Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Wednesday, February 3, 2016

Penang Hill Bukit Bendera


Ini bukanlah kali pertama kami sekeluarga ke Pulang Pinang. Dan bukan juga kali pertama bagi diriku ke Bukit Bendera memandangkan Penang dulu merupakan rumah kedua ku sepanjang pengajianku di USM. 

Yang pasti Bukit Bendera tidak lagi seperti dulu. Dah semakin cantik dan menarik! Tak lengkap rasanya jika ke Penang tanpa anda singgah ke sini. 



Jika dulu, keretapinya bewarna merah dan klasik seperti ini. Tetapi kini tidak lagi. Kini keretapinya sudah semakin moden sesuai dgn peredaran waktu. 


Taraaa!


Ini pula tiketnya. Rm 8 utk org dewasa.


Dulu tak ada tempat makan atas tu, la ni dah ada. Dulu zaman belajar ambil juga gambar disini, la ni tak ambil gambar pun. Tak sempat nak posing!


Cantikkan pemandangannya?


Ini di love padlock. Dari atas ni boleh nampak pemandangan Pulau Pinang. Sememangnya cantik.


Ala-ala di Korea, London, Paris kata ko!


Nampak tak panorama bandar Penang di bawah tu? Gambar ni diambil semasa menunggu keretapi utk turun ke bawah semula.


Kemana kita ni?


Muhammad yang happy walau kemana saja. Bermain-main dgn love padlock.


Tanda kenang-kenangan yang kami pernah datang ke sini. Nak tahu tak kenapa asik gambar Umi dan Muhammad je? Sebab abi masa ni malu nak ambil gambar bersama-sama. Tak ada monopod. Nak minta tlg org lain lagi la malu. Jadinya tak leh la nak kengkonon sweet kat sini. Hahaha!


Muhammad yang ku sayang~


Ini pula The Owl Museum. Muzium Burung Hantu dalam bahasa melayu nya. Hehe. Food court pun ada disini. Tapi kami tak singgah pun. 

Kami tak sempat pusing seluruh Penang Hill ni sebab Muhammad dah penat nak berjalan. Jadi tak sempat sgt la nak snap lebih-lebih, berangan-angan tepi bunga-bunga yang cantik dan main teropong-teropong kat atas tu. Ada teropong tau, macam kat menara kl dan menara alor setar tu. Nak jg selit kan. Hehehe. 



Dah penat, jadi kami pun balik hotel semula. Esok sambung jalan-jalan lagi.



Paling belakang,
Penang Hill Bukit Bendera.

Syukur Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment