20 Ramadhan 1438H, pagi itu umi bangun seawal jam 4:00 pagi. Rutinnya seperti biasa saja, siap mandi, solat, dan sediakan bekalan makanan utk Muhammad bawa ke Pasti.
Sempat mengadu pada abi, malam tadi perut terlalu kerap mengeras, tapi masih lagi boleh tidur. Mungkin penangan secawan raspberry leaf tea sebelum tidur, atas izin Allah. Hari-hari sebelumnya, dalam 2 minggu sebelumnya, perut memang dah kerap mengeras, cuma tidak seperti malam tadi. Lain benar rasanya.
Umi masakkan asi lemak utk Muhammad. Simpan juga sedikit utk dia makan tengahari nanti. Siap-siap masukkan dlm peti ais. Umi seakan dpt rasa itulah juadah terakhir yg umi dpt masakkan utk Muhammad sebelum umi bercuti panjang.
Selesai bersahur bersama abi, umi siapkan Muhammad pula. Kejutkan dia dari tidur, mandi dan lumurkan minyak satu badan dan siapkan dia segak-segak dengan baju sukan dia tu. Hehe! Pagi tu jg, umi sempat snap gambar dia sebelum ke sekolah.
Umi solat subuh lambat-lambat. Terlalu sukar rasanya nak bangun dari sujud utk berdiri tegak. Tapi masih tetap gagahi solat seperti biasa. Masih juga berdiri. Ya, abi pun perasan. (Ceritanya selepas umi selamat melahirkan Ibrahim Zuhdi). 😍😍😍
Usai solat, remind pada abi, mungkin hari ini kita akan ke hospital. Get ready, hp jangan silent. Hikhikhik! Rasa dah dekat sangat masanya. Abi kata ok, beres. Lalu, pergilah abi dengan Muhammad ke sekolah seawal jam 6 pagi. Tinggallah umi sensorang dengan baby dlm perut. ☺☺☺
Umi terus siap-siapkan barang utk ke hospital. Topup mana yang belum diisikan ke dlm beg. Sambil kemas-kemas bilik dan rumah sikit, kasi kilat-kilat lagi. Hihi! Basuh dan sidai baju juga.
Setel semua kerja hari pun dah cerah, umi rehat sekejap, baring-baring atas sofa merah di ruang tamu. Terlelap sekejap-sekejap dan terjaga. Layan mengantuk dan perut yang makin kerap mengeras. Makin lama makin konsisten rasa gesaan dan semakin kuat. Bila tak dpt tahan rasa sakit tu baru umi bangun. Tak leh tidur dah. 😅😅😅
Jam menunjukkan jam 9 pagi. Umi mula kira kekerapan rasa sensasi (kontraksi) yang datang dan pergi. Oh, rupanya sensasi dah 5 minit sekali. Rasa sakit makin kuat dan kuat.
Mesej abi suruh balik, jom lah kita ke hospital. Tapi abi kata tunggu sat, nak setel kerja lagi sikit. Relax sungguh abi. Haha!Umi pun amek gym ball. Gelek-gelek, squat dll. Masih boleh atasi rasa sensasi tu. Tarik nafas dalam-dalam, lepas. Sapu labor blend (essential oils) pada tumit, jari, perut dan belakang badan. Sambil tu hidu-hidu juga.
Curi-curi layan rasa sensasi sambil bersiap ke hospital. Siap berjubah. Lps tu duduk semula atas gym ball, bouncing. Merangkak. Layan sensasi datang dan pergi setiap 5 minit.
Dlm pukul 10 lebih, abi sampai rumah. Terus dia angkut beg-beg yang banyak mcm nk pindah rumah tu masuk dlm kereta. Umi sarung tudung dan niqob. Dah cek rumah semua clear, baru masuk dlm kereta dan terus ke hospital.
Masih belum ada show @ keluar tanda. Darah tak ada. Pecah air ketuban pun tak ada apalagi leaking. Dalam kereta minta abi ambilkan kurma kat belakang. Yes, dah buka puasa masa kat rumah lagi pagi tu. Makan kurma ja pun. Dan sambung kunyah-kunyah kurma lagi masa dlm kereta. Org xnampak, sbb tersorok dlm niqob. 😛 Sambil kunyah kurma dan hidu eo tu, sambil tutup mata bayang bukaan cpt. Hehe!
11 lebih kami tiba di hospital. Nurse tanya, nak buat check up? Dengan tenang jawab, eh tak, saya dah nk bersalin dah ni. Serah buku dan nurse sambung lagi, due 18 hb kan? (lagi 3 hari). Dah rasa sakit? Umi pun jawab, ya saya dah rasa sakit.
Ok, nurse suruh duduk dlu, tunggu sat. Lalu duduklah pesakit ni sebentar sambil layan sensasi di lobi hospital. Tak lama, mai pula nurse bahagian bersalin, tanya pesakit yang mana satu yg nak bersalin tadi? Umi pun angkat la tangan mcm budak sekolah. Ya saya kat sini. Saya kat sini. Hehe!
Umi tenang sangat kot sampai nurse pun tak perasan yg pesakit ni nak bersalin dah. Hihi!
Dibawa masuk ke labor room, buat ctg. Yes, memang dah setiap 5 min sekali. Bacaan menunjukkan sensasi (kontraksi) yang sgt kuat dan degupan jantung baby yang sgt baik. Setengah jam berbaring utk cek bacaan ctg. Bukaan baru 3cm pada jam 11 lebih mcm tu. Dah dpt keputusan, umi minta check in wad dlu. Kami pun masuk wad. Bawa semua beg dan gym ball.
Naik wad, sambung exercise. Salin baju hospital. Warna merun. Pakai siap seluar mamapride. Pun merun juga. Kebetulan pula sama warna. Hihi matchy matchy! Snap pic sekali dua. Pastu layan lagi rasa sensasi. Sat merangkak. Sat peluk bola. Makin tak tertanggung rasa. Huhuhu! Makin tak boleh nk hilang rasa sensasi tu, buat la apa pun dgn gym ball, tetap rasa dan makin kuat. Hilang rentak pernafasan. Masa ni kat mulut hanya mampu keluar Allah.. Allah.. Allah saja.
Nurse masuk, dan tanya "Dah sakit sgt ka? Tengok keadaan macam dah dekat ja tuh. Meh nak cek." Cek-cek dah 4cm, dlm 12:20 tghari gitu. P toilet sat, habis setel semua, dan terus ditolak masuk labor room. Nak jalan sendiri, tapi depa nak tolak juga. Redho jela. 😅😅😅
Xlama, Doktor Rohana pun masuk lb. Sangat ceria. Gelak-gelak, senyum dan santai saja. Doktor tanya, hmm mcm mana? Sihat? Ok? Lawak Doktor, layankan saja. Tengok-tgok dah 7cm. "Cepatnya.." " Baguihnya.." kata Doktor. Waktu ni jam dah menunjukkan pukul 12 lebih.
Sensansi dtg dan pergi lagi. Sat ja dah 9cm, lps tu 10 cm. Depa xsempat setup betui-betui peralatan dah rasa nk push. Baby nk keluar dah! Pintu rahim sgt lembut dan bukaan sgt cpt. Pulun punya pulun, tiga empat kali hu ha hu ha, tarik nafas lepas semua, sambil minum zam-zam guna straw, selang-seli nama Allah yang disebut-sebut, keluar juga nama "abiiiiiii...." dan "sakitttt".... Haha!
Sekilas nampak air mata abi yang cuba ditahan tapi berjujuran juga. ☺☺☺
Dalam setengah jam bertarung nyawa, dengan bantuan Dr Rohana dan dua orang lagi nurse berpengalaman, akhirnya keluarlah baby Mujahid, Ibrahim Zuhdi pada jam 1:24 tengahari (lewat sedikit dari abangnya Muhammad, yang dulu lahir pada jam 1:14 tengahari).
Ibrahim lahir secara normal juga spt abangnya, dengan berat 3.0 kg, (abangnya Muhammad 3.14kg) ☺ dgn first degree tear yg sangat sedikit. (Abangnya dulu kena gunting). 😭
Alhamdulillah wa syukrulillah.
Doakan umi dan baby sihat ya. Terima kasih banyak-banyak kpd semua yang mendoakan atas kelahiran yang cukup indah di bulan penuh berkah.
No comments:
Post a Comment