Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Saturday, January 23, 2016

The Lavender Garden



Dulu hanya berdua, kini kami bertiga. Cameron Highlands, kami datang lagi! 

Kali ini kami datang bersama Muhammad. Ini merupakan lawatan pertamanya ke sini. Waktu ini usianya baru setahun lebih.

Baru belajar hendak berjalan. Dia awal bercakap. Pot pet pot pet sampai ke la ni. Hihihi. 


Kali ini kami bermalam di Copthorne Hotel Cameron Highlands. Waktu ini bukanlah waktu cuti sekolah, jadi suasana disini lebih tenang, aman dan tidak penuh sesak spt kebiasaannya.


Muhammad yang suka melihat pancuran air. Tangki air pun dia suka tengok. Dia akan kagum melihat tangki air besar dan pelbagai bentuk. Memang suka sungguh dia!

Biarkanlah, waktu ini memang dia suka meneroka dan berimaginasi.  ;)





Semua nak dicubanya. Nak dipegang dan jadikan permainan. Tu pun dia dah cukup bahagia, dah cukup gembira. 


Muhammad yang kesukaan ^_^


Ini di taman bunga lavender. Kalau dulu, masa p Cameron tak ada pun Lavender Garden ni kan? La ni ada. Jadi kami pun masuklah bawa Muhammad jalan-jalan kesini. Rupa-rupanya di dalam ni, memang taman bunganya cantik-cantik belaka! sangat! Tak rugi kalau berkunjung ke sini. 



SubhanaAllah! Cantik sungguh kan? Rasa nak habiskan masa berjam-jam didalam taman ni. 




Disini juga kita boleh memetik Strawberry! Tapi waktu kami kesana, Strawberrynya seakan malu-malu saja nak tumbuh. Comel-comel ja. Hehehe. 


Muhammad nak sentuh bunga. 



Nak berjalan sendiri


Dia suka tengok ikan. Kalau boleh nak masuk terus dalam tu. Berenang dgn ikan-ikan. Blub blub blub. 



Peti surat cinta ngehehehe!


Kesayangan umi dan abi


Dia yg asyik belajar berjalan. Memegang erat pagar putih. Mungkin kerana merasa lebih selamat, jadi dia kekal lama begitu. Disitu. Ya, dia amat seronok sekali. 

Terkadang takut ditinggalkan sendirian dan terkadang  terlebih beraninya. 

Perjalananmu masih lagi jauh duhai anakku. Bersabarlah! Usah gopoh melewati jalan hidupmu.  

Eh eh eh dah berbunga-bunga ayat bila tiba-tiba umminya terlebih beremosi. Huuuu.  T.T


Lavender House ni merupakan souvenir shop yang menjual barang-barang yg mmg comel-comel belaka. 

Ada bingkai gambar, bakul rotan, minyak wangi aromaterapi, dan macam-macam lagi. Semuanya bertema kan ungu lavender. Haruslah kan. 

Nasibla belum ada anak perempuan, kalau ada memang selamat dah anak patung tu dibeli utk dia. Hihihi.


Dan kami kesini lagi. Melihat ladang teh di Cameron Valley, Bharat Tea Plantation. Juga ke kebun strawberry dan kaktus. Cuma gambarnya saja yang tidak disediakan disini. Hehehe. 


Teh tarik dua!



Cameron Highlands, selamat tinggal! Kami akan datang lagi. Pasti, dgn izin Allah. ;)  

Terima kasih sudi membaca. Salam cinta! 















No comments:

Post a Comment