Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Sunday, January 31, 2016

Cuti-cuti Melaka, Utara ke Selatan


Dari Kedah ke Kuala Lumpur, kemudiannya ke Melaka dan Johor Bahru. Cuti-cuti dua tahun lepas sebenarnya kami rancang utk ke Istanbul tetapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa dibatalkan. Simpan saja dulu buku merah. Aturan Allah pasti lebih baik kan?


Jadinya... Melaka, kami datang!!! ^_^


Destinasi pertama setibanya kami di bandar Melaka ialah ke Zoo Melaka. 



Jangan tanya berapa bayaran masuk kesini, sebab memang dah tak ingat dah. Hehe. Nak naik train utk mengelilingi zoo kena bayar lagi sekali tau. Bukan free. Kalau ke Zoo Taiping, tak perlu bayar lagi. Tapi itu dululah, sekarang tak tahu pula.





Dan utk makan tengahari pula kami ke sini, Asam pedas claypot di Jalan Laksamana. Ikan pari utk saya dan ikan parang pula utk Encik suami. Oklah, sedap makan ketika panas-panas. 

Selepas itu, barulah kami check in hotel, simpan barang dan berehat sebentar.



Petang itu kami jalan-jalan mengelilingi bandar Melaka sahaja. Pusing-pusing ambil angin katanya. 


Kami juga sempat singgah ke Perhentian kuih kampung di Ujong Pasir utk membeli sedikit kuih-muih. Disini bukan sahaja terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisi malah menu makan tengaharinya juga amat menarik. 

Salah satu kuih yang menarik hati adalah kuih ini. Kuih tradisi baba nyonya di Melaka iaitu kuih koo merah dan hijau. Kecil molek tapi terang sungguh warnanya! Nyum nyum. Oh ya, jgn lupa ke Pantai Klebang utk mencuba Coconut Shake yang femes tu sekali tau. Memang terbaik! 


Menjelang senja, kami singgah di Masjid Selat Melaka utk menunaikan solat maghrib. Perasaan ketika berada di dalam Masjid terapung ini begitu menenangkan. Seusai solat, kami tawaf satu masjid sambil melihat laut yang kelihatan hitam pekat. Hanya kedengaran deruan ombak yang tak henti-henti menghempas batu pantai. 


Takutnya melihat laut dan kebesaran Allah. Terasa diri ini teramat kerdil. Tidak lama berjalan hingga ke hujung penjuru masjid yang menghala ketengah laut, kerana masih tak boleh atasi rasa gerun pada laut yang luas. 


Masih tidak mahu pulang ke hotel, jadi kami ke tengah kota Melaka utk menaiki River Cruise di malam hari. Seronok juga naik cruise malam-malam ni sebab banyak lampu-lampu yang cantik. Cuma yang tak berapa nak best sebab terlalu ramai orang. Tak de privasi sangat. Jadi nak ambil gambar pun tak de mood. Hehehe. Belanja gambar tiket jelah. Selepas itu, barulah kami rasa penat dan balik ke hotel utk tidur. Zzzz.



Keesokan harinya kami ke Jonker Walk. Disini terdapat banyak kedai-kedai bangunan lama yang menjual barang-barang cenderamata. Kami berjalan kaki sehinggalah tiba disini. 


Perlu diingatkan, kalau tak nak dapat saman free, semasa memakir kereta anda perlu sertakan kupon bayaran pakir kereta. Polis disini sentiasa membuat rondaan. 


Selepas itu kami ke Kampung Morten. Disini kita boleh lihat pelbagai reka bentuk rumah yang unik. Dahulunya kawasan ini merupakan kawasan paya, sebelum ianya dibangunkan. 




Cantikkan? Seronok je kalau ada rumah kayu macam ni. Saya suka, saya suka!


Pengalaman ke sini sememangnya benar-benar menggamit memori. Melihat bangunan-bangunan lama yg masih dikekalkan, reka bentuk rumah dahulu kala, seolah-olah benar-benar membawa kita ke suatu zaman yg disebut "pada zaman dahulu". 

Selepas itu kami ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan pada sebelah malamnya pula, kami ke Menara Taming Sari dan berbeca mengelilingi bandar Melaka. Anda boleh pilih utk berbeca dgn membuat pusingan kecil mahupun pusingan besar. Jika memilih pusingan yang besar, maka banyaklah tempat yang akan dibawa termasuklah ke Kota A Famosa. 


Beca biru kami


Menara Taming Sari


Potret Keluarga 


Beca-beca yang cantik dihiasi lampu berwarna-warni. Bukan hanya lampu tapi lengkap dgn muzik. Nasib baiklah beza yang kami pilih tak dipasangkan muzik. Hahaha!


Bas london utk melihat panorama bandaraya Melaka. Jom kita! Hehehe. Selepas itu kami ke sini pula, Eye on Melaka. 




Malam itu kami makan malam di Pantai Klebang sahaja sebelum pulang ke hotel. Makan malam kami adalah Char Kuey Teow Kerang dan Coconut Shake yang dijual didalam bas. Nak makan dan tidur didalam bas pun boleh. Hotel bas dgn harga budget yg sesuai utk sesiapa yang sukakan keunikan dan kelainan. 



Hari yang terakhir kami berada di Melaka. Pagi itu selepas Muhammad puas bermain-main di kolam renang, barulah kami bersiap utk check out dan pusing-pusing bandar Melaka buat kali yang terakhir. Kenapalah sekejap sangat? Haha tak puas lagi nak berjalan-jalan. ^_^


Sarapan pagi di hotel. Muhammad yang masih berbaju tidur sebab tak mandi pagi lagi. Hihihihi. Budak masam!


Ini di lorong gereja, dimana terdapat bangunan bersejarah yang dicat merah, iaitu bangunan lama kolonial british. 

Disini kami berjalan kaki dan tak lupa utk mencuba cendol mamak ditepi sungai melaka  berhadapan dgn Hard Rock Hotel.  Saja kami tdk mengabdikan kenangan dgn bergambar dihadapan bangunan menara jam ini, kerana nak mengelakkan gambar salib yang besar terpampang diatas bangunan. 


Jadinya ambil gambar dgn kincir angin yang comel ni. Rasa macam di obersi pula. Kehkehkeh! Berangan dulu.


Tak lupa membeli sedikit souvenir utk diri dan keluarga terdekat. Kali ini kami tak beli fridge magnet sebab dah banyak dapat melaka fm dari teman dan saudara-mara. Gitu! Cantik tak t-shirt tu? Heeee. 

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke hujung selatan tanah air, JB. Oleh itu, selamat tinggal Melaka! Johor Bahru, kami datang!!!!

Bersambung...





























Thursday, January 28, 2016

Maafkan Ummi Sayang...



Tak terasa, kini usiamu sudah hampir mencapai 3 tahun. Engkau membesar menjadi anak yang baik dan soleh. Setiap kali memandangmu, terasa sejuk di hati dan tenang di jiwa. Seperti jolokan nama yang diberikan untukmu, wahai Muhammad.

Senyummu, jenakamu, pertanyaan cerdasmu yang tak henti-henti, bahkan tingkah lincahmu di seluruh penjuru rumah, semua itu membuatkan Umi selalu bangga padamu. 

Namun Anakku, sejujurnya Umi menyedari bahwa Umi ini belumlah menjadi Umi yang ideal untukmu. Bahkan mungkin, jauh dari kata ideal.

Dahulu, saat pertama kali Umi menyedari sedang mengandungkanmu. Tak terhitung berapa kali Umi panjatkan rasa syukur atas kurniaanNya ini. 

Demikian juga saat ingin melahirkanmu. Itulah hari yang sangat Umi nanti-nantikan, dimana Umi akhirnya akan bisa menatap wajahmu, menggendong, dan menyusuimu. 

Tak terhitung saat Umi berdzikir sewaktu bertarung nyawa melahirkanmu lalu memohon pertolongan dari Nya. Namun saat Umi didera kontraksi yang sangat hebat, MasyaAllah... ada kalanya Umi jadi tidak sabar menanggung derita sakit lalu ingin saja cepat-cepat melahirkanmu. Kerana itu, maafkan Umi ya sayang...

Lalu, saat engkau telah lahir ke dunia. Tak terkira rasa syukur Umi diatas anugerah Allah ini. Anakku ini anak yang sihat, gebu dan comel. Dengan penuh kasih sayang, Umi menyusuimu hingga kenyang, lalu dengan hati-hati Umi menyendawakanmu. 

Umi juga tidak keberatan, tiap kali terpaksa ke tandas membersihkan diri kerana lampin bocormu. Saat kotoran hitam itu memenuhi cadar putih hospital. Penatnya bukan main hebat. 

Ketika malam pula kau menolak untuk tidur. Umi tidur-tidur ayam hingga ke pagi walau lelah melahirkanmu masih belum hilang. Begitu juga ketika hampir tiap malam kau minta dipeluk, digendong dan diayun-ayun. Seringkali Umi jadi tidak sabar dan mulai mengeluh berat. Kerananya, maafkan Umi ya sayang…          

Pertumbuhanmu amat pesat sekali. Saat perkataan pertama yang kau sebut itu "umi..." Subhanallah, Umi bangga sekali padamu. Pandainya anak umi! Begitu puji Umi, tiap kali kau menunjukkan kebolehanmu. Namun saat kau mulai semakin lincah, tak bisa diam saat dimandikan dan dipakaikan baju atau seluar. MasyaAllah Umi menghela nafas tanda tidak bisa bersabar. Sekali lagi, maafkan umi ya sayang…

Begitupun saat engkau telah mahir merangkak. Umi terpaksa mengalihkan pelbagai benda-benda yang membahayakanmu, juga semakin teliti membersihkan lantai agar tak ada kotoran yang mengganggu kesihatanmu.  Namun saat engkau ingin bermain dengan barangan perhiasan yang mampu dicapai olehmu, umi mengeluh lagi.  Bukankah seharusnya umi yang lebih prihatin terhadap keselamatanmu? Itu bukan salahmu, itu salah Umi sendiri yang tidak hati-hati menyimpan barang. Kerana itu, maafkan Umi ya sayang… 

Engkau adalah anak yang berbakti pada orang tua. Kau sering menawarkan bantuan, saat Umi menyapu, mengemop lantai, atau hanya menawarkan diri untuk mengacau teko air minuman. Umi tahu kau ingin mencuba segalanya. Kau begitu seronok sekali apabila diberikan peluang itu. 

"Umi, muhammad pandai kan umi?" Begitu katamu saat selesai menolong umi. Kau suka membuat kerja yang diluar kemampuanmu. Membawa pinggan yang penuh dgn nasi dan lauk-pauk. Selalunya habis tumpah ke lantai. Umi selalu rasa hilang sabar dan kerana itu umi membentakmu. Kerana itu maafkan umi ya sayang...

Anakku tersayang, anakku yang berhati lembut, begitu pengertian dan tak banyak menuntut. Saat masih bayi, ketika orang lain menggendongmu, kau menolak. Kau memberontak, kau juga meraung-raung minta digendong oleh Umi mu saja. Saat itulah Umi baru menyedari bahawa tatapanmu mengatakan “Aku ingin digendong Umi saja”. Maka saat umi kembali meraihmu, kau tertawa, riang sekali.

Sejak saat itu Umi belajar, bahwa Umi harus lebih, lebih dan lebih memahamimu. Dari kata-kata yang kau ucapkan, dari bahasa tubuhmu, terkadang menyimpan maksud tersirat yang sulit untuk kau ungkapkan secara terus. 

Anakku sayang, Umi ingin kamu tahu sayang, bahwa tiap kali kau sakit atau terluka, meski hanya sekedar selsema, demam atau terjatuh. Semua itu meninggalkan rasa yang mendalam di hati Umi. Sebuah penyesalan, kerana merasa tak bisa selalu menjaga dan melindungimu. 

Umi ini memang lemah sayang, maka hanya kepada Allah yang Maha Besar saja, Umi menitipkanmu. Umi ini hanyalah manusia yang tidak sempurna sayang, maka maafkanlah jika Umi masih belum bisa menjadi Ibu yang baik bagimu. Maafkan Umi ya sayang…   

Nukilan bonda Hani Fatma yang telah sedikit sebanyak ditambah dan diolah Ummu Muhammad.

Wednesday, January 27, 2016

Third Wedding Anniversary


Ulang tahun perkahwinan yang ke 3 tahun kami sambut dgn bercuti lagi ke Cameron Highlands. Boleh dikatakan kami bercuti di CH setiap tahun iaitu pada tahun 2012, 2014 dan kali ini di tahun 2015. Suka beno dgn Cameron Highlands gamaknya. Hihi. Tahun 2013 pula kami cuti dari berjalan sebab waktu itu cuti bersalinkan Muhammad. Hihihi. ^_^


Kali kedua kami menginap di Copthorne. Kami pertama Muhammad baru nak belajar berjalan. Tapi kali ini dia dah boleh berlari sakan. Alhamdulillah syukur.


Selamat Ulang Tahun Perkahwinan abu Muhammad. Moga ikatan suci ini berkekalan sehingga kita bertemu lagi di jannahNya. Ameennn Ya Rabb.


Kami di Taman Agro Teknologi Mardi


Makan malam kamj, nasi goreng dan steamboat.


Bilik pun berbeza dgn yang sebelum ni



Cat dinding yang hijo!



Mari berkejar-kejaran


Suasana di taman yang dipenuhi kehijauan dan kesegaran. Walaupun berbayar masuk ke Taman Agro ni tapi amat berbaloi. Disini anak-anak boleh berlari-lari. Masa kami kesini, terdapat banyak gerai jualan yang menjual pelbagai produk makanan tempatan, makanan dan minuman ringan, dan macam-macam lagi. Memang meriah dan menyeronokkan. 


Muhammad yang seronok bermain buih sabun. Cantik kan pemandangan disini? Angin yg bertiup juga amat segar dan nyaman. Bagus sekali sekala kesini utk menghirup udara yang berbeza. 




Bermain di taman permainan




Gelongsor teko teh strawberry



Dibawah sana terdapat taman arnab dan taman bunga. Utk kesana, perlu menyeberang jambatan kecil yang dibawahnya terdapat aliran sungai.


Tu dia taman bunga. Teringat dulu sewaktu kecil pernah datang kesini bersama keluarga. Waktu tu bunga-bunga rosnya memang cukup banyak dan berkembang mekar. Rindunya saat itu!


Muhammad tanya ni apa umi? Umi jawab ni terowong hijo! Hahahaha.


Mari tengok arnab pula


Comel kan?


Buat apa tu ha? 



Disini juga terdapat kafeteria untuk sesiapa yang ingin duduk dan makan sambil berehat melihat pemandangan yang cantik ini. Memang menggamit memori!


Ini pula di Laman Dapur. Disini kita boleh melihat pelbagai pokok-pokok herba yang selalu kita gunakan semasa memasak di dapur. Hehehehe.


Ada jg kolam ikan dan pancuran air disini. Muhammad lah yang paling seronok bermain dan kesukaan. 



Buah tomato mauummm


Taman yang dihias indah!


Bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni


Muhammad yang dah penat lalu minta didukung. Pengsan umi! Waktu ini dia dah betul-betul kepenatan dan mengantuk. Jadi anginnya tdk berapa baik. 

Teringat lagi dia terbaring dihadapan pintu keluar Taman Agro kerana tak mahu balik sedang matanya menceritakan yang dia amat letih dan mengantuk! Habis kotor bajunya. Pak guard yg menjaga disitu pun sehingga menoleh melihat gelagat dia. Aduhai anak, macam-macam.


Ini di mall yang baru dibuka disana. Tak ingat namanya. Dia request nak tengok gajah ni. Di dalam kami naik keretapi yang mengelilingi mall ni. Waktu ini, byk lagi kedai yang masih belum dibuka selaku pembinaan bangunan ini yang masih lg belum siap sepenuhnya.


Cameron Highlands with love!

Paling belakang,
Third Anniversary,
Jun 2015.