Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Sunday, February 14, 2016

Short Vacay : Ipoh City, Kuala Kangsar & Taiping! - Part 1


Alhamdulillah hari ni dah sihat sikit selepas satu hari tak dapat bangun. Sihat-sihat, tiba-tiba jatuh sakit. Begitu juga dgn kematian. Datang tanpa diundang, tetapi datang menjemput tepat pada saat dan ketikanya. 
.
.
.

Selepas pulang ke kampung, akhir cuti CNY yg lepas kami habiskan dgn berjalan-jalan ke negeri Perak Darul Ridzuan.



Percutian pendek kami sekeluarga dimulakan ke bandar Ipoh dan kami menginap di Casuarina@Meru Hotel. 







Ipoh merupakan ibu negeri Perak dan merupakan bandar raya yang keempat terbesar di Malaysia. Bandar raya Ipoh dibahagikan oleh Sungai Kinta kepada pekan lama dan pekan baru. Ia juga diiktiraf oleh para seniman sebagai tempat pengambaran kerana kehijauan alam semulajadinya. 



Ini pemandangan dari tingkap Hotel Casuarina. Jelas kelihatan Banjaran Titiwangsa yang menjadi salah satu tarikan di bandar Ipoh ini. 








Ini di Taman Rekreasi Gunung Lang. Dipercayai dikawasan ini merupakan tempat kelahiran burung lang. Disini kita boleh menaiki bot mengelilingi tasik sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Disini juga ada taman mini dan juga taman permainan. 










Kami juga ke Pekan lama bandar raya Ipoh. Disini terdapat seni lukisan yang dicorakkan diatas dinding-dinding bangunan lama yang dikekalkan dan masih lagi beroperasi spt biasa. 

Nak makan di Ipoh? Bolehlah cuba ke sini, Restoran Simpang Tiga. Ini bukanlah makanan signature Ipoh tapi makanan dari Sumatera Indonesia yang menyajikan masakan padang yang enak dan berpatutan. 



Hari yang berikutnya kami ke Kellie's Castle yang tak jauh dari Bandar Raya Ipoh sebelum ke Kuala Kangsar dan Taiping. 




Kellie's Castle ini merupakan istana kota yang dibina oleh William Kellie Smith, seorang peladang getah British pada tahun 1910. 






Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut seni bina istana Moghul di bandar Agra, India dimana tukang binaanya dibawa khas dari Madras. 






Ini ialah Rumah Kellas, rumah yang diduduki keluarga WKS ini sebelum Istana Kellie ini siap dibina. Rumah Kellas ini terletak bersebelahan sahaja dgn Istana Kellie ini.





Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia beserta sebuah lif yang pertama dibina di Malaya. 












Kellie's Castle ini juga turut dikaitkan dgn pelbagai kejadian mistik, tetapi terpulanglah kepada setiap individu bagaimana untuk menerima atau mempercayainya. 

Bagi kami pula, cukuplah dgn melihat keindahan seni bina istana ini dan mengambil serba sedikit ilmu sejarah disamping berjalan-jalan ke negeri orang. Sambil menyelam minum air lah kan. ^_^







Di tingkat kedua istana ini, terdapat kawasan terbuka yang amat luas yang merupakan tapak pembinaan lapangan tenis dalaman.

Untuk naik ke atas ini, pelawat perlulah lebih berhati-hati kerana tiada sebarang pagar yang mengelilingi kawasan ini utk mengelakkan sebarang kejadian yang tdk diingini.  






Panorama dari tingkat dua istana, sebuah jambatan yang menyeberangi Sungai Kinta yang turut memudahkan pengunjung utk ke istana ini. 

 

Ini pula merupakan bahagian paling atas istana, iaitu di tingkat tiga yang merupakan kawasan untuk bersantai keluarga WKS ini. Juga dibawah tanggungjawab dan risiko sendiri jika terjadi apa-apa semasa berada di atas ini. 


Utk kesini tak susah, gunakan gps atau google maps sahaja. Hehe. Perlu bayar parking sebanyak Rm 2, tiket masuk utk seorang dewasa Rm 5 manakala kanak-kanak sehingga 12 tahun pula sebanyak Rm 3. 

Seterusnya kami ke Kuala Kangsar dan Taiping. Nantikan sambungnya di next entry. Terima kasih kerana membaca. Salam cinta!

Salam. 

.
.
.
































No comments:

Post a Comment