Percutian bulan madu kami selepas ke Kelantan dan Terengganu adalah ke Cameron Highlands. Entry kali ini, khas menceritakan suasana di Smoke House sambil selit-selit pemandangan jalan-jalan di ladang teh Cameron Highlands.
Perjalanan dari bandar Kuantan Pahang diteruskan melalui Sg Koyan. Fuh memang mencabar sungguh jalannya. Penuh di kiri dan kanan dgn lori yang membawa kayu balak. Besar-besar pula tu. Seriyau sungguh!
Sesampainya kami di Cameron Highlands, kami terus p check in dulu di Smoke House.
Isikan tempat kosong. Hehe.
Sambil menunggu kunci bilik, depa jamu kami teh dulu di ruangan menunggu. Layanan memang best. Alhamdulillah.
Inilah pemandang di ruangan menunggu. Berseri-seri dgn lampu dan susun aturnya yang bertemakan inggeris.
Dah dapat kunci. Jum kita p intai bilik.
Gambaq kunci ni melambangkan betapa berusianya dia. Tua dah. Hihihi.
Ingatkan bilik, sekali rumah dia bagi. Ini diruangan balkoni, luar rumah.
Tu dia. Kasi can la si dia pula posing cukup-cukup. Hihi.
Main cak-cak di tingkap
Pemandangan dari balkoni
Tu dia aih. Bukan main lagi. Hihi. Disinilah kami akan tinggal selama 3 hari dan 2 malam di tanah tinggi ni.
Itu ruang tamu dan disebelah kiri tu lah dapurnya. Main masak-masak air bolehla. Selain pada tu tak dibenarkan. Klu lapar dia suruh makan buah atas meja tu ja. Haha. :D
Gambaq bilik tak yah tunjuk la naa. ;P
Oklah cukuplah cita pasai rumah tu. Jum kita p jalan-jalan pusing kawasan.
P tengok kebun strawberry. Kecik-kecik ja buahnya masa ni. Tak bolela nak petik.
Senyum! Perasan tak masa ni rupa En suami mcm sapa? Hihihi. Serupa2.
Nak juga menyelit.
Ini pula di Lake House Hotel.
Lake House Hotel ni terletak paling bawah dan yg paling hujung, jadi ia agak jauh dari kehidupan dan hotel-hotel lain yg berada di atas Cameron tu.
Pemandangannya hanya tasik di belakang tu. Sesuai dgn namanya. Bagi mereka yang menyukai dan menginginkan suasana tenang dan damai rasanya mungkin sesuai menginap disini.
Dua hati menjadi satu. *o*
Selepas itu kami ke Cameron Valley, Bharat Tea Plantations. Aktiviti minum teh. Tak sama tau minum disini dgn dirumah. Hehehe.
Sambil minum tu, sambil menghirup udara segar daun-daun teh yang hijau dan memukau pandangan. Lagi best bila minum time sejuk-sejuk ni kan. Memang hangat. Apa lagi, Jom!
Minum teh sambil tengok ladang teh di Cameron Valley Bharat Tea Plantation.
Pemandangan di luar jendela
Pahtu masuk kedai org jual teh dan souvenirs. Ambil gambaq lagi. Heee.
Sunset di Cameron Highlands ka tu ^_^
Inilah dia pemandangan ladang teh yang kami doq tenung sambil minum petang tu. Mesti ramai yang dah tau pun kan? Haha.
Dan bukan kami ja yang excited bergambar tau. Yang Pak Arab ni lagi sakan dari kami. Kot nya jatuh ke bawah tu, ha kan naya.
Ok lah memandangkan hari pun da hampir gelap, jadi marilah kita pulang bersama-sama.
"Pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama." Tiba-tiba nyanyi kan. Ko dah kenapa? Hahaha.
A little bit of England in Cameron Highlands! Gitu. Malap ja pondok telefon tu. Ini cafe dan juga pemandangan menarik di perkarangan Smoke House Hotel. Masih dlm penambahbaikan. Almaklumlah dah berusia kan.
Berjalan-jalan di taman tengah malam
Rumah kami di waktu malam. Zzzz.
Keesokan harinya, kami turun utk bersarapan pagi dahulu di sini, sebelum berjalan lagi.
Macam candle light dinner la pulak
Pisau sapu roti. Perlu ke amek gambar? Perlu la sbb kami tak ambil gambar makanan. Tak sempat ambil dah licin.
Suasana gelap dan malap nak suruh tdo
Ruang makan dalaman yang ala-ala romantis gitu la kot. Layan je la. Nak duduk diluar pun bole, ada ruangan terbuka dan terang.
Ruang makan di bahagian luar
Kami jalan-jalan lagi slps perut telah kenyang diisi roti. Alhamdulillah syukur. Kemana ye? Ayuh, melangkah saja!
Terokai Smoke House ja dulu. Hihihi.
Ini ruangan dalam menuju ke bilik-bilik tetamu di dlm rumah besar ni. Tangga yang menghubungkan tingkat bawah dan atas rumah. Dua tingkat ja. Tak tinggi mana pun. Hehehe.
Biskot dan Jem di dlm almari kaca
Poskad dari Smoke House. Sebagai kenang-kenangan
En suami bergambar bersama hiasan di dinding dalaman rumah, berhadapan dgn pintu yang menghala ke taman larangan. Hehe. Taman khas utk tetamu yg menginap disini.
Depan ni ada kolam air. Tapi tak ingat ada ambil ka tdk gambarnya.
Jumpa buaian. Mari rasmikan dulu. Orang utagha panggil endoi. Sebab tu adanya panggilan majlis berendoi. Kiranya samalah sebut majlis berbuai. Hehehe.
Hati-hati ada yg memerhati
Duduk atas meriam. Tak muat sumbat aja. Sebab tu gambaq ni sekerat ja. ;)
Nampak tak meriam tu?
Taman utk tetamu yg menginap dibahagian belakang dan agak ke dalam sedikit. Berdekatan dgn rumah yang kami duduk tu.
Gambar dari luar pagar betul-betul dibahagian taman berhadapan dgn rumah kami tu. Rumah sementara ja. :)
Dihadapan Smoke House. Terima kasih kpd pak cik tukang kebun yang tolong ambilkan gambar ni. Jasamu dikenang.
Tetiba dah tukar baju kan? Tukar hari dan masa sekali. Jalan-jalan sekitar Cameron diteruskan lagi ke sini. Lupa namanya. Dah ingat nanti update balik. Haha.
Titanic ke? Apa-apa ja lah kan.
Kami yang suka minum teh semasa bercuti disini. Eh mestilah kan. Bahaya-bahaya, jgn diamalkan!
Bukan bayu laut tapi bayu ladang teh.
Shopping t-shirt couple halal suami isteri di pekan Cameron, tapi last-last wife dia yang pakai dua-dua t-shirt tu. Aduhai.
Panjanglah entry ni. Ke dah habis dah? Penuh dgn gambar ja kan? Hehehe. Tak pa la, tak bosan sgt macam baca karangan yang panjang. ^_^
Dah habis dah. Gambar ni diambil masa dah nak balik pun.
Cameron Highlands, selamat tinggal! Nanti kami datang lagi bawa Muhammad pula ya. Heheh.
Terima kasih sudi membaca! :D
Dekat dah rumah mak ayah saya dengan sg koyan...di batu talam, lebih kurang 7 km dari sma al falah, batu talam..
ReplyDeleteSg koyan tu rumah atuk sebelah ayah..hehe, kami pun jarang2 naik cameron....klu nak pi utara, baru naik cameron...
=) blogging syok, tapi dah ramai org tak blogging skrg...keep calm n type ye kak Ila...
Oh ye ke Syahidah. Kami pun ntah macam mana boleh terlepas ke Sg Koyan. Pakai google map dia bawa ikut situ. Hihihi.
ReplyDeletePengalaman jg tu, asik lalu jalan biasa je kan. Ni dpt tgok tmpat org sama. Felda Sg Koyan.
Cumanya masa tu byk lori balak & xde kereta lain yg lalu lalang. Syukur xjadi apa-apa.Haha macam-macam kn.
Tq Syahidah sudi membaca. InsyaAllah akan terus berblogging. ;)
Salam...seronoknya baca entry ni...saya ade plan nk ke cameron lagi..sblum ni stay.di the lake house...so skrg ni.plan nk stay di smoke house pulak..bestt tgk siap ade balconi...leh tahu x...room jnis apa nk cmtu...hhehe..bk cmtu jgak la ...best n ssuai ada anak kcil2 kan..sure mreka hapy...
ReplyDeletesalam, makanan, halal x? ada baca diorg hidang pork juga. betul ke?
ReplyDelete