Ini gambar lama yang bertarikh 11 Disember 2011. Gambar di hari pertunangan rakan sekerja ku, Nur suhada. Sehari selepas pertunangan ku dgn encik suami. Sebelah-sebelah je tarikhnya. Hihihi. ^_^
Teringat zaman bujang dan waktu bekerja dulu. Waktu itu, kalau nak pergi kerja terpaksa berulang-alik dari Seri Kembangan ke Putrajaya, kemudiannya naik ERL hingga ke Kl Sentral, naik pula Putra LRT hingga ke KLCC, dan sambung berjalan kaki lagi hingga la ke Wisma UOA di Jalan Pinang KL.
MasyaAllah jauh sungguh kan. Bersesak-sesak di dalam train itu biasa. Berjalan laju itu biasa. Tak hingat punya laju, memang laju. ^_^ Sebab kalau tak laju, pasti akan ketinggalan. Tertinggal train. Terlambat ke pejabat. Semuanya jadi huru-hara. Jadi jangan pernah lambat, walau seminit. Sekali sekala tak apa. Hahaha!
Berdiri sepanjang perjalanan ke pejabat atau saat pulang ke rumah itu biasa. Berlari juga pernah. Selalunya bila terlambat. Berbaju kurung, berjubah atau bertudung labuh tak pernah menjadi halangan. Malah menjadi satu kelebihan.
Tak ada siapa yang berani kacau atau berhimpit-himpit disebelah. Pandangan mata ajnabi yang merimaskan? Lansung tak ada. Semua tunduk, menjaga pandangan. Mereka jadi malu bila kita tahu malu. Bukankah itu bonus?
Masing-masing pasti punya cerita dan pengalaman yang berbeza-beza. Yang naik kereta pun penat kerna perlu menghadap jalan raya yang sesak, berhadapan dgn pelbagai sikap pemandu, dan lain-lain. Semuanya demi mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal.
Kini semua hanya tinggal kenangan. Belajar tinggi-tinggi pun duduk di rumah juga akhirnya. Belajar kimia, duduk berjam-jam di lab semasa di U pun akhirnya buat eksperiment di dapur sahaja. Hahaha!
Apa? Tak rugi ke? Tengok anak membesar depan mata tak pernah rugi kan? Heee. Ok la kan, suri rumah berijazah. Hihihihi. ^_^ v
Tapi tetap seronok! Jaga anak sendiri dan urus rumah tangga sepenuh masa. Rasanya kalau diberikan peluang, semua para isteri pun nak jadi suri rumah sepenuh masa atau pun bekerja dari rumah kan?
Tapi kalau semua wanita dirumah siapa pula nak berkhidmat di luar rumah sana kan? Susah juga tu. Tiadalah doktor wanita, tiadalah guru-guru wanita, dan sebagainya. Masing-masing ada peranan penting sendiri.
Alhamdulillahn rezeki Allah kan datang dalam pelbagai bentuk. Bekerja atau tidak ada hikmahnya. Rezeki masing-masing, cerita dan jalan hidup yang berwarna-warni.
Bekerja, punyai ramai kawan, punyai wang sendiri, punyai ruang sendiri di tempat kerja, dan sedikit masa untuk berenggang dengan anak-anak sebentar bukankah juga suatu nikmat? Dan nikmat berkhidmat untuk suami serta anak-anak juga rezeki kan? Sentiasa bersama anak tanpa ada ruang peribadi juga satu nikmat. Suatu masa yang pasti dirindui. Ya pasti!
Semuanya terpulang bagaimana kita mentafsirkan bentuk-bentuk nikmat yang Allah pinjamkan. Adakah kita bersyukur dengan setiap nikmat? Bagaimana kita menghargainya?
Hidup ini pendek. Jadi, hargailah setiap detik hidup ini selagi mana ia masih milik kita. Milik sementara yang dipinjamkan. Kerana semua pastinya milik Dia. Tiada yang milik kita. Bahagia memiliki hari ini, syukur jika esok masih ada.
Alhamdulillah syukur.