Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Thursday, January 21, 2016

Bandung dan Jakarta, Indonesia - Part 1


Cuti sekolah tahun 2012 yang lalu, kami sekeluarga ke Bandung dan Jakarta Indonesia, selama 4 hari dan 3 malam, bersama Poto Travel. 


Bandaraya Jakarta

Masa tu Muhammad baru berusia 5 bulan dalam perut. Hehe. Percutian kami sekeluarga dipayung sepenuhnya oleh mak. Sediakan duit shopping sendiri ja. Heee. Alhamdulillah syukur. 

Hari pertama, kami berkumpul di KLIA dan terbang ke Soekarno-Hatta Int. Airport dgn pesawat Garuda Indonesia Airlines.


Sesampainya kami di bumi Indonesia, kami ke Restoran Simpang Raya di tengah kotaraya Jakarta utk makan tengahari. 




Makanannya memang dihidangkn spt ini. Banyak dan pelbagai jenis masakan tradisi Indonesia. Memang enak bangat nih. Hehe. Syukur Alhamdulillah.

Seterusnya kami ke Bandung dgn menaiki bus Pariwisata. Di Bandung, destinasi pertama kami adalah ke Pasar Baru Trade Center.


Pasar Baru ni merupakan tempat yang paling best untuk membeli-belah kerana barang yang berkualiti boleh dpt dgn harga yang murah berbanding di tempat lain. Kena pandai memilih kualiti dan tawar-menawar. Ada 11 tingkat utk diterokai. Haha jenuh.


Disini terdapat banyak kedai yg menjual telekung, pakaian lelaki dan wanita dari semua golongan, barangan bayi, kasut, kain ela, tas tangan, beg bagasi, pelbagai jenis makanan tradisi dan macam-macam lagi. Terdapat juga kedai yg menawarkan tempahan baju, yg dpt disiapkan dlm kadar segera. 

Disarankn kalau teringin membeli sesuatu, jgnla ditangguh dgn niat ingin ke kedai lain dahulu, kerana anda mungkin tdk akan jumpa kedai itu semula, dek kerana keluasannya. Kami dah terkena! 


Tolong adik pilih t-shirt


Pakaian bayi


Telekung dan pakaian wanita

Kami sekeluarga turut mengambil peluang ini utk membeli serba-sedikit pakaian dan barangan keperluan bayi utk Muhammad. Tidak dilupakan telekung, dan jg memborong baju kelawar moden utk diberikan kpd saudara-mara. Kainnya bagus, sejuk dan selesa dipakai seharian di rumah. Selebihnya, dah tak ingat beli apa lagi. Hehehe ;P

Seterusnya kami ke Toko Tiga Original Jeans Centre di Jawa Bharat.



Disini terdapat banyak jeans berjenama spt Levi's dgn harga yg berpatutan. Siapa yang suka pakai jeans bolehla beli disini. Penulis hanya melihat sahaja adik-adik lelaki dan ahli rombongan yg lain yg lbh berminat utk membeli disini. 



Kemudiannya, kami menyambung semula perjalanan kami ke Warung Tekko utk makan malam dan sesudah itu barulah kami check in di V Hotel Residence. Huh, hari yg cukup mencabar dan memenatkan!  ^o^



Suasana Warung Teko yg penuh diterangi cahaya lampu. Makanannya jg bagus. Hehe perut dah kenyang ayuh blk ke hotel dan tidur nyenyak. ;)




V Hotel Residence, Bandung

Keesokan harinya selepas bersarapan pagi di hotel, kami ke Tangkuban Parahu, Taman Wisata Alam, Jawa Bharat Indonesia. 




Tangkuban Parahu terkenal dgn lagenda Sangkuriang yang jatuh cinta dgn ibunya sendiri, Dayang Sumbi Rarasanti. 

Utk menggagalkan niat anaknya itu, Dayang Sumbi membuat permintaan kpd anaknya utk membuat telaga dan perahu dlm masa sehari semalam. 

Kerana gagal anaknya itu marah dan menendang perahu itu yg akhirnya mendarat dlm keadaan terbalik. Keadaan perahu terbalik itulah yg dipercayai membentuk Tangkuban Perahu kini. Percaya ke? Hehe. 


Tangkuban Parahu

Tangkuban Parahu merupakan gunung berapi berkawah yg masih aktif sehingga kini dengan ketinggian kira-kira 2 .084 meter atau 6837 kaki.


Bersama ahli rombongan yg lain


Kawah gunung berapi yang masih aktif dan berbau sulfur yang agak kuat. 



Kami sekeluarga tanpa Arif, adik lelaki yg terpaksa ditinggalkn di Malaysia kerana perlu menduduki peperiksaan. 




Mak dan Ayah


Kami bertiga. Muhammad behave sgt dlm perut. Dia suka la tu jln-jln kan. :)

Suhu disini agak sejuk pada siang hari dlm 17°C manakala pada sebelah malamnya boleh mencecah 2 °C. Jd berjalan-jalan disini tdklah terlalu memenatkan malah menyeronokkan. 


Pemandangan deretan kedai dan kawah gunung berapinya


Pokok-pokok kering yg unik. SubhanaAllah.



Abu Muhammad yg comel, sama naik mcm Ummu Muhammad jg. Montel sbb happy sgt nak tunggu Muhammad lihat dunia. Kan abi? Hehehe jgn marah naa.


Pelancong jg boleh menunggang kuda disini. Pilih sahaja kuda yang mana satu berkenan di hati. ;)


Deretan kedai yg menjual souvenir, makanan, pakaian dan lain-lain.



Patung-patung kartun animasi jg ada.  :)


 Alat musik tradisional


Pelbagai corak mafla dan snow cap hat yang berwarna-warni. 



Topeng haiwan yg menakutkan



Pakaian kanak-kanak dan dewasa sebagai hadiah kenang-kenangan


Siapa nak Bakso? Hehe.

Perut pun dah lapar, menandakan waktu makan tengahari yg dah makin hampir. Maka kami pun turun utk mengisi perut di Restoran Balibu (bawah lima bulan). 



Jemput tengok semua. Ngeh3x.

Selepas itu kami ke Donatello Leather, Shoes Factory, Central Branded Outlets dan Rumah Mode. Shopping lagi!!!




Adik Danish yg sgt rajin tolong pegangkan beg shopping.  :D


Byk baju berjenama utk bayi dan kanak-kanak. Tak lepaskan peluang belikan utk Muhammad sehelai dua. 


Ini di Butik Batik Moden. Terdapat banyak batik tradisional dan eksklusif disini. Sempat jg membeli sehelai gamis batik indonesia yang nursing friendly disini. Semuanya mmg cantik-cantik belaka bersesuaian dgn harganya yang sedikit tinggi. 



Ini pula di Rumah Mode. Terdapat pancuran air yang berhiaskan patung putih berkepak ni. Eh bukan berkepak, tapi dia mcm pijak haiwan berkepak. Betul ke? Ntahla kepercayaan depa kot, tak tau ceq nak explain panjang.  :)


Rumah Mode


Bahagian dlm rumah mode. Masa ni nak membeli pun pening dah kepala. Mahal sikit harganya disini. Jadi beli stoking saja. Hahahahaha. 


Tunjuk arah di Rumah Mode. Tak pening ka kpala klu nak p semua? 


Lampu-lampu yang memeriahkan Rumah Mode di waktu malam. Memang ianya agak besar dan luas. Kami sekeluarga tak lama pun  beraktiviti disitu dan terus keluar menunggu di Restoran Sederhana Masakan Padang tak jauh dari Rumah Mode tadi. 

Sementara menunggu ahli rombongan yg lain, kami duduk dulu di meja makan sambil snap menu makanan.  


Tu dia

Lepas makan kami pun pulang ke V Hotel semula. Tidur awal sebab esok pagi dah nak check out dan check in di Jakarta pula. 

.
.
.

Bersambung .  .  .  (^_^) 




























No comments:

Post a Comment