Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Saturday, January 16, 2016

Crawley Edge Boatshed - Part 8


Khamis, 10 Disember 2015, Perth Australia.




The blue boat house

Menaiki bus dari Malibu Apartments ke Roe St bus station mengambil masa dlm 15 minit. Kemudiannya kami berjalan kaki ke Crawley Edge Boatshed, sejauh 4.4 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam. 

Hebat tak? Masih tak cukup hebat jika nak dibandingkan dgn  penduduk tempatan dan backpackers yang rata-ratanya lbh gemar berjalan kaki dan berbasikal. Sebab tu depa semua sihat dan slim cun melecun. Hihi.



Cantik kan? Sepanjang perjalanan pun dah cukup cantik sebenaqnya. Sepanjang perjalanan melalui Swan River, yang merupakan nadi kpd Perth City. 



Masa ni baru ja sampai Swan River. Gambar atas tu pemandangan bandar perth. Kalau perasan, ada menara  tirus tengah-tengah bandar tu. Ha, tulah dia Swanbell Tower. 



Tu dia. 



Minum air, santai-santai pa semua sat, pahtu kami sambung jalan smula. 


Di Swan Brewery







Berhenti sekejap, berehat bawah pokok sambil melihat keindahan Swan River. Redup dan syahdu, Muhammad lena dlm stroller dia. Tidur pun dia xmau buka spek dia tu. Ish ish ish Muhammad.




Penat bergambar sekeping dua, kami pun balik dgn menaiki bus blue cat bernombor 950, berhenti di Esplanade bus station. Kali ni bukan lg free, kena bayaq 2.10 Aud seorang. 




Dari Esplanade bus station kami berjalan kaki selama 15 minit ke Indonesia Indah Restaurant, utk makan tengahari di Barrack Street. Makanannya memang enak bangat!


Indonesia Indah Restaurant

Dan kami pulang ke rumah dgn bahagianya bila perut sudah kenyang. Alhamdulillah. Ptg itu kami berehat-rehat saja di rumah.

.
.
.

Bersambung ke...























No comments:

Post a Comment