Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Monday, January 18, 2016

Percutian Pasangan Pengantin Baru ;P


Setelah hampir 3 tahun lebih berumah tangga, baru sekarang rasa nak menulis tentang percutian bulan madu kami ke Kelantan, Terengganu, dan Cameron Highlands. Hihi. Sajalah, nak imbau kenangan. Bila ada entry ni, boleh la throwback semula di waktu akan datang nanti.

Destinasi pertama kami adalah ke Kelantan. Bergerak awal pagi dari rumah mertua di Sg Tiang, Kedah dgn menaiki kereta En Zauj yang banyak berjasa itu. Syukur.

Dipendekkan cerita, tengahari itu kami pun sampai ke tempat yg dituju, Perdana Resort, PCB Beach. Kami bercuti disini selama 3 hari dan 2 malam.


Sebenarnya gambar ni diambil waktu dah nak check out. Masa mula-mula sampai terlupa nak snap. Yelah penat duduk dlm keteta meredah perjalanan yang panjang kan. Tapi seronok!


Rumah kami, Che Siti Wan Kembang


Pemandangan Perdana Resort yang menghadap Pantai Cahaya Bulan.


Pantai Cahaya Bulan


Hehehe.  :)

Pada sebelah malamnya, kami singgah ke Pasar malam Wakaf Che Yeh. Meriah sungguh. Suasananya sama seperti berada di jalan TAR Kuala Lumpur. Seronok melihat mereka yang berjual-beli. Banyak jg terdapat kain baju dengan harga yang murah dan berpatutan. 


Pintu gerbang Wakaf Che Yeh


Tidak lengkap rasanya jika tidak kesini, tempat bersejarah, Kota Sultan Ismail Petra. Ini suasana malam di Pintu gerbang atau menara rehal yang merupakan mercu tanda bandar Kota Bharu, Kelantan.


Menara rehal 


Pasar malam di perkarangan Kota Bharu Trade Centre. Sempat jugalah p masuk dlm Parkson Grand tu. Jalan-jalan, dan membeli serba sedikit. 

Pagi berikutnya, saja p cari sarapan diluar resort. Teringin nasi kerabu. Hehehe. My favourite! Tak dilupakan juga ke Pasar Siti Khadijah. Nak beli kepok? Pun boleh.


Abi turun beli sarapan pagi. Saja fokus pada inai sebenarnya. Pengantin baru, kasi can la. Bukan selalu pun ;) Hihihihi.

Seterusnya kami ke Zon bebas cukai Rantau Panjang. Beli kacang tin dan baju sehelai dua. Lebih kpd teringin nak p berjalan-jalan saja. Sampai jglah kata orang. 



Kami juga ke Taman Tungku Anis, Kota Bharu. Jalan-jalan beriadah sambil p tengok rusa. Kasut biru tu dah tgl kenangan. 



En Zauj yang kurus hihihi


Cik Puan Rusila :D

Bila kaki pun dah penat berjalan, kami ke tutti frutti utk menyejukkan tekak masing-masing sebentar. Masa ni kan aiskrim yougurt ni tgh famous. Sedap pula tu. Haha.


Berlakon tuh. Tak nak pandang kamera.


Beli satu ja. Kongsi dua orang. Jimat.  ;P

Dipendekkan lagi cerita, setelah puas pusing-pusing di Kelantan, keesokan paginya selepas bersarapan di resort, kami pun meneruskan perjalanan kami ke negeri penyu bertelur, Terengganu kita. 


Alhamdulillah dah pun selesai bersantap. Sedap makanannya. Bersih.


Bagus resort ni. Siap beri kita peringatan. Jangan membazir. Membazir kan amalan syaitan. Tak baik, berdosa buang-buang makanan. :)


Dlm perjalanan, singgah sat p beli Pak Su Keropok losong. Ni pun favourite juga! Sedapnya.

Pahtu singgah lagi p minum ayaq nyoq tepi jalan sambil makan keropok losong tadi. Murahnya. Dahla nyoq tu besaq gajah tapi harganya baru Rm3. Sambil minum petang sambil melihat-lihat pemandangan pantai. Boleh nampak Pulau Kapas. Cantiknya MasyaAllah. 


Air nyoq fresh.


Pantai dan pasir putihnya. 

Perjalanan diteruskan ke Masjid Rusila, Marang Terengganu. Selesai solat disana. Memang excited bila mai sini, sebab nama ceq kan Rusila. Hehe. Asalnya, memang ayah ambil namaku bersempenakan tempat inilah. 


Dari Masjid Rusila. Harakah kan selalu tulis begitu. ;D


Bulan dimana-mana sahaja. :D


Kedudukan masjid berhampiran pantai.



Singgah sebentar di pantainya. Melihat kanak-kanak bermain layang-layang. Orang Kedah panggil wau. 


Lautnya yang biru.


Kanak-kanak bermain layang-layang ditepian pantai. Da macam lagu pula. 


Bayu laut yang segar


Lekaih naikkan wau.



Yeay berjaya akhirnya.


Berlatar belakangkan tasik di masjid terapung, Masjid Kristal Terengganu. 




Di perkarangan Masjid Kristal

Masa ni abi tak banyak bergambar. Yang suka bergambar wifenye saja, tak kira waktu. Hihihi. Kami tdk bermalam di terengganu, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Kuantan, Pahang.

Ini Pemandangan malam hari semasa di Kerteh. 


Meriah tak? Hehe.

Malam itu kami bermalam saja di pekan Kuantan Pahang. Cek in last minute di Signature Hotel. Larat ka nak naik terus Cameron? Haha pengsan. Dah la hubby drive seorang diri. Wife dia ni ada lesen ja lebih tapi penakut. 

Oklah hotelnya cantik, bersih dan masih baru. 



Keesokan paginya, kami memulakan hari dgn bersarapan nasi lemak di bandar Kuantan dan meneruskan perjalanan kami ke Cameron Highlands. Smoke House kami datang!!!

.
.
.

Bersambung di entry yang lain. Panjang sangat dah ni. : D



































No comments:

Post a Comment