Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Monday, February 1, 2016

Lafaz Ijab dan Qabul


Pada tanggal 1 Jun 2012, termeterailah sebuah ikatan yang suci diantara dua insan. Janji diikat kemas, bukan dengan berjuta kata manis dan omongan cinta yang ditabur bersama janji kosong tetapi sebuah janji pasti yang dipatri bersama lafaz ijab dan qabul.

  

Sebuah cerita cinta yang tidak pernah dimulakan dengan perasaan cinta apatah lagi bibit rindu, kasih dan sayang. Begitu dengan jarak yang memisahkan serta perbezaan yang ketara diantara keduanya mematikan hasrat keduanya utk memasang impian bersama.


        
Namun, saat si dia meninggalkan bumi padang pasir dan sungai nil, berlaku satu pertemuan pendek di lapangan terbang yang tidak dirancang teliti, lalu dipanjangkan ke pertemuan kali kedua bersama keluarga di bulan mulia Aidil Adha. Tidak lama, pertemuan yang ketiga berlaku dimana kami berdua ditunangkan, lansung tiga bulan selepas itu kami dinikahkan.

                            

Disaat dia melafazkan "Aku terima nikahnya," maka disaat itu gugurlah semua tanggungjawab ayah dan ibu. Jika dahulunya, aku masih seorang anak gadis tetapi kini aku memikul satu gelaran yang dipanggil isteri. Gelaran yang disandang beserta beribu tanggungjawab.


Sungguh, saat bergelar isteri merupakan bibit paling bahagia tetapi ia juga merupakan penentu akhir hidupku. Samaada ke syurga atau pun neraka. Mampukah aku ke syurga atau sanggupkah aku ke neraka Allah?

Jika suamiku redha keatas ku maka syurgalah buatku, tetapi jika suamiku murka keatas ku maka api nerakalah yang akan menemaniku. Nauzubillah.


Begitupun ku rasakan bebanan tanggungjawab ku, ternyata lelaki yang bergelar suami ku pasti lebih berat dan besar tanggungjawabnya. Maka hanya pada Allah ku panjatkan segala doa agar hubungan ini sentiasa diredhai dan di dalam lindunganNya.


Moga aku kan menjadi isteri yang solehah buatnya. Menjadi bidadari terindah buatnya di dunia, juga di syurga sana. 


Semoga bahtera perkahwinan yang dibina ini berkekalan selamanya sehingga hujung nyawa dan juga bertemu semula di JannahNya, insyaAllah ameennn.








Salam cinta. 
Paling belakang. 
Faiez wa Ila.















3 comments: