Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Tuesday, February 9, 2016

Baiti Jannati


Rumahku adalah syurgaku.

Teratak kecil di atas tanah bendang ini merupakan rumah pertama bagi kami suami isteri. Rumah ini merupakan hadiah daripada arwah bapa mertuaku. Usianya sama seperti kami yang lahir pada tahun 1985, diamana ianya sudah mencecah 31 tahun. Rumah lama yang diberikan nafas baru. ^_^



Dahulunya, sebelum kami menetap disini, rumah ini disewakan kpd beberapa buah keluarga penyewa yang silih berganti. Jadi faham-faham sajalah bagaimana penyewa menjaga rumah yang disewa. Memang tidak terjaga dan rupanya sangat teruk, tidak spt keadaannya yang sekarang. 


Inilah hasilnya setelah rumah ini siap dibersihkan, dicat semula, dibaik pulih serba sedikit, ditukar pintu dan tingkap yang sudah banyak rosak. Semuanya dilakukan secara berperingkat dan mengikut kemampuan. 



Syukur Alhamdulillah, seminggu selepas berkahwin kami dapat pindah masuk ke rumah ini. Masih ingat lagi, bagaimana rumah ini yang dahulunya kosong kini sedikit demi sedikit mula terisi. 


Benar perkahwinan itu membuka pintu rezeki. Kebanyakan barangan di dalam rumah kami ini semuanya merupakan hadiah daripada emak dan ayah, saudara-mara, dan sahabat handai. Tak banyak pun duit yang kami keluarkan untuk beli barangan keperluan rumah ini kerana semuanya sudah mencukupi. Terima kasih kpd semua yang memberi. Semoga Allah memperluaskan rezeki kalian dan membalas jasa baik kalian dgn yang lebih baik lagi. Ameennn. ^_^


Ini sajalah kerusi yang ada diruang tamu kami. Tetamu yg datang biasanya tetap duduk dibawah juga. Atas lantai, tapi yang tua tetap diutamakan sebab memang tak muat pun nak duduk ramai-ramai. Hahaha! 




Peti penyimpanan kunci, pemberian kakak ipar yang bercuti di Melaka. Cantikkan? ^_^


Tv pula hadiah daripada ibu mertuaku


Sudut mainan Muhammad di ruang tamu. Sebenarnya, semua tempat dalam rumah ni wajib jadi tempat permainan dia. Hihihi. 




Kamar beradu pun diisi dgn kotak mainan Muhammad. Ini baru sebahagian darinya saja. Pening uminya fikirkan mana lagi nak simpan semuannya.


Ini juga merupakan ruang solat kami. Alhamdulillah, muat utk kami sekeluarga.




Ini pula diruangan dapur. Tempat dimana Ummu Muhammad menghasilkan karya seni agung memasak setiap hari buat suami dan anak. Heee. Almari dapur kecil yang comel tu hadiah dari ibuku. ^_^ 

Bekas gula, garam dan serbuk kunyit itu dari mama, ibu saudaraku. Comel kan kan kan. *_*



Tempat gantung set "mem baking ku", tak jauh dari kitchen sink. Muhammad kata yang pink tu dia. Yang kuning tu pula ummi. Manakala abi pula yang berwarna biru, tempat gantung pemetik api, gambar diatas tadi tu. ^_^ Kami dapat free dgn pembelian wangian rumah. 






Tong beras merah dan putih tu hadiah dari teman-teman surau ibuku. Suka! ^_^


Sudut pawang memawang ku, dimana menempatkan segala jenis makanan sunnah, herba dan rempah ratus. 


Disebabkan tak ada laci, buat macam ni saja pun mudah. Hehehehe. Syukur. Balang gula tu kosong sebab tak makan dan tak beli gula putih. Ngeh ngeh ngeh. Kurangkan gula, lebihkan senyuman. Haha! Dirumah kami sajalah, kalau p berjalan dan p rumah orang masih lagi tidak menolak sebarang rezeki, insyaAllah. 


Ini pula di ruangan makan kami. Juga utk para tamu. Meja makan pun hadiah juga. Memanjang hadiah dari ibuku. Terima kasih mak! ^_^ 

Disini juga merupakan ruangan permainan Muhammad dibahagian dapur. Dia akan duduk bermain disini semasa umminya ini berkarya menghasilkan resepi-resepi baru. (Ayat tak mau kalah. Hahaha!)


Peta dunia. Muhammad dah hafal semua ka belum? Hihihi.


Dari bilik ketiga, bilik yg dijadikan ruang utk menyidai pakaian dan menyimpan barang. 


Bilik kedua, bilik utk tetamu, juga dijadikan ruangan kerja.


Ruang dobi dan ruang kitar semula


Tandas dan bilik air dibahagian dapur


Kenagan yang diabadikan di atas mesin basuh baju. Heheheh.


Di bilik menyidai pakaian


Untuk baju-baju kecil Muhammad


Raga kain dan tempat penyimpanan brg

Rumah ini sangat luas bagi kami buat masa ini insyaAllah. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan segala rezeki buat kami. Segalanya terasa begitu mudah, tenang dan bahagia. Terima kasih Allah diatas pinjamanMu ini. 

Suami, isteri, anak, dan segala nikmat kesenangan didunia ini. Moga kami tidak alpa dan hanyut dgn dunia sehingga melupakanMu. Moga dijauhkan dari sifat spt itu. Ameenn ameennn Ya Rabb. 

Terima kasih membaca. Salam cinta! 



























3 comments:

  1. cantik rumah awk..moga dimurahkan zeki lg :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Su. Ameennn ameennn, moga Allah melapangkan juga rezeki utk Su sekeluarga dan membalasnya dgn yang jauh lebih baik. ^_^

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Su. Ameennn ameennn, moga Allah melapangkan juga rezeki utk Su sekeluarga dan membalasnya dgn yang jauh lebih baik. ^_^

    ReplyDelete