Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Thursday, February 4, 2016

Tempat menarik di Kedah


Sejak berkahwin dgn orang Kedah dan bermastautin di Alor Setar ni, boleh la kalau nak cerita sikit-sikit tentang Negeri Kedah ni. Mai ceq nak crita. Hihihi.

Kalau dah mai Alor Setar ni, wajiblah singgah ke Menara Alor Setar. Menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur dgn ketinggian 165.5 meter. Anda boleh melihat panorama mata burung diatas menara ini, kerana pemandangannya merangkumi bandar Alor Setar, Georgetown dan Thailand. Anda juga boleh menjamu selera disini sambil menikmati keindahan pemandangan di atas awan di restoran berputar 360°. 



Tak jauh dari Menara Alor Setar, anda juga tidak boleh melepaskan peluang utk solat dan menziarahi masjid yang diiktiraf masjid ke 4 tercantik di dunia iaitu Masjid Zahir. Masjid ini terletak di tengah-tengah kota Alor Setar. Kubah masjid ini berwana hitam dimana terdapat satu kubah utama dan lima kubah kecil yang melambangkan Rukun Islam.


 

Selepas itu bolehla ke Pekan Rabu yang kini masih lagi dalam proses penambahbaikan. Jadi lokasi sementara telah diubah ke Ukir Mall, Bandar Alor Setar. Disini anda boleh membeli buah tangan seperti makanan kering dan basah, ubat-ubatan, dan barangan kraftangan. Dodol dan bahulu panasnya memang terbaik! 


Bagi mereka yang teringin membawa keluarga mandi-manda bolehlah singgah ke The Carnivall Waterpark yg bertempat di Sungai Petani. Aktiviti disini pasti menyeronokkan seisi keluarga dan membuatkan anak-anak kecil tidak mahu pulang. 





Jika anda seorang yang sukakan keindahan alam semulajadi yg jauh dari hiruk pikok kota, maka Gunung Jerai merupakan tempat penginapan yang paling sesuai. 

Disini terdapat resort yang menjanjikan ketenangan buat anda kerana disini hanya menempatkan tempat penginapan dan dewan seminar utk mereka yang berkhursus. Tiada aktiviti berjual-beli sayuran atau buah-buahan, souvenir dan sebagainya. 

Terdapat juga swimming pool utk kanak-kanak, taman permainan, kawasan air terjun dan kawasan hutan utk mereka yg sukakan kegiatan mencabar spt mendaki. 








Anda juga boleh ke Ladang Anggur Tasik Beris di Sik Kedah. Disini anda tidak boleh memetik buah anggur tetapi dapat melihat cara penanaman pelbagai jenis buah anggur. Jika anda teringin utk merasa buah anggur anda masih boleh membelinya di kedai souvenir. Pemandangan tasik beris disini jg turut memukau pandangan setiap pengunjung yang hadir kesini. Oh ya, jgn lupa membeli kismisnya ya!







Anda juga boleh mencuba ke The Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim. Disini anda boleh menikmati kehijauan flora dan fauna sambil mamanaskan badan dgn berjalan di atas titian gantung. 

Titian kanopi disini adalah sepanjang 950 meter dan setinggi 50 meter dari tanah. Ia merupakan titian gantung yang terpanjang di dunia dan menjadi tempat tumpuan para pelancong asing. 

Terdapat juga kawasan air terjun bagi mereka yang ingin mandi-manda dan bagi mereka yg ingin bermalam pula, disini juga ada menawarkan penginapan chalet. 







Seterusnya mari kita ke Pantai Merdeka. Siapa yang tak pernah dgr lagu Pantai Merdeka? Meh nak nyanyi sikit. Hihi! Nah, ni dia lirik lagunya.

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai 
Terkenang peristiwa cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka...~

^_^




Disebabkan lagu Pantai Merdeka tu ada selit nama Gunung Jerai jadi maila kita nikmati panorama Gunung Jerai dan sawah padi, atau orang Kedah panggil bendang ni. SubhanaAllah, cantik kan? 


Terima kasih kerana sudi membaca. 
Jemputla mai ke Kedah naaa.
Bole kita jumpa! ^-^

Assalamualaikum,
 Salam Cinta!























4 comments:

  1. bestnya dpt gi kedah. bnyk tempat menarik...

    ReplyDelete
  2. Mai la datang kedah Mia. Boleh mai rumah kami. 😍😍😍

    ReplyDelete
  3. Mai la datang kedah Mia. Boleh mai rumah kami. 😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    ada cadangan tempat penginapan bajet ?
    Terima kasih :)

    ReplyDelete