Pulau Langkawi kami datang!
Ini di Jeti Pulau Langkawi, gambar diambil sebaik sahaja kami turun dari feri yang tiba dari Kuala Perlis.
Perkara pertama yang kami lakukan sebaik tiba disini ialah mencari kereta sewa di tempat sewaan kereta tak jauh dari terminal feri ini. Kami sewa kereta selama 3 hari dan 2 malam.
Ini di Marina Telaga Harbor, Pantai Kok. Disini merupakan tempat bot-bot mewah milik persendirian berlabuh. Jika ingin bermalam disini, anda boleh menginap di The Danna Hotel Langkawi yang merupakan hotel mewah bertaraf 5 bintang yang menawarkan pemandangan pantai yang cantik dan sunyi. Kedudukannya yang jauh dari hotel-hotel lain menjadikan kawasan ini benar-benar privasi dan begitu menenangkan.
Kami ke Oriental Village, sebelum menaiki Langkawi Sky Cab.
Sky cab ni ada tiga platform. Yang pertama masa kita mula-mula beratur nak naik tu. Yang ini yang kedua. Dan yang terakhir merupakan yang paling tinggi dan menggerunkan. Hehehe. Dari platform kedua ni kita boleh nampak dgn jelas Langkawi Sky Bridge. Seram kan? Kiranya, jika mahu turun di setiap platform ni pun boleh. Lps tu tunggula the next sky cab utk sambung naik atas semula.
Menuju platform yang terkhir, iaitu yang teratas dan yang paling tinggi.
Kita boleh lihat pemandangan yang begitu menakjubkan dari platform teratas ni. Boleh nampak laut yang begitu luas terbentang, gugusan pulau-pulau di Langkawi dan gunung-ganang yang menjadi pasak-pasak bumi. SubhanaAllah! Maha suci Allah yang menjadikan bumi ini penuh dgn keindahan yang memukau. Terlalu byk nikmat utk disyukuri. Alhamdulillah.
Gayat tak? Tapi gigihkan juga sbb nak lihat keindahan ini. Memang sangat-sangat berbaloi. Cantik sungguh syurga dunia yang Allah pinjamkan sementara, ini belum lagi syurga di akhirat sana.
Sky cab yang kami naik, dibawahnya bukan cermin kaca yang boleh nampak terus ke bawah. Ikut nasib la, kalau dapat yang itu. Agaknya macam tak berpijak di bumi yg nyata kalau naik yg itu. Rasa kaki terapung-apung di atas angin. Lagi la takut. Tapi mungkin jg seronok kan?
Setibanya di atas sana. Akhirnya! Panorama langkawi yang memukau pandangan sesiapa saja yang melihatnya. Pasti!
Ini pula di Dataran Lang, Langkawi. Cik lang yang besar ini mengepak-ngepak nak terbang. Hihihi.
Tak terkecuali bergambar spt biasa
Masih disini, di Dataran Lang
Melawat tempat membuat dan menjual minyak gamat. Ini gamat nusantara yang telah berzaman kita gunakan. Promote sikit la kan. Keh keh keh. Disini kita boleh melihat gamat yang dimasak didalam kawah yang panas menggelegak. Gulai gamat, nak cuba? Bolehla kesini, beli banyak-banyak sebagai souvenir dari langkawi utk saudara-mara. Byk khasiat ni. Hee.
Dan kami bertiga menginap disini. Pemandangan dari balkoni bilik di tingkat dua. Ada pool buatan manusia dan pool buatan Maha Pencipta. Nak yang mana satu? ^_^
Muhammad yang keriangan spt kebiasaannya. Anak soleh umi dan abi insyaAllah ameennn Ya Rabb.
^_^
Langkawi, paling belakang.
Salam cinta!
No comments:
Post a Comment