Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Monday, August 21, 2017

Kesedihan yang belum lagi reda.



Rasa sedih yang hinggap di hati ini masih belum mahu pergi.  Masih belum mahu hilang. Seperti tiada sudahnya. 

"Kenapa sedih tak habis-habis lagi ni? Sudahlah tu duhai hati!" pujukku sendiri hiba. 

"Ya Allah... aku sedih Ya Allah." Entah kenapa jauh di dalam hati ku ini terasa begitu sedih, pilu, dan sendu yang mendayu-dayu.

Melihat mereka saja, mereka yang Kau pilih untuk menjadi tetamuMu sudah betul- betul meruntun jiwa ini. 

Apalagi pabila Kau jemput kesemua ahli keluargaku tanpa diriku. Kau jemput mereka semua yang ku sayang ke rumahMu untuk menjadi tetamuMu dan tidak diriku.

Bukan diriku...

Kau tidak menjemputku. Bukan aku. Bukan aku yang kau pilih untuk menjadi tetamuMu, apalagi untuk pergi bersama-sama mereka semua. 

Terasa seperti dibuang. Terbuang. 

Allah Allah... Berdosakah aku merasa sedih pilu begini? 

Benarlah walau punya segala, wang yang banyak malah sebukit sekali pun, tetapi jika masih belum punya izin dariMu, tetap jua kakiku masih berdiri kaku disini. 

Melihat dan menatap hanya dari jauh. Jauh berpuluh ribu batu. Bilakan sampai, bilakan menjejakkan kaki. Bilakan menyarung ihram suci, berhijad untukMu.

Apa mungkin niat belum betul. Belum lurus. 

Ya Allah, aku menunggu panggilanMu. Dimana aku boleh berada dekat dengan Kaabah. Dekat dengan Mu di tanah suci.

Mengelilinginya, melambai-lambai dan mengucup rindu. Mengucap dan mengalunkan talbiyah berulang-ulang. 

Apakah mungkin taubatku tidak diterima. Ya Allah, ampunilah. Jemputlah aku jua ke rumahMu. Menghamparkan segala rasa dan rindu, membawa diri yang hina lagi dina penuh dosa. 

Ratapan hati,
Insan hina.

Sunday, July 30, 2017

Ibrahim Zuhdi berkhatan dalam hari.

Alhamdulillah wa syukrulillah. 

Hari ini usia adik baby dah cecah 46 hari. Nak p buat rawatan penutup berpantang dan berbekam, tapi slot penuh pula. 

Kena tangguh dululah jawabnya. Jadi kita teruskan misi berpantang la ek. Hehehehe!

Hari ni umi nak kongsi cerita sikit tentang pengalaman khatankan Ibrahim Zuhdi dalam tempoh berpantang yang lepas.  


45 hari selepas berpantang

.
.
.

Minggu ke 3, hari ke 24 dilahirkan. 

Ikutkan umi tak berani nak tengok, tapi hati seorang ibu tak sanggup biarkan anaknya sendiri. Masuk jugalah dalam bilik doktor, ambil tempat dibahagian kepala adik baby. Abi yang memegang tangan dan badan Ibrahim kemas. Muhammad duduk di kerusi berhampiran, juga di dalam bilik doktor. 

Mula-mula buka pampers, adik baby bagi air pancuran padu pada doktor, abi dan Muhammad. Hihihi! Doktor kata, itu biasa. Heheheh.

Waktu doktor bius dibeberapa tempat disekeliling penis, adik baby menangis dan meronta-ronta. Aksi menendang-nendang gitu. Ada sedikit darah. Abi masih memegang kemas. Umi tak toleh lansung, masih dibahagian atas kepala baby, dekatkan muka dengan muka baby.

"Ibrahim kuat, ibrahim kuat...", umi usap-usap lembut kepalanya, sambil beri kata-kata semangat, yang sebenarnya lebih diperlukan umi sendiri. Mengalir juga air mata umi. Nasib ada tisu yang doktor dah sediakan awal-awal lagi masa nak lap kencing adik baby tadi. Huhuhuhu. Kejap-kejap bagi susu dalam botol. Dia minum sungguh sampailah ubat bius tu berkesan.

Masa operasi laser, Ibrahim tak rasa apa dah. Ubat kebas dah berfungsi. Jadi dia senyap dan hampir-hampir tertidur. Mata kuyu nak tidur. Memang masa tidur dia sama, hihihi. 

Selesai semua, baru dia sambung menangis. Meraung kuat dan meronta. Dalam perjalanan pulang ke rumah, bagi susu pun tak mau dah, nangis kejap-kejap sampai terlena. Terjaga, nangis lagi sampai lena. Macam tu la dia beberapa jam selepas selesai dikhatankan. 

Malam pun ada masa sekejap-sekejap dia berjaga dia akan menangis. Pampers dipakaikan longgar tanpa seluar selepas dikhatan sehinggalah sembuh sepenuhnya. 

Umi sapukan juga ubat yang dibeli di farmasi setelah dirujuk pada doktor sebab masih berlaku sedikit pendarahan pada pampers setelah seminggu pertama.  Mungkin sebab tertekan semasa berdukung (hati-hati) atau pergerakan lasak baby sendiri yang gemar menggerak-gerakkan kaki ketika menangis.

Umi sapukan juga minyak habbatussauda 
bila kulit telah luruh dan tumbuh kulit baru. (Luka sembuh).

Dipendekkan cerita, hampir dua minggu atau lebih sedikit baru tempat luka tu sembuh sepenuhnya. Tapi baby hanya menangis sakit pada hari pertama sahaja. Hari-hari berikutnya tiada tanda-tanda dia menanggung sakit walaupun luka belum sembuh dan kering. 

Mungkin lebih mudah jika baby dikhatan lebih awal, dalam minggu yang pertama selepas kelahiran sebab waktu ni baby banyak tidur dan sangat kurang pergerakan apalagi meronta-ronta dengan kuat. 

*Macam Ibrahim ni selepas 2 minggu pertama, dia makin besar sihat dan kuat. Apalagi dah minggu ke 3. Jadi faham-faham jelah lasak dia tu. Hihi! 

Selain tu, apa yang boleh umi simpulkan disini adalah...

1. Memang lebih mudah jaga baby yang masih kecil tapi pastikan ibu cukup sihat dan kuat semangat apalagi semasa berpantang. Mental, fizikal, emosi perlu kuat, positif dan bersedia untuk terima sebarang ujian, dugaan atau kesan dari proses berkhatan juga sepanjang proses penyembuhan. 

2. Baby sakit tak lama sebab kawasan luka yang sedikit dan deria rasa sakit yang masih belum berkembang dan berfungsi sepenuhnya. 

3. Pastikan luka berkhatan sentiasa kering untuk penyembuhan segera dan selalu tukar pampers baby untuk mengelak sebarang jangkitan bakteria pada kawasan luka. Pakaikan pampers bersaiz besar untuk pengudaran yang baik. Tak lembap dan luka mudah kering.

4. Baby banyak tidur jadi pergerakan tak banyak. Pendarahan juga tak banyak dan luka mudah sembuh. Ada masa baby terkejut dan menangis, jadi ibu bapa perlu bertenang untuk menenangkan baby.

6. Jika takut pampers bocor sebab saiz pampers besar, boleh beli pelapik pakai buang untuk dialas bawah tempat tidur baby. 

7. Kerap susukan baby untuk penyembuhan segera. Susu ibu kan susu yang terbaik, insya Allah. Ibu boleh teruskan pengambilan makanan yang mempercepatkan luka sembuh seperti buah limau, sayur-sayuran dan makanan sunnah lainnya. Pada sunnah itu terdapat keberkatan, jadi janganlah ditinggalkan. 

Insya Allah.


Monday, July 17, 2017

Penjagaan Berpantang


Berpantang kali ini saya memilih untuk berpantang sendiri di rumah kami suami isteri.

Jadi, orang kuat yang menjadi tulang belakang sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua kami ni adalah encik suami sendiri. Lepas ni bolehlah buat tajuk novel "suami ku pembantu berpantangku." Hehe!


Sepanjang berpantang, inilah antara aktiviti yang saya lakukan.

1. Sarapan Ringkas:

Minum susu kambing yang dicampur madu dan saffron. Susu segar lebih baik, saya ambil susu tepung organik Salic Goat.

Makan buah kurma. 

Makan 1 biji Maajun Dhuha (saiz besar) atau 2 biji kapsul habbatussauda saadi atau 2 biji phytonatal Nona Roguy.

Gilir-gilirkan pengambilan tiap satunya. Jika makan maajun waktu pagi, malamnya baru makan phytonatal. Pengambilan phytonatal lebih berkesan dengan amalan meminum air rebusan Akar Herbanika NR.

*Pembuatan Maajun Dhuha pernah saya kongsikan di post sebelum ini. Ambil maajun bersama susu.


2. Berlulur:

Sebaiknya dilakukan pada waktu dhuha. Lulur dibuat daripada serbuk habbatussauda yang disangai dan dikisar halus. Bila nak guna, campurkan bersama air suam atau minyak zaitun (evoo) atau madu. Lulurkan satu badan.

Saya lakukan setiap kali sebelum mandian herba di dalam bilik air. Duduk atas kerusi, sebab aktiviti ni agak memakan masa. Lainlah kalau ada confinement helper, depa tolong lulurkan kita sambil kita sedap tidur.


3. Mandi Herba:

Kemudian diteruskan dengan mandian herba. Mandian yang disediakan mestilah panas suam untuk dibuat mandian seluruh badan.

Basuhan utk kepala perlulah air paip bersuhu bilik, bukan air mandian herba untuk mengelakkan panas dibahagian kepala (sakit kepala) yg akan menyebabkan kedutan di muka dan juga masalah keguguran rambut.

Setiap bunjut mandian herba boleh dipakai berulang-kali hinggalah warna dan wangiannya hilang.


Ramuan untuk bunjut mandian herba:

1. Daun Mengkudu



2. Serai
3. Daun Limau Purut
4. Daun Sireh
5. Daun Kunyit


6. Daun Meringan


7. Daun Chapa


8. Daun Belimbing Buluh


9.   Daun Inai
10. Daun Pandan
11. Daun Pisang Kelat
12. Daun Serai Wangi
13. Daun Hujan Lebat
14. Daun Lengkuas


15. Buah Pelaga
16. Bunga Lawang
17. Cengkih


Kesemua tujuh belas jenis ramuan tadi dibersih dan dikeringkan, kemudian dicampurkan bersama di dalam kain untuk dijadikan bunjut. 

Proses pengeringan lebih mudah dan cepat berlaku apabila daun-daun tadi digunting kecil-kecil dan dijemurkan di bawah sinaran matahari sebaiknya pada waktu dhuha. 


4. Cucian Vagina:

Air rebusan daun sireh boleh digunakan untuk cucian vagina.

Isi air rebusan sireh ke dalam bekas khas yang diletak siap di bilik air. Setiap kali ke tandas, air rebusan ini boleh digunakan untuk membasuh atau membilas bahagian intim. 

5. Menghangatkan Badan:

Mengering dan memanaskan badan selepas mandian herba dengan menggunakan hair dryer.

Fokus dilebihkan pada luka jahitan agar luka lebih cpt kering, tidak lembab dan segera sembuh. Juga untuk memanaskan tubuh badan seperti aktiviti bersauna.

Jaga jarak selesa antara hair dryer dengan bahagian luka. Kawal suhu bersesuaian dengan tuan empunya badan.


6. Ubat Jahitan (jika perlu)

Titikkan Minyak Herbanika NR di kawasan luka episiotomi utk penyembuhan luka yang baik dan segera.


Atau boleh juga gunakan minyak habbatussauda' yang dicampurkan bersama lavender yl essential oil. Lavender sangat baik utk penyembuhan luka dan lain-lain.


7. Param:

Memakai minyak herbanika NR atau minyak habbatussauda pada tapak kaki, sendi dan seluruh badan. Boleh disertakan dengan urut selesa dan memakai stokin.



Jika ingin menyapu minyak pada bahagian kepala dan rambut bolehlah gunakan Minyak Berubat Herba NR atau minyak habbatussauda.


8. Tapel:

Memakai tapel dibahaguan perut, belakang badan dan pinggang.

Ramuan untuk Tapel :

Phs (Pati Habbatussauda') + habbatussauda' oil + ginger yl essential oil.

Halia baik utk mengempiskan perut, membuang angin, darah kotor dll. Jika tiada ginger eo, boleh  guna halia tua yang ditumbuk kemudian dicampur bersama minyak habbatussauda.


9. Bengkung:

Amalan memakai bengkung penting utk tujuan menyokong tulang belakang dan mengempiskan perut @ kembali kpd asal disamping menjaga bentuk payudara.

Selepas selesai pemakaian tapel, bolehlah diteruskan dengan pemakaian bengkung.

Antara bengkung pilihan saya ialah Bengkung Express Mak Kuntum dan Bengkung Opah.

Pemakaian bengkung juga boleh dibuat setelah selesai sesi mengurut dan juga bertungku.



10. Pilis:

Pemakaian pilis dibahagian dahi untuk mengelak kemasukan angin.

Penting juga untuk mengikat rambut dengan tinggi, ketat, dan kemas untuk mengelakkan pening kepala dek kerana kemasukan angin tadi.

Ramuan utk pilis:

Campuran herba dari bijian habbatussauda', kulit kayu manis ceylon dan juga cengkih. Ketiga-tiga bahan ini haruslah dikisar halus kemudian diadun bersama.


Bila nak guna, campurkan ramuan bersama minyak zaitun (pevoo) dan juga essential oil pilihan hati (saya guna lavender, peppermint dan juga stress away yl essential oils).


Atau boleh juga dibancuh siap dan disimpan di dlm botol kaca kedap udara. Mudah dan cepat utk dipakai, hanya tinggal oleskan sahaja di dahi.

11. Bertungku:

Letakkan tungku herba dibahagian belakang pinggang utk 2 minggu pertama tanpa mengusik bahagian peranakan @ rahim.

Panaskan tungku besi @ batu sungai di atas dapur kemudian dibiarkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam sarung herba.


12. Tuam:

Bertuam satu badan untuk mengelakkan urat-urat badan menjadi tegang dan keras. Boleh jg menggunakan batu sungai yang kecil berbentuk bulat atau boleh juga gunakan hotbag. Bertuam ni selalu culas. Huhuhuhu.


15. Berurut

Menggunakan Minyak Meroyan atau minyak dari mak bidan yang datang mengurut, hehe. Minyak ini juga boleh dijadikan param.

Tujuh Ramuan Minyak Meroyan:

1. Beras Pulut Hitam
2. Bunga Lawang
3. Lada Hitam
4. Halba
5. Cengkih
6. Ketumbar
7. Kulit Kayu Manis Ceylon (KKMC)

Cara-caranya:

1. Menghasilkan minyak kelapa tanak:

Biarkan santan semalaman kemudian ambil lapisan atas minyak dan buang lapisan air yang dibawah.

Masak bahagian yg diambil tadi sehingga terhasil minyak kelapa yang jernih.

Aktiviti ini mengambil masa yang lama dan perlu dikacau selalu untuk mengelakkan ia hangus dan berkerak.

Biarkan minyak sejuk dan ketepikan.

2. Tumbuk kasar kesemua tujuh rempah ratus tadi.

3. Masukkan rempah yang ditumbuk kasar ke dlm minyak kelapa yang telah disejukkan tadi. Kemudian diperam selama 3 hari dan 3 malam.

*Pilihan: Boleh tambahkan essential oils pilihan hati kedalam minyak urut tadi. Contoh essential oil yang baik untuk baik pulih urat, saraf dan sendi adalah wintergreen, lemongrass dan cedarwood eo dari young living essential oils. Boleh juga tambahkan minyak habbatussauda atau pati habbatussauda dari Phs Tiaf. 


16. Sauna dan Tangas Kering

Bersauna sangat baik untuk membuang toksin di dalam badan melalui pengeluaran peluh. Badan akan terasa ringin dan lebih bertenaga selepas aktiviti bersauna. 

Selalunya aktiviti bersauna ada disediakan di dalam pakej penjagaan berpantang bersama mak bidan @ confinement helper. Begitu juga dengan tangas kering. Boleh pilih pakej mana yang sesuai dengan kita, insyaAllah. 


17. Mandi Bunga

Amalan mandi bunga biasa dilakukan sebagai penutup berpantang. Ianya bagi menghilangkan bau herba @ rempah pada badan ibu berpantang. Ianya bukanlah suatu kewajipan tetapi tidaklah menjadi satu kesalahan untuk melakukannya. 

Nak mandi bunga? Nanti tunggu habis berpantang ye. Ok sila bersabar. Hihi!

Baiklah, ini diantara set berpantang yang telah saya hasilkan di rumah bersama suami:

1. Lulur
2. Bunjut Mandian Herba
3. Tapel
4. Minyak Urut Minyak Meroyan
5. Pilis
6. Maajun Dhuha
7. Minyak Luka Episiotomi @ Minyak Bayi        


Antara set berpantang yang ditambah adalah set dari Nona Roguy:

1. Phytonatal
2. Minuman Air Akar Herbanika
3. Minyak Herbanika
4. Phyto Cleanse Plus
5. Minyak Berubat Herba



Itu saja untuk kali ini, sebelum tutup cerita, pada sesiapa yang berminat untuk mencuba young living essential oils boleh pm tepi ya!  😘😘😘

Salam Cinta! 

Sunday, July 16, 2017

Lahirnya Mujahidil Islam, Ibrahim Zuhdi.


20 Ramadhan 1438H, pagi itu umi bangun seawal jam 4:00 pagi. Rutinnya seperti biasa saja, siap mandi, solat, dan sediakan bekalan makanan utk Muhammad bawa ke Pasti.


Sempat mengadu pada abi, malam tadi perut terlalu kerap mengeras, tapi masih lagi boleh tidur. Mungkin penangan secawan raspberry leaf tea sebelum tidur, atas izin Allah. Hari-hari sebelumnya, dalam 2 minggu sebelumnya, perut memang dah kerap mengeras, cuma tidak seperti malam tadi. Lain benar rasanya. 

Umi masakkan asi lemak utk Muhammad. Simpan juga sedikit utk dia makan tengahari nanti. Siap-siap masukkan dlm peti ais. Umi seakan dpt rasa itulah juadah terakhir yg umi dpt masakkan utk Muhammad sebelum umi bercuti panjang.

Selesai bersahur bersama abi, umi siapkan Muhammad pula. Kejutkan dia dari tidur, mandi dan lumurkan minyak satu badan dan siapkan dia segak-segak dengan baju sukan dia tu. Hehe! Pagi tu jg, umi sempat snap gambar dia sebelum ke sekolah. 


Umi solat subuh lambat-lambat. Terlalu sukar rasanya nak bangun dari sujud utk berdiri tegak. Tapi masih tetap gagahi solat seperti biasa. Masih juga berdiri. Ya, abi pun perasan. (Ceritanya selepas umi selamat melahirkan Ibrahim Zuhdi). 😍😍😍

Usai solat, remind pada abi, mungkin hari ini kita akan ke hospital. Get ready, hp jangan silent. Hikhikhik! Rasa dah dekat sangat masanya. Abi kata ok, beres. Lalu, pergilah abi dengan Muhammad ke sekolah seawal jam 6 pagi. Tinggallah umi sensorang dengan baby dlm perut. ☺☺☺

Umi terus siap-siapkan barang utk ke hospital. Topup mana yang belum diisikan ke dlm beg. Sambil kemas-kemas bilik dan rumah sikit, kasi kilat-kilat lagi. Hihi! Basuh dan sidai baju juga. 

Setel semua kerja hari pun dah cerah, umi rehat sekejap, baring-baring atas sofa merah di ruang tamu. Terlelap sekejap-sekejap dan terjaga. Layan mengantuk dan perut yang makin kerap mengeras. Makin lama makin konsisten rasa gesaan dan semakin kuat. Bila tak dpt tahan rasa sakit tu baru umi bangun. Tak leh tidur dah. 😅😅😅

Jam menunjukkan jam 9 pagi. Umi mula kira kekerapan rasa sensasi (kontraksi) yang datang dan pergi. Oh, rupanya sensasi dah 5 minit sekali. Rasa sakit makin kuat dan kuat. 


Mesej abi suruh balik, jom lah kita ke hospital. Tapi abi kata tunggu sat, nak setel kerja lagi sikit. Relax sungguh abi. Haha!Umi pun amek gym ball. Gelek-gelek, squat dll. Masih boleh atasi rasa sensasi tu. Tarik nafas dalam-dalam, lepas. Sapu labor blend (essential oils) pada tumit, jari, perut dan belakang badan. Sambil tu hidu-hidu juga. 

Curi-curi layan rasa sensasi sambil bersiap ke hospital. Siap berjubah. Lps tu duduk semula atas gym ball, bouncing. Merangkak. Layan sensasi datang dan pergi setiap 5 minit. 

Dlm pukul 10 lebih, abi sampai rumah. Terus dia angkut beg-beg yang banyak mcm nk pindah rumah tu masuk dlm kereta. Umi sarung tudung dan niqob. Dah cek rumah semua clear, baru masuk dlm kereta dan terus ke hospital. 

Masih belum ada show @ keluar tanda. Darah tak ada. Pecah air ketuban pun tak ada apalagi leaking. Dalam kereta minta abi ambilkan kurma kat belakang. Yes, dah buka puasa masa kat rumah lagi pagi tu. Makan kurma ja pun. Dan sambung kunyah-kunyah  kurma lagi masa dlm kereta. Org xnampak, sbb tersorok dlm niqob. 😛 Sambil kunyah kurma dan hidu eo tu, sambil tutup mata bayang bukaan cpt. Hehe!

11 lebih kami tiba di hospital. Nurse tanya, nak buat check up? Dengan tenang jawab, eh tak, saya dah nk bersalin dah ni. Serah buku dan nurse sambung lagi, due 18 hb kan? (lagi 3 hari). Dah rasa sakit? Umi pun jawab, ya saya dah rasa sakit. 

Ok, nurse suruh duduk dlu, tunggu sat. Lalu duduklah pesakit ni sebentar sambil layan sensasi di lobi hospital. Tak lama, mai pula nurse bahagian bersalin, tanya pesakit yang mana satu yg nak bersalin tadi? Umi pun angkat la tangan mcm budak sekolah. Ya saya kat sini. Saya kat sini. Hehe!

Umi tenang sangat kot sampai nurse pun tak perasan yg pesakit ni nak bersalin dah. Hihi!

Dibawa masuk ke labor room, buat ctg. Yes, memang dah setiap 5 min sekali. Bacaan menunjukkan sensasi (kontraksi) yang sgt kuat dan degupan jantung baby yang sgt baik. Setengah jam berbaring utk cek bacaan ctg. Bukaan baru 3cm pada jam 11 lebih mcm tu. Dah dpt keputusan, umi minta check in wad dlu. Kami pun masuk wad. Bawa semua beg dan gym ball. 


Naik wad, sambung exercise. Salin baju hospital. Warna merun. Pakai siap seluar mamapride. Pun merun juga. Kebetulan pula sama warna. Hihi matchy matchy! Snap pic sekali dua. Pastu layan lagi rasa sensasi. Sat merangkak. Sat peluk bola. Makin tak tertanggung rasa. Huhuhu! Makin tak boleh nk hilang rasa sensasi tu, buat la apa pun dgn gym ball, tetap rasa dan makin kuat. Hilang rentak pernafasan. Masa ni kat mulut hanya mampu keluar Allah.. Allah.. Allah saja.


Nurse masuk, dan tanya "Dah sakit sgt ka? Tengok keadaan macam dah dekat ja tuh. Meh nak cek." Cek-cek dah 4cm, dlm 12:20 tghari gitu. P toilet sat, habis setel semua, dan terus ditolak masuk labor room. Nak jalan sendiri, tapi depa nak tolak juga. Redho jela.  😅😅😅


Xlama, Doktor Rohana pun masuk lb. Sangat ceria. Gelak-gelak, senyum dan santai saja. Doktor tanya, hmm mcm mana? Sihat? Ok? Lawak Doktor, layankan saja. Tengok-tgok dah 7cm. "Cepatnya.." " Baguihnya.." kata Doktor. Waktu ni jam dah menunjukkan pukul 12 lebih. 

Sensansi dtg dan pergi lagi. Sat ja dah 9cm, lps tu 10 cm. Depa xsempat setup betui-betui peralatan dah rasa nk push. Baby nk keluar dah!  Pintu rahim sgt lembut dan bukaan sgt cpt. Pulun punya pulun, tiga empat kali hu ha hu ha, tarik nafas lepas semua, sambil minum zam-zam guna straw, selang-seli nama Allah yang disebut-sebut, keluar juga nama "abiiiiiii...." dan "sakitttt".... Haha!

Sekilas nampak air mata abi yang cuba ditahan tapi berjujuran juga. ☺☺☺

Dalam setengah jam bertarung nyawa, dengan bantuan Dr Rohana dan dua orang lagi nurse berpengalaman, akhirnya keluarlah baby Mujahid, Ibrahim Zuhdi pada jam 1:24 tengahari (lewat sedikit dari abangnya Muhammad, yang dulu lahir pada jam 1:14 tengahari). 

Ibrahim lahir secara normal juga spt abangnya, dengan berat 3.0 kg, (abangnya Muhammad 3.14kg) ☺ dgn first degree tear yg sangat sedikit. (Abangnya dulu kena gunting). 😭

Alhamdulillah wa syukrulillah. 


Doakan umi dan baby sihat ya. Terima kasih banyak-banyak kpd semua yang mendoakan atas kelahiran yang cukup indah di bulan penuh berkah.


Ok umi nak on mode berehat yang panjang. Berpantang yang indah! 😙




Wednesday, May 17, 2017

Maajun Dhuha


Assalammualaikum semua.

Sebab ramai yang bertanya, pm, whatsapp dan sebagainya, jadi saya kongsikan keistimewaan tentang Maajun Dhuha disini. 


Moga menjadi asbab saya utk mudah bersalin kelak, insyaAllah. Doakan saya ya!

Saya belajar buat Maajun Dhuha ni dari adinda Fadillah Nur dan Ustaz Wan Asrul semasa di Kelas 6P. 


Apa dia kelas 6P ni? 

Ianya tentang Perawatan, Pencegahan, Perapian, Pengurutan, Penjagaan, dan Pemakanan bermula dari alam rahim, berpantang dan selepas berpantang. 

Bukan melalui google dll, tapi saya tuntut ilmu ini siap sedia dgn panduan, disediakan buku utk rujukan, amali (DIY Maajun Dhuha dll, juga bawa pulang hasil DIY) beserta dgn sijil utk setiap para peserta yang hadir.

Ok, Maajun Dhuha ni baik utk diamalkan oleh semua peringkat umur, dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, lelaki ataupun wanita.

Khasiat utk wanita adalah utk menggalakkan pengeluaran angin, lendir, dan sisa darah beku dengan lancar. 

Boleh diamalkan sejurus selepas bersalin kerana ia bukan berfungsi utk mengetat. Juga baik utk pengeluaran susu ibu, insyaAllah. Boleh diamal dan diteruskan pengambilannya slps berpantang utk kesihatan dalaman wanita.

Cara pengambilan bg wanita semasa berpantang: 3 biji pagi dan 3 biji malam.

Selepas berpantang, amalan mengikut keperluan badan.

Untuk lelaki pula baik utk mereka yang sakit-sakit pinggang dan lemah badan.   

Cara pengambilan: Pagi dan malam mengikut kesesuaian badan. 

Kebaikan utk kanak-kanak pula, utk menaikkan daya tahan @ imuniti badan. Untuk mereka yang mudah jatuh sakit spt demam, selsema dan batuk bolehlah berikhtiar dengannya. 

Cara pengambilan bagi kanak-kanak: Seminggu sekali sahaja.


Rempah-ratus Maajun Dhuha:

Kulit Kayu Manis Ceylon
Bijian Habbatussauda
Halia
Halia Bentong
Halba
Madu Sidr
Pevoo

Kesemua bahan dihancurkan @ dikisar halus kemudian dicampur dan digaul mesra bersama pevoo dan madu. Sukatannya mengikut kesesuaian masing-masing. Jangan lupa doa dan selawat banyak-banyak.

Bijian habbatussauda perlu disangai terlebih dahulu sebelum dikisar halus. 

Halia dan halia bentong perlu dikeringkan dibawah matahari pada waktu dhuha, selama 3 hari selama 2-3 jam. Kemudian baru dikisar.

Tips untuk membuat Maajun Dhuha: Perlu dibuat pada waktu dhuha dan didahulukan dengan solat sunat dhuha sebelum memulakan prosesnya. Berdoa dan bertawakal pada Allah. Kita hanya berikhtiar dan berusaha, Dialah sebaik-baik penyembuhannya. InsyaAllah. 


Buat masa ini, saya tak buka tempahan atau membuat sebarang penjualan Maajun Dhuha. 


Hanya buat utk diri sendiri, memandangkan ketidakupayaan diri yang sarat dan menunggu masa utk melahirkan buah cinta tdk lama lagi. 

InsyaAllah, mungkin boleh diikhtiarkan dilain masa. Selamat mencuba dan mengamalkannya! 

Salam Sayang,
Ummu Muhammad. 









Monday, April 17, 2017

Kelengkapan Bayi


Bismillahirrahmanirrahim.

Tak sabar rasanya menunggu kelahiran Mujahid kecil dalam perut ummi ni. Aktif sungguh dia!

Ya, insyaAllah bayi lelaki lagi. Umi dikelilingi pejuang-pejuang agama yang soleh insyaAllah.

Spt biasa, umi tak boleh duduk diam, dirumah ada sahaja buat itu dan ini. Termasuklah bila dah mula menulis blog, jadi tak boleh nak berhenti. Hihi!


Ok, kita ke tajuk utama, apakah barang yg diperlukan oleh bayi yang baru dilahirkan? 

Jom kita semak!

1. Pakaian Bayi

Secara jujurnya, kami tak beli sangat pun pakaian baby sebab niat nak recycle sahaja baju abang Muhammad.

Ada la dalam 3 helai saja yang dibeli selepas salah dan lepas geram beli 2 helai gaun baby girl. Hehehe.

Nanti baby dah besar sikit atau lepas pantang, baru kami carikan baju baru untuk adik baby. InsyaAllah. 

Bagi yang nak beli bolehlah sediakan baju siang dan malam spt di bawah.

Waktu Siang :

Baju lengan pendek & seluar pendek
Baju & seluar lubang-lubang 
Baju tanpa lengan / singlet
Romper pendek (butang atau zip)

Waktu Malam :

Lengan panjang & seluar panjang
Romper / jumpsuit (tutup semua kaki dan tangan bayi)

Tapi janganlah risau sangat pasal baju baby, sebab nanti kan kita akan bedung kan baby, jadi kat dalam tu pakailah apa pun asal baby selesa dan tidak terlalu panas / tebal pakaiannya. Sekali sekala tak salah bagi baby bebas dan bernafas sikit. Hihi.


Saya packing macam ni untuk dibawa ke hospital. Bawa juga extra, manalah tahu apa-apa jadi nanti kan, senang. Pack dan label, senang untuk suami atau nurse nak tolong carikan nanti. 

Dalam pek untuk sehari tu ( Cth: Day 1), saya masukkan pakaian baby, barut, bedung, sarung tangan dan kaki. Nak masukkan pampers sekali pun boleh, tapi saya asingkan. Beg plastik ni saya beli dengan Ikea personal shopper. 


Susun comel-comel dan teratur dalam beg baby ye. Beg tu pun recycle juga, pinjam beg abang Muhammad. 😊

2. Barut Dan Baby Nest

Untuk barut baby saya beli online sahaja di instagram Your Baby Nest. Yang ni wajib beli untuk elak baby kembung / masuk angin.

Baby nest pun beli disini juga supaya tidur baby lebih lena dan selesa. Abang Muhammad pun ada juga dulu, cuma tak berapa nak praktikal. Jadi saya beli yang baru. Harganya pun amat-amat berpatutan. 



3. Bedung / Selimut Baby

Pun beli online juga tapi maaf sebab saya tak ingat dah nama Fb seller nya. Bedung ni lebih besar dan boleh juga dijadikan selimut baby, alas tilam, nursing cover, dll.


4. Pampers

Saya beli pampers Petpet utk Newborn 1 pek dan pampers saiz S 1 pek. Sediakan siap-siap, kot baby tak sesuai NB, boleh pakaikan S.

Dlm pantang saya rasa mudah lagi pakaikan pampers pakai buang, sebab kita tak cukup kuat lagi nak membasuh kain lampin @ cloth diapers. Kesian kat suami sama, banyak yang perlu diuruskan nanti.


5. Set Penjagaan Diri

Saya dan suami pilih jenama Sebamed untuk sabun mandi dan syampu. Sama saja macam yang abang Muhammad pakai dulu. 

Sebamed ni bagus sebab bebas 100 peratus sabun dengan PH 5.5. Ada lagi produk lain macam lotion, baby cream dan lain-lain tapi kami tak beli pun. Kami beli di Apple Baby House Alor Setar.


6. Pencuci Baju, Pencuci Botol, Mainan dll

Yang ini saya pilih jenama Sleek sebab harganya yang lebih berpatutan dan bahan-bahannya dari ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran. Tiada bahan kimia yang berbahaya untuk kulit bayi yang masih lagi baru apalagi yang sensitif. Juga beli di Apple Baby House.


7. Tuala

Tak beli, recycle saja tuala Abang Muhammad masa baby dulu. Kih kih kih, tips jimat. Lagi pula masih elok lagi. 

8. Sarung Tangan Dan Kaki

Recycle juga. Saya juga bercadang tak nak pakaikan sangat pada baby nanti, biar dia lebih bebas sekali sekala. Hehehe. Tapi kena rajin dan selalu pastikan kuku baby sentiasa pendek ya. 

9. Topi Baby

Recycle lagi. Tak banyak, ada la dlm 2 helai kot. Hehehe. 

10. Baby Oils

Kalau beli set berpantang Tropical Herbs, xpayah beli lagi minyak baby. Dah siap ada dlm setnya. Best kan? Boleh beli dgn Kak Long Eja Confinement Helper.



Saya juga ada sediakan minyak habbatussauda' untuk urutan di perut dan seluruh badan baby. Alhamdulillah, sejak dulu lagi memang amalkan pada anak sulong, Muhammad. Kami beli Saadi Habbatussauda'. Nak cuba? Boleh pm tepi.


Atau mungkin saya akan buat sendiri minyak baby, insyaAllah dilain masa saya kongsikan. 


Atau boleh juga beli homemade baby balm ni. Bahan-bahan yg digunakan semuanya semulajadi. Saya belikan utk anak sulong sebenarnya, tapi baby pun boleh pakai. 

11. Essensial Oils Dan Diffuser

Yang ni sebenarnya dah lama sangat saya mengidam nak amalkan untuk anak dan suami terutamanya ketika mereka sakit. Alhamdulillah syukur, tahun 2017 ni dapat jadi ahli dan beli sedikit Eo juga diffuser dari Young Living. Saya beli dengan kawan saya di Fb, Kak Widyana Ali.


Sebelum ni saya beli Eo Sutra, pun dengan kawan baik saya di Fb, Hidayah Idris @ Hida. Best juga! Sutra lebih murah sebab buatan Malaysia.


Saya jadi nekad betul nak beli eo dan diffuser ni sebagai persediaan untuk adik baby bila ada orang dewasa yang sakit di rumah ni nanti. Sebagai langkah berjaga-jaga orang kata.

Kesian kan kalau baby pun turut sama berjangkit dari kita yang dewasa ni. Jadi ini hanya persediaan kecil dan usaha kami sekeluarga untuk adik baby, juga kami semua. Selebihnya kami serahkan pada Allah. 

12. Tisu Basah 



Kalau dulu, masa kurangnya ilmu saya guna untuk lap punggong baby selepas buang air kecil dan besar. Tak salah pun nak guna, sebab baby tak solat lagi. Cuma dari aspek kebersihannya.

Gunakan air lebih sempurna dan bersih. Jadi saya guna tisu basah ni untuk lap-lap muntah baby pada tilam atau baju, bersihkan tangan kita, dll. Beli kat baby fair murah. Letak dlm beg ibu, mudah bawa ke mana sahaja.

13. Botol Spray Air dan Kapas Lembut



Ini untuk cuci punggong baby bila tak larat ke sink atau bilik air. Spray dan lap sahaja guna kapas lembut hingga yakin bersih. Spray ni saya beli di Longwan Rm 1.50 saja. Kedai plastik pun banyak dan murah.


Saya beli kapas ni di farmasi kemudian saya bulat-bulatkan sesuka hati dan dimasukkan ke dalam bekas kaca ni. Saja seronok-seronok. Nak beli yang siap bulat-bulat tu mahai sikit. Hehehe, jadi kita buat sendiri la sambil tengok tv gitu. Suka-suka hati.


14. Tuam Baby

Recycle yang abang Muhammad punya. Hadiah dari seorang sahabat. Bole guna tiap kali selepas mandikan baby. 

15. Thermometer 

Kongsi dengan abang Muhammad juga. Untuk pantau suhu ketika demam dll. 

16. Nasal Aspirator

Berguna masa baby kena selsema @ hidung tersumbat untuk sedut hingus. 

17. Sapu Tangan 


Lap lebihan susu pada mulut baby, muntah susu, waktu selsema dll. Kami recycle aje. 

18. Changing Mat

Lapikkan masa nak tukar lampin / pampers baby. Boleh juga guna untuk lapik tilam baby @ tempat permainan baby. 

Beli yang saiz besar lebih mudah. Dah guna, bila nk simpan, gulungkan. Jangan dilipat, nanti rosak dan senang koyak. 


19. Besen Mandi 

Mudah untuk mandikan baby. Pinjam abang Muhammad punya juga. Hihi. 

20. Putik Kapas

Berguna masa sapu ubat untuk tanggalkan tali pusat, bersihkan telinga baby dll. Belilah putik kapas yang kecil (khas utk baby), bukan yang orang dewasa punya. Beli di kedai baby. 

21. Pengepit Kuku / Gunting 


Kuku baby cepat panjang, tanda baby tu sihat. Selalu pantau dan potongkan untuk elak muka dan badan baby dari terluka kerana kukunya sendiri. Kuku kita kan memang tajam jadi senang sangat terluka bila menggaru. Saya lebih selesa guna gunting kuku utk baby. 

22. Sikat / Grooming Set


Menggalakkan pertumbuhan rambut baby. Merapi dan melebatkan rambut. 

Sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa dara sedikit sewaktu menyikat rambut untuk rambut yang lebih sihat. 

Saya tak beli lg pun, rasa mcm nak beli tapi tak beli-beli lagi. Macam la. Dulu rambut Muhammad tak pernah sikat guna sikat, agaknya sebab tu rambut dia jarang dan tak lebat. Haha!

23. Bakul Baju Kotor & Tong Sampah

Saya beli bakul plastik lembut ni di Daiso Aman Central. Rm5.90 sahaja. Kecil molek je saiznya. Saja beli yang kecil, tak suka besar-besar & makan banyak ruang. Lagipun baju baby kan kecil-kecil dan comel. 


24. Botol Susu & Puting Saiz S

Berguna sangat masa ibu dalam pantang, terutamanya waktu ibu sedang berurut. Kalau baby lapar, boleh susukan terus dari botol. Buat sikit stok susu ibu dan simpan. Guna bila perlu. Waktu ibu sibuk terutamanya. Hehehe. Selebihnya lebih baik direct feeding shj. 



Nak beli botol susu, beli ikut kemampuan dan kesesuaian. Perlu diingat, botol susu perlu ditukar setiap 6 bulan. Tak nak tukar, beli yang kaca atau yang stainless steel. Mahal sedikit, tapi tak perlu tukar2 dah. Hanya perlu tukar puting sahaja. Melainkan kalau botol kaca tu pecah. Hihihi. 

Tips botol susu ni saya dpt dari group whatsapp pregnancy moms counting yg ditubuhkan oleh Kak Long Eja @ confinement helper. Group ni memang banyak sgt membantu kami ibu-ibu yang menghitung hari utk melahirkan bayi. 

25. Berus Pembersih Botol

Sental botol baby bagi bersih berkilat. Maklumlah susu ibu kan lemaknya lain macam. Jangan lupa rendam sekejap dengan baking soda atau pencuci botol bebas bahan kimia berbahaya. Gitu! Campurkan dengan air panas. 

26. Baby Cradle / Bassinet / Baby Cot / Co-Sleeper


Baby cradle 2 in 1 dari Sweet Cherry ni saya beli masa anak sulong dulu lagi. Abang Muhammad pakai sat ja masa kenduri akikah, hari ke 7 dalam pantang. 

Bercadang nak pakai betui2 untuk anak yang kedua ni. Sayang beli tapi tak guna kan. 


Rodanya boleh laras utk tukar dari baby cradle ke bassinet. Siap dengan kelambu supaya tak digigit nyamuk jahat. Hihi. Kelambunya boleh dibuka kalau tak nak guna. 

Saya beli baby cradle ni di Jusco @ Aeon Big Equine Park, Seri Kembangan. 

Antara pilihan lain:


Co-Sleeper


Baby Cot

27. Bakul Baby / Troli 


Raskog trolley ni saya beli di Ikea. Dulu masa abang Muhammad, pakai bakul ja. Tapi untuk adik ni saja suka-suka beli troli ni. Boleh sumbat macam2, dengan barang2 uminya sekali. Hihihi. 


Isi la segala keperluan baby macam pampers, set penjagaan diri, set ibu berpantang, dll. Letak dekat dengan ibu dan baby, biar mudah segala aktiviti lebih2 lagi waktu berpantang. 

28. Car Seat & Stroller

Car seat ni nak beli bila baby dah besar sikit pun ok. Tapi kalau nak beli awal pun tak salah. Muhammad dulu lepas pantang dah letak dlm car seat. Beli pun lawak-lawak, akhirnya beli yang lain juga bila dia dah besar. Hihi. 


Sama juga dengan stroller, mula2 beli stroller tu besar. Susah dibawa ke sana sini. Kali kedua beli yang kecil sikit, lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana terutamanya bila berjalan jauh. 


La ni mcm2 jenis ada, cuma kena pandai pilih. 

29. Nappy Rash Cream / Oil

Saya gunakan minyak habbatussauda' sahaja. Sejak anak sulong lagi, memang rasi dan sangat bagus. Tak pernah kena ruam lampin. 

Picit dan sapukan sahaja minyak selepas bersihkan pampers anak. InsyaAllah terhindar dari ruam lampin. Selain minyak habbatussauda', boleh juga guna Minyak Zaitun (Pevoo @ Evoo) atau Minyak Kelapa Dara (Virgin coconut oil @ Vco). 

Nak minyak habbatussauda mcm yg saya guna pm ya! Heheh promote sikit. 

30. Minyak Kasturi Kijang

Semasa di Kelas 6P, Ustaz Wan Asrul ada menceritakan tentang gangguan Ummu Sibyan (Jin perempuan yang suka mengacau bayi). Jin ini suka mendengar bayi menangis. Jin ini akan menjerit sekuatnya pada bayi dan membuatkan bayi menangis. 

Salah satu cara mengubati dan mengelak gangguan Ummu Sibyan ini adalah dgn menutup pintu dan tingkap rumah sblum menjelang senja. 

Minyak Kasturi Kijang boleh digunakan utk menghalau jin ini. Caranya, sapukan sedikit minyak ini pada tisu kemudian disapukan pada belakang telinga bayi, kemudian kening bayi sambil selawat. Selawat, mohon perlindungan Allah dan meniup dari kaki hingga ke kepala bayi. 

Jika bayi memandang ke atas, alihkan pandangannya, rapatkan bayi ke dada bapa (bagi dgr degupan jantung bapa - bunyi "lup dup lup dup" pada jantung sebenarnya berbunyi "Allah , Allah"). Bunyi ini amat menenagkan bayi. 

Jadi, tak salah jika kita sediakan sebotol minyak kasturi kijang ini. Carilah yang asli sebab sekarang ni banyak yang campur dgn bhn2 lain spt pewarna dan penyedap.

Boleh beli dgn teman baik saya Nur Izzati Zulkiflee (nama Fb nya). Boleh pos insyaAllah. 


4 ml hanya Rm 35 sahaja

Itu sahaja untuk kali ini. Penat dah menaip ni. Selamat beramal. 😘😘😘

Assalammualaikum.