Bercuti ke Pangkor bersama keluarga mertua pada cuti sekolah bulan tiga tahun 2015 yang lalu, memang menyeronokkan. Kami konvoi berkereta dari kedah, berhenti di RnR utk makan tengahari, membawa bekalan makanan dan periuk nasi, kemudiannya naik feri di Jeti Lumut, snorkeling, island hopping, dan mandi-manda di pantai bersama-sama. Memang seronok sangat!
Bermain pasir dan mandi-manda di pantai Teluk Nipah, tak jauh dari bilik hotel kami menginap. Waktu petang ni memang ramai sangat orang yang bersantai tepi pantai, berenang, makan-makan dan bermain pasir spt yang kami buat ni ha. Melayan anak-anak. Hihihi.
Hari pertama disana, kami masih makan malam di bilik beramai-ramai menghabiskan bekalan makanan yang dimasak kakak ipar dan anak-anak menakan. Teringatkan waktu itu saja, sudah cukup menggembirakan dan menggamit memori!
Keesokan harinya, selepas bersarapan nasi lemak bungkus dan minum air teh panas dgn hanya berlantaikan pepasir putih dan ombak laut, kami bermain pasir pantai sambil menunggung ahli keluarga yang lain utk aktiviti island hopping dan snorkeling.
Pulau-pulau yang kelihatan semasa aktiviti island hopping dan snorkeling. Pulau buaya, pulau penyu, pulau ikan paus dan juga pulau giam.
Kami berhenti di pulau ikan paus untuk aktiviti snorkeling, berenang-renang dan berjemuran di tepian pantai. Kami disini dari pagi hingga ke petang. Tak terasa kerana terlalu seronok bermain air laut. Terapung-apung dgn mata terpejam, berkuak-lentang, tangkap anak ikan kecil, makan-makan dan berenang lagi. Waaa, rindunya.
Kemudiannya sambung island hopping dan snorkeling di pulau giam pula sebelum pulang semula ke Pantai Teluk Nipah.
Malam itu, Muhammad tidur awal kerana begitu kepenatan. Tertidur sejak di dalam boat lagi kemudiannya terus tidur semula selepas mandi, hinggalah ke pagi. Jadi hanya umi yang temankan Muhammad di bilik malam itu, kerana ahli keluarga yang lain keluar bersantai mengambil angin malam dan ke kedai-kedai berhampiran pantai utk membeli sedikit makanan dan jg souvenir.
Abi balik bawa char kuey teow dan orange juice malam itu. Yeay! Terima kasih abi. Oh tak lupa, abi turut belikan fridge magnet comel sebagai kenang-kenangan. Tau-tau je wife dia ni pengumpul tegar FM. Hihihi. Suka!
Pangkor Island dan 2015, selamat tinggal! Kami pulang membawa seribu kenangan bersama. Syukur Alhamdulillah.
Paling Belakang,
Pangkor Island, with LOVE!
No comments:
Post a Comment