Rabu, 9 Disember 2015, Hari ke 6 di Perth, perjalanan kami diteruskan ke Perth City.
Hay St & London Court
Setelah hampir seminggu berada di Perth, hari ini barulah kami bercadang utk berjalan-jalan di tengah kota Perth.
London Court
Dari Malibu Apt. ke London Court dgn menaiki bas blue cat (central area transit) bernombor 15, mengambil masa dlm 5 minit shj.
Jadual waktu bas.
Newcastle St.
Pagi itu nasib kami agak baik apabila kami terserempak dgn keluarga Syeikh Marwazi, Timbalan Mufti Kedah yang turut sama bercuti disana.
Di Hay Street.
Abi bersama Syeikh Marwazi dan anak lelakinya. Isteri-isteri dan anak perempuan duduk tepi ja. Hehe. Patung hitam kat blakang tu pun nak masuk sama dlm gambaq. :D
Abi dan Jamie Oliver. Hehe. Nampak tak teksi putih belakang tu? Comel kan? Ala-ala teksi london kata ko. Haha. First time naik, sebab tu sedikit teruja. ;P
Zoom sikit. Heee.
Hay dan Murray Street ni merupakan tempat shopping di tengah bandar. Memang ramai sangat penduduk tempatan dan orang luar disini.
Sapa-sapa yang nak mai sini bolehla bawa balik pandora utk org tersayang. Selain tu, barangan perhiasan rumah, sourvenir, baju dan kasut berjenama etc jg boleh diperolehi disini. Sediakan duit sahaja. Tak cukup xpa, cucuk ja, bank pun dekat. Hehehe.
Town Hall, Hay & Barrack St.
London Court pula merupakan deretan kedai yang bertemakan kota London. Kalau nak rasa seakan-akan bersantai minum kopi di London, bolehla singgah di cafenya. Sambil-sambil shopping sambil minum kopi. Gitu.
Selepas membeli sedikit souvenir, kami memanjangkan kaki ke D' Ankasa, Hay St. utk makan tengahari. Tak jauh cuma 3 minit perjalanan. D' Ankasa merupakan restoran cina muslim yang menyajikan makanan cina.
Kalau bercerita tentang makanan di Perth, harganya memang agak mahal. Sesekali nak makan bolehlah. Kira sekali makan kena dlm 50Aud. Memang kopak dibuatnya. Selepas mengisi perut, kami meneruskan perjalanan ke Perth Museum di Museum St. Berjalan kaki mengambil masa dlm 15 minit. Masuk adalah percuma.
Dlm perjalanan, Muhammad request nak ambil gambar disini. Terpengaruh dgn Robocar Poli budak nih.
Dah sampai pun Museum. Ambil gambar dgn dino dulu. Besaq sungguh dia noh. Siap pegang love lagi tu.
Mirror wefie :D
Muhammad susun blok kayu. Dia nak bina piramid. Nanti kita p Giza plak nah sayang. Melawat tempat abi study. :P
Aboriginal gallery.
Taman di luar muzium.
Penat pusing satu muzium, kami p Watertown brand outlet pula. Dulunya dipanggil Harbour Town. Berjalan kaki sikit sehingga ke Forrest Chase Myer dan kemudian ambil bas yellow cat no 3. Tak jauh dah, 5 min ja duduk dlm bas tu.
Forrest Chase Myer, Murray St.
Sampai Watertown singgah makan lagi dekat Turkish Gozleme. Perut dah kriok-kriok masa nih.
Memang masuk-masuk ja nampak gerai ni dulu. Beli sekeping kongsi 3 orang.
Pahtu singgah Smiggle sat, sebab dah janji nak belikan Muhammad "sesuatu" sebab kereta mainan dia hilang kat dlm feri Rottnest Express hari tu. Sekali merangkap kenang-kenangan Oz utk dia la ni.
Dah masuk, dia tak mau keluar. Semua dia nak. Pejam mata abi belikan dia nih. Guna utk belajar tau Muhammad!
X beli apa dah pahtu. Huwaaaa. T.T Pusing sat dan kami balik terus. Balik tu kami jalan kaki ja dari Roe St bus st sampailah Malibu. Kuat sungguh! Dlm 1.5 km berjalan kaki.
Disebabkn bjalan kaki, makanya dlm perjalanan tu kami pun singgah sat la ambil gambaq kat Malaysia Hall Perth nih. Hihihi. Reja bergambaq ja!
Panaih masa ni. Bertabahlah senyum jg.
Lps tu sambung jalan kaki balik sampailah Malibu Apt. Puaih hati satu hari berjalan pusing bandaq depa. Hee.
Kenapa la excited speaking kedah ni. Ntahla kadang-kadang memang mai angin dia. Walau main selit2 ikut dan ja. Haha! ;P
Belanja satu keping lagi...
Gambar diambil di taman berhadapan Perth Museum.
Sampai ketemu lagi dlm next entry. Terima kasih kerana membaca dgn penuh sabar. :)
.
.
.
Bersambung ke...
No comments:
Post a Comment