipakaikan longgar tanpa seluar selepas dikhatan sehinggalah sembuh sepenuhnya.
Umi sapukan juga ubat yang dibeli di farmasi setelah dirujuk pada doktor sebab masih berlaku sedikit pendarahan pada pampers setelah seminggu pertama. Mungkin sebab tertekan semasa berdukung (hati-hati) atau pergerakan lasak baby sendiri yang gemar menggerak-gerakkan kaki ketika menangis.
Umi sapukan juga minyak habbatussauda
bila kulit telah luruh dan tumbuh kulit baru. (Luka sembuh).
Dipendekkan cerita, hampir dua minggu atau lebih sedikit baru tempat luka tu sembuh sepenuhnya. Tapi baby hanya menangis sakit pada hari pertama sahaja. Hari-hari berikutnya tiada tanda-tanda dia menanggung sakit walaupun luka belum sembuh dan kering.
Mungkin lebih mudah jika baby dikhatan lebih awal, dalam minggu yang pertama selepas kelahiran sebab waktu ni baby banyak tidur dan sangat kurang pergerakan apalagi meronta-ronta dengan kuat.
*Macam Ibrahim ni selepas 2 minggu pertama, dia makin besar sihat dan kuat. Apalagi dah minggu ke 3. Jadi faham-faham jelah lasak dia tu. Hihi!
Selain tu, apa yang boleh umi simpulkan disini adalah...
1. Memang lebih mudah jaga baby yang masih kecil tapi pastikan ibu cukup sihat dan kuat semangat apalagi semasa berpantang. Mental, fizikal, emosi perlu kuat, positif dan bersedia untuk terima sebarang ujian, dugaan atau kesan dari proses berkhatan juga sepanjang proses penyembuhan.
2. Baby sakit tak lama sebab kawasan luka yang sedikit dan deria rasa sakit yang masih belum berkembang dan berfungsi sepenuhnya.
3. Pastikan luka berkhatan sentiasa kering untuk penyembuhan segera dan selalu tukar pampers baby untuk mengelak sebarang jangkitan bakteria pada kawasan luka. Pakaikan pampers bersaiz besar untuk pengudaran yang baik. Tak lembap dan luka mudah kering.
4. Baby banyak tidur jadi pergerakan tak banyak. Pendarahan juga tak banyak dan luka mudah sembuh. Ada masa baby terkejut dan menangis, jadi ibu bapa perlu bertenang untuk menenangkan baby.
6. Jika takut pampers bocor sebab saiz pampers besar, boleh beli pelapik pakai buang untuk dialas bawah tempat tidur baby.
7. Kerap susukan baby untuk penyembuhan segera. Susu ibu kan susu yang terbaik, insya Allah. Ibu boleh teruskan pengambilan makanan yang mempercepatkan luka sembuh seperti buah limau, sayur-sayuran dan makanan sunnah lainnya. Pada sunnah itu terdapat keberkatan, jadi janganlah ditinggalkan.
Insya Allah.