7 Disember 2015, Isnin, hari ke 4, Pinnacles Desert, Cervantes.
Cottesloe Beach
Sepatutnya aktiviti hari ini adalah ke Cottesloe Beach, dan beraktiviti ditepian pantai-pantai di Perth. Cantikkan pantainya?
Tetapi terpaksa dibatalkan semuanya kerana abi yang lebih teruja utk ke Pinnacles Desert yg dibatalkan ptg semalam kerana hari sudah lewat ptg. Waaaaa. Nangis. T.T
Disebabkan penat buat iti sorang-sorang dari hari pertama hgg hari terakhir, bagi chance la kat saya tayang iti hari ke 4 yang telah dibatalkan itu. Nangis lagi.
Itinerary asal yg dibatalkan:
Day 4 : BEACH DAY
7dec15, Monday
7am Go to Cottesloe Beach. Bring
Sandwish & Nasi impit.
10am Depart and go to Scarborough beach
11am Hillary's Boat Harbour (AQWA)
1pm Lunch
130pm Trigg Beach
230pm Lake Monger
330pm Back to perth.
Masa tu abaikan sj. Main agak-agak ja.
Sebagai isteri yg baik, kita redhakan sahaja, so jomlah kita ke Pinnacles! Belanja 1 gambar dulu. :D
Perjalanannya sama spt ke Lancelin dunes, cuma tambah km sikit lagi, ya kedudukannya ke utara Perth. Jumlah masa perjalanan lbh kurang dlm 2 jam lebih.
Lurus je jalannya, memang mengantuk. Berhati-hatilah ketika memandu. Patuhi had laju kerana terdapat banyak haiwan liar spt kanggaroo melintas.
Sepanjang perjalanan kami, ada la dlm 2 ekor bangkai kanggaroo yg dijumpai mati dilanggar kenderaan. Kesian.
Sepanjang perjalanan tiada toilet atau tempat makan. Begini saja R&R nya. Boleh la berhenti utk lelap-lelapkan mata yg mengantuk.
Burung kiwi melintas.
Dah sampai. Yeay!
Bayaran masuk utk satu kereta 12Aud. Boleh memilih utk berjalan kaki atau pun bawa masuk kereta. Laluan utk kereta ada disediakan.
Pinnacles Desert
The golden sands
Naik kereta semula p tempat lain pulak.
Berhenti disini utk ambil gambar view dari tempat yang tinggi sikit.
Taraaa. The desert view.
Dari atas.
Angin yang kuat. Pokok -pokok pun sampai senget-senget ditiup angin. ;P
Cepat Muhammad cepat.
Sempurna ;)
Disini ada burung.
Naik kereta semula. Jum p makan!
Makan dlm keteta ja. Abi masak nasi goreng special lobak merah. Sedap! Tq abi. Lepas makan kami p kedai cenderahati ni. Tak beli apa kecuali sweater dan t-shirt utk Muhammad.
Kanggaroo dlm kedai.
Info tentang Pinnacles.
View di luar kedai cenderahati.
Ok, itu saja utk kali ini. Marilah pulang ke Malibu. Merempuh perjalanan yang panjang selama 2 jam lagi.
Jurien's Bay dah tak jauh dari Pinnacles tp nanti sampai malam pula. Jauh tu nak balik. Tak pa la, Jum la kita balik sj.
.
.
.
Sebelah petang setelah tiba di Malibu, kami keluar berjalan kaki menuju ke William Street. Lebih kurang dlm 1km berjalan. Kami sempat makan malam di City Fresh Kebabs sebelum singgah solat maghrib di Masjid Perth disitu. Tak ada gambar Masjid Perth sbb kurangnya pengcahayaan di dlm dan di luar masjid pada waktu malam.
Disini juga ada menjual bekalan daging halal, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ianya jg sebuah kedai makan yg menyajikan makanan arab turki.
Kami makan kebab dan fish and chips malam itu, gara-gara teringin fish and chips di Kailis, Fremantle tempoh hari. Heheh. Alhamdulillah setelah perut kenyang kami pun beransur pulang ke Malibu Apt.
Bersambung ke...
No comments:
Post a Comment