Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Monday, January 25, 2016

Dia yang kini suamiku


Perkenalan jarak jauh, tidak pernah bersua muka. Apatah lagi bertemu berdua bermain mata. Hanya melalui media sosial. Dia di Mesir, sedang diri ini di tanah air. 

Bila sudah tersurat, walau yang jauh beribu batu dan yang tiada sedikit pun hubung kaitnya, akan tetap jua bersatu menjadi satu.

Tidak pernah berangan-angan memiliki sang putera raja, inikan pula yang punya Al-quran sentiasa di dada. Semuanya aturan Allah yg Maha Esa, yang punya rencana dan rahsia.

Besar sungguh pemberian Allah buat diri ini. Kerana sesungguhnya aku tdk punyai apa-apa melainkan dosa yang banyak ibarat bebuih dilautan yg luas. 

Lalu pada siapa lagi yang harus ku panjatkan rasa syukur jika bukan padaNya. 

Syukur Alhamdulillh. Moga kekal selamanya hingga ke JannahMu. 

Paling belakang, The Engagement,
10 Disember 2011 (10 12 11).








No comments:

Post a Comment